Porsche 911 50 Years Edition

Porsche 911 50 Years Edition 2013.09

Selama lima dekad model 911 merupakan jantung hati Porsche. Hanya beberapa kereta sahaja di dunia yang mempunyai tradisi dan kesinambungan seperti Porsche 911. Model tersebut telah menjadi inspirasi untuk ramai penggemar kereta sejak pertama kali diperkenalkan (901) di IAA International Automotive Show, Frankfurt pada September 1963. Hari ini, 911 adalah sebuah model yang menjadi penanda aras untuk pesaing lain. 911 turut dijadikan sebagai rujukan untuk kesemua model Porsche dan setiap model tersebut membawa falsafah 911.

Porsche 911 50 Years Edition 2013.04

Sehingga kini sudah lebih 820,000 Porsche 911 telah dibina yang menjadikannya kereta sport paling berjaya di dunia. Untuk ketujuh-tujuh generasinya, para jurutera di Zuffenhausen dan Weissach memperbaharuinya berkali-kali sebagai simbol kuasa inovatif Porsche. Kelebihan 911 terletak pada adunan sifat kontradiksi seperti sporty dengan praktikaliti harian, tradisi dengan inovasi, eksklusif dengan penerimaan sosial dan rekaan dengan kebolehgunaan. Sebagai tambahan kepada ciri-cirinya yang klasik dan unik, Porsche 911 selalu dipuji melalui teknologinya yang maju. Banyak idea dan teknologi diperkenalkan pada model 911 dilahirkan daripada trek perlumbaan. 911 sememangnya dibangunkan berdasarkan prinsip perlumbaan daripada awal dan perlumbaan merupakan medan ujian paling penting untuk model itu. Daripada permulaan, ‘habitat’ 911 adalah di litar dan venue rali di serata dunia dengan reputasi sebagai sebuah kereta yang pantas dan boleh menang. Faktanya, dua pertiga daripada 30,000 kemenangan yang diperoleh Porsche disumbangkan oleh 911.

Porsche 911 50 Years Edition 2013.05

Pada bulan September depan di International Motor Show (IAA) di Frankfurt, Porsche akan menyambut ulang tahun ke 50 911 dengan memperkenalkan model edisi istimewa (SE) 50 Years Edition – separuh abad sejak model ikonik itu diperkenalkan di Jerman. Menariknya model SE itu hanya akan dihadkan kepada 1,963 unit iaitu mengikut tahun 911 dilahirkan. Seperti coupé pertama, model 911 50 Years Edition didatangkan dengan enjin flat-six pacuan roda belakang. Prestasi yang efisyen, suspensi sports active dan gayaan badan yang eksklusif menambah lagi penampilan kontemporari 911. Model SE diasaskan daripada model 911 Carrera S tetapi dilitupi dengan badan yang lebih lebar iaitu 44 mm pada arca roda belakang yang sebenarnya untuk model pacuan kesemua roda Carrera 4.

Porsche 911 50 Years Edition 2013.02

Keunikan luaran 911 SE diilhamkan daripada 50 tahun kejayaan model itu. Sebagai contoh, Porsche Active Suspension Management (PASM) di tala semula supaya berpadanan dengan peningkatan lebar jarak roda yang memberi lebih dinamik sewaktu mengambil selekoh. Model itu turut dipasangkan dengan sistem ekzos baharu bagi meningkatkan lagi tarikan emosi pada pemandu. Dikuasakan oleh enjin 3.8 liter flat six berkuasa 400hp, 911 50 Years Edition mampu memecut dari sifar hingga 100km/j dengan hanya 4.5 saat atau 4.3 saat bagi model PDK dengan kelajuan maksimum 299km/j dan 298km/j untuk model PDK.

Porsche 911 50 Years Edition 2013.01

Memberi indikasi jelas lokasi enjin flat six yang berada di belakang ialah jaluran krom pada sirip gril bonet enjin. Aksesori tersebut diteruskan pada ruang suapan udara depan dan di antara lampu belakang. Paling menonjol untuk model SE ialah rim ‘old school’ lima jejari yang diinspirasikan daripada rim yang dikenali sebagai Fuchs yang merupakan rim lagenda yang pertama kali digunakan pada model 911 tahun 1966. Rim bersaiz 20 inci tersebut diwarnakan dengan hitam kusam dan kilatan mesin. Selain daripada peralatan khas, pakej standard 911 Carrera S terdiri daripada Porsche Torque Vectoring (PTV) dengan limited slip differential belakang, skrin sesentuh berwarna 4.6 inci Porsche Management dengan navigasi satelit, kawalan suhu automatik, lampu utama Bi-Xenon, audio antara muka yang mempunyai sambungan MP3 dengan waranti selama 3 tahun.

Porsche 911 50 Years Edition 2013.06

Pada bahagian dalam pula gayaannya banyak mengikut semula rekabentuk 911 asal seperti label hijau pada instrumen dengan jarum berwarna putih dan penutup berwarna perak di atas meter. Satu lagi ciri istimewa ialah panel tengah pada kerusi kulit yang direka dengan corak fabrik yang mengingatkan semula pada rekaan Pepita tartan daripada model 60 an. Balutan kulit pula boleh dipilih sama ada berwarna Agate Grey atau Hitam. Kerusinya pula boleh dilaras dengan 14 arah dan jika itu tidak memadai terdapat pilihan kerusi Sport Seats Plus dengan 18 arah larasan. Porsche 911 50 Years Edition sudah boleh ditempah di Porsche Centre tetapi di UK dan Ireland sahaja pada harga bermula dari GBP 92,257 atau sekitar RM453,000 sahaja!

Newspress

@muhd_gt

Silakan kongsi:

Pandu Uji Nissan Elgrand 3.5 V6: MPV Premium Untuk Kapten Industri

Nissan Elgrand 2013.08

Di dalam negara, Nissan lebih dikenali sebagai pengeluar kereta keluarga. Produk yang dipasarkan lebih berorientasikan pelanggan kategori itu dan menjadi tradisi sejak berpuluh tahun dahulu. Ini boleh dibuktikan melalui produk seperti March, Sunny, Sentra, AD Resort dan paling malar segar ialah Vannette. Model-model tersebut kemudiannya digantikan dengan yang baharu seperti Almera, Sylphy dan Grand Livina. Jika disemak model yang dipasarkan sebenarnya Nissan mempunyai produk di dalam kesemua segmen termasuklah di dalam kategori kereta sport. Tidak mengapa kita tidak mendapat Nissan GTR kerana Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) ada memasarkan model sport 370Z Coupe dan Roadster.

Nissan Elgrand 2013.12

Harus tahu, jabatan yang bertanggung jawab untuk membawa sesebuah model ke pasaran ialah perancang produk atau lebih dikenali sebagai product planning. Mereka yang bekerja di bawah jabatan itu di ETCM harus dipuji dan di angkat lebih tinggi di kalangan pengkritik kereta tempatan. Produk yang dibawa unik belaka antaranya seperti Navara King Cab, Nissan Leaf dan paling mengejutkan ialah Elgrand 3.5 V6 di kala penjual kereta import terpakai (recond) galak menjual Toyata Vellfire, Toyota Alphard dan Honda Elysion. Sebelum saya menulis jauh mengenai pandu uji Elgrand, suka juga untuk saya kongsi golongan kolar putih di ETCM juga bertanggung jawab dalam membawa masuk kit aksesori seperti Nismo, Autech dan Impul. Senario tersebut berbeza dengan pesaing lain sama ada pengeluar kereta import atau nasional yang lebih konservatif. Selain daripada itu, kumpulan Tan Chong juga bertanggung jawab di dalam membawa masuk dan membangunkan jenama rare seperti Renault dan Subaru. Jangan lupa, merekalah yang mengimport Renault Megane RS, Renault Clio Sport, Subaru Impreza WRX, Subaru Legacy Outback, Subaru Forester dan terkini Subaru XV. Tidak salah jika saya katakan bahawa mereka ini lah petrol head (penggemar kereta) yang berselindung di sebalik imej korporat. Saya meminta maaf jika sebelum ini saya memandang rendah kumpulan Tan Chong.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Kuasa Sebenar Nissan 4×4 Diuji!

Nissan Navara 2013.02

Miri, 28 Mei 2013 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah menganjurkan Nissan Jurassix Park 2013, satu pengembaraan 4×4 mengujakan yang diadakan di Miri, Sarawak, pada 24 – 26 Mei 2013. Acara ini terbuka kepada semua pelanggan Nissan di Malaysia Timur, terutama mereka yang memiliki model 4×4 seperti Nissan Navara, Frontier dan X-Trail. Seramai 78 orang peserta menyertai cabaran laluan off-road ini yang menyaksikan sebanyak 35 unit kenderaan 4×4 mengharung laluan berbonggol dan berlumpur.

Ini merupakan kali pertama acara Nissan Jurassix diadakan di Malaysia Timur. Para peserta berpeluang untuk meneroka prestasi jentera 4×4 mereka. ETCM telah menganjurkan program sama di Semenanjung Malaysia sejak tahun 2004. Acara di Miri merupakan program keenam sejak ia mula-mula dianjurkan.

Nissan Navara 2013.03

Pada hari pertama dan ketiga dalam program yang berlangsung selama tiga hari itu, orang ramai berpeluang untuk merasai pengalaman memandu Nissan Navara 4×4 di laluan yang disediakan. Bagi kebanyakan mereka, kuasa sebenar dan kemampuan Nissan Navara sangat mengagumkan!

Sementara pada hari kedua pula, pertandingan “4×4 Off Road Warrior Challenge” diadakan. Ini merupakan acara utama yang dikhaskan untuk pemilik kenderaan 4×4 Nissan.

Menyatakan keterujaannya terhadap acara ini, Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata, “Program ini sangat bermanfaat kepada para pemilik untuk benar-benar memahami ciri-ciri serta kemampuan jentera 4×4 mereka. Sekali gus boleh mereka menggunakan kenderaan secara sepenuhnya. Ini merupakan salah satu daripada banyak program yang kami anjurkan untuk semua pelanggan setia. Ia juga sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka dan menjadi sebahagian daripada keluarga Nissan.”

Nissan Navara 2013.01

Sepanjang acara utama itu berlangsung, pemilik Nissan diberikan pengalaman sebenar dan peluang untuk memahami kemampuan serta ciri-ciri sebuah kenderaan 4×4. Selain menempuh laluan yang memompa adrenalin di Tapak Nissan Village, terdapat juga cabaran-cabaran fizikal yang melibatkan pelbagai peringkat demi menguji kemampuan dan ketahanan setiap peserta ketika bersaing di antara satu sama lain untuk tiba ke garisan penamat.

Keseronokan aktiviti-aktiviti itu ditambah dengan cabutan bertuah yang diadakan sewaktu majlis makan malam dan penyampaian hadiah di Hotel Parkcity Everly. Nilai keseluruhan hadiah wang tunai, baucar dan cabutan yang diberikan kepada para pemenang dianggarkan berjumlah RM12,500!

Nissan Navara 2013.04

Dalam mencari “4×4 Off Road Warrior”, pemenang bertuah dalam pertandingan ini ialah Samuel Iwat dan Joshiah Abun Samuel. Mereka tidak hanya membawa pulang wang tunai dan baucar bernilai RM1, 200 tetapi telah memenangi juga tayar Continental Sime Tyres bernilai RM 1,200 pada pusingan akhir cabutan bertuah. Ini merupakan hari yang sungguh bertuah bagi kedua-dua mereka.

Nissan Navara diterima baik terutama di Malaysia Timur. Dengan tork maksimum mencecah 403Nm/2000rpm, Nissan Navara sememangnya dikenali kerana sifatnya yang kuat, kemampuan di laluan off-road dan keselesaan di seluruh dunia. Trak ini telah memperoleh pelbagai anugerah berprestij di Malaysia sejak ia dilancarkan.

Silakan kongsi:

Kia Soul 2013: Jelmaan Track’ster Concept

Kia Soul 2013.01

Kadang-kadang kita ada terlepas pandang tentang sesuatu perkara. Mungkin sebab kita pandang remeh, tidak berfikir secara mendalam atau langsung tidak terlintas di dalam fikiran. Perkara ini terjadi kepada saya apabila mendapat berita atau membaca tentang Kia Soul. Nama model tersebut saya baca tanpa rasa apa-apa, berkali-kali dalam tempoh yang agak lama hinggalah saya tersedar yang sebutan Soul adalah sama seperti Seoul, Korea Selatan. Bagaimana saya terlepas pandang pun tidak tahu tetapi saya fikir itulah kelemahan manusia, bila kita sangka dah tahu serba-serbi sebenarnya banyak lagi yang kita tidak tahu.

Kia Soul 2013.03

Baru-baru ini di New York, Kia memperkenalkan model Soul serba baharu. Model itu yang mempunyai imej tersendiri serta-merta boleh dicam melalui imejnya yang funky dan segar. Soul baharu dibangunkan di atas chasis baharu yang lebih tegar, panjang dan lebar menjadikannya lebih besar untuk penumpang dan ruang bagasi sementara bunyi, gegaran dan kekasaran dikurangkan. Menghormati pelanggan Soul yang unik, Kia memperkenalkan tiga varian kemasan untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) iaitu Base, Plus dan Exclaim.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

PEDA Menggesa Kementerian Pengangkutan Menarik Balik Pengecualian Yang Diberikan Kepada Pengeluar Kereta

peda-logo

Kuala Lumpur, 23 Februari 2013. “Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA) mengalu-alukan usaha kerajaan yang diperuntukkan di bawah MIROS, jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan tahap standard keselamatan kenderaan dan menggalakkan pasaran untuk kenderaan yang lebih selamat di Malaysia di bawah Program Penilaian Kenderaan Baru (New Car Assessment Program-NCAP)”, kata Armin Baniaz Pahamin Presiden, PEDA. Beliau turut menambah, “Memandangkan intipati NCAP, PEDA menggesa Menteri Pengangkutan untuk menarik balik semua yang diberikan kepada 10 model kereta di Malaysia dengan lebih daripada 70 varian kereta yang tidak memenuhi dan mematuhi keperluan keselamatan NCAP.

1. Pada tahun 2011, Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan arahan mengikut senarai United Nation Majlis Ekonomi untuk Eropah (PBB ECE), peraturan-peraturan bagi pemasangan dan pengeluaran (assembler and manufacturer) di Malaysia untuk diperkuat-kuasa dan di laksanakan pada Januari 2012. Tarikh itu telah diperluaskan hingga Jun 2012 (Sumber: NST, 13 April 2012). Sehingga kini, 70 varian kereta masih diberi pengecualian bagi ketidakpatuhan apabila pengeluar dan pemasang kereta tempatan tidak dapat memenuhi dua item pada senarai iaitu UN ECE R94 (frontal collision system) and UN ECE R95 (side collision). Rujukan: http://www.jpj.gov.my/web/guest/status-senarai-kenderaan-yang-tidak-mematuhi).

2. Diumumkan pada tahun 2007, peraturan No 94 dan No 95 ECE PBB menentukan keselamatan kemalangan prestasi minimum bagi perlanggaran hadapan kelajuan 64 km / h dan sampingan perlanggaran kelajuan 64 km / h.

3. R94 dan penuras R95 adalah standard yang dikeluarkan oleh UNECE mengenai tahap perlindungan penumpang dalam kereta apabila berlakunya perlanggaran hadapan (Front Impact) dan perlanggaran bersebelahan (Side Impact). Ini ialah standard yang digunakan untuk pengeluaran penarafan keselamatan oleh NCAP yang dikendalikan oleh pertubuhan-pertubuhan tanpa keuntungan serantau dan dibiayai oleh kerajaan dan / atau kumpulan insurans.

4. Intipati di sebalik NCAP adalah untuk mendidik pengguna dalam memilih kereta crashworthy terbaik tetapi dengan 70 varian kereta yang telah diberi pengecualian oleh JPJ kerana ketidakpatuhan syarat (Lihat senarai yang dilampirkan), mata pengguna seperti ditutup apabila pilihan mereka telah terjejas dengan ketiadaan informasi “crashworthy” yang standard sebagai perbandingan dari segi keselamatan. 5. Sejak arahan itu dikeluarkan, pengecualian masih diberi dan ini boleh menjejas keselamatan awam dan meningkatkan kemalangan jalan raya.

6. Pengecualian oleh JPJ itu tidak selaras dengan objektif di bawah NCAP yang merupakan kerjasama ditandatangani antara Program Penilaian Kereta Baru Global (GNCAP) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) pada 7 Disember 2011 tetapi pengecualian itu akan terus memodelkan Malaysia sebagai Negara yang di lambakkan kereta-kereta asing tanpa ciri-ciri keselamatan yang dilambakkan dengan harga kos yang lebih murah.

7. Pengeluar kereta global harus mengeluarkan kereta mengikut salah satu dari 4 jenis kejuruteraan spesifikasi kebangsaan tetapi kebiasaannya, pengeluaran kereta direka dalam pematuhan samada kepada spesifikasi AS atau spesifikasi Pasaran Umum (General Market Specification). Terdapat juga spesifikasi Eropah dan spesifikasi Jepun. Spesifikasi AS biasanya yang paling mahal kerana ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan spesifikasi alam sekitar.

8. Perbezaan di antara spesifikasi-spesifikasi kebangsaan ini adalah begitu besar dan beberapa pembuat kereta global seperti Toyota sebagai contoh, menghasilkan dua model yang berlainan kepada kereta yang sama untuk negara yang berlainan. Ini merupakan salah satu sebab kenapa kereta Toyota Camry berbeza di pasaran AS. Ini dapat dilihat juga di Malaysia dimana pembuat kereta global tidak dapat menepati dan mematuhi syarat UNECE R94 dan penuras R95 tetapi model kereta yang sama dapat mematuhi segala syarat di Negara lain.

9. Bagi negara membangun seperti di Malaysia, pengeluar kereta biasanya mengikut spesifikasi kejuruteraan Pasaran Umum, yang mungkin atau mungkin tidak mematuhi UNECE R94 dan penuras R95.

10. Terdapat 7 kenderaan yang dipilih untuk fasa pertama ujian ASEAN NCAP berdasarkan kenderaan ‘entry level vehicle’ atau ‘people’s car’, yang paling banyak dijual dan kereta yang mempunyai ‘market share’ yang besar mengikut segmen pasaran mereka. 7 kenderaan itu merupakan kereta Honda City, Ford Fiesta, Proton Saga Perodua Myvi, Hyundai i10, Nissan March dan Toyota. Keputusan ASEAN NCAP fasa pertama telah dibuat diumumkan pada 31 Januari 2013.

11. Keputusan Program Penilaian Kereta baru (NCAP) itu tidak mempamerkan dan tidak mencapai objectif NCAP kerana ia tidak mengambil-kira model kereta lain yang menguasai pasaran jualan kereta seperti kereta Perodua Viva sebagai contoh yang mempunyai jualan lebih 60,000 unit setahun dan lebih daripada 95% bahagian pasaran dalam segmen A dalam kategori jualan kenderaan. Model kenderaan lain dalam kategori yang sama (segmen A) iaitu Hyundai i10 dan Suzuki Alto (dengan bahagian pasaran kurang daripada 3%) juga telah dibuat untuk mengambil bahagian dalam ujian crashtest.

12. Dengan jumlah jualan kereta yang paling banyak dalam segmen A dan jumlah jualan yang ke 3 terbesar dari segi jualan terbanyak, adalah penting bagi orang ramai untuk menyedari crashworthiness Perodua Viva kerana ini merupakan objektif NCAP. Dengan memberi pengecualian daripada pematuhan NCAP adalah seperti berbohong kepada orang ramai dengan menyembunyi syarat keselamatan yang tidak patuh kepada taraf keselamatan kenderaan motor global, “kata Armin Baniaz Pahamin.

13. Beliau menambah, “Tidak ada pengeluar atau pembuat kereta yang perlu diberi apa-apa pengecualian atau penepian terutamanya jika ia melibatkan keselamatan awam. Hak orang ramai tidak harus dikompromi terutamanya dengan Malaysia diklasifikasikan sebagai Negara yang ke 3 tertinggi di Asia tenggara dari segi peratusan kematian kemalangan bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar.

Di Thailand, semua kereta eko seperti Mac Nissan dan Honda Brio (harga sekitar RM40, 000) sudah menepati syarat UNECE R94 dan R95, kerana ia adalah salah satu keperluan yang ditetapkan oleh kerajaan Thailand untuk melayakkan diri bagi cukai eko-kereta insentif. (Sumber: NST April 13, 2012)

Pautan asal: arminbaniaz.com

Silakan kongsi:

RV : Wujudkah Di Malaysia?

gt1

Caravan /campervan / motorhome / ataupun kita lebih terbiasa dengan panggilan RV (Recreational Vehicle) ini sememangnya sudah pun wujud di benua Eropah semenjak tahun 1810 lagi dengan menggunakan kenderaan berbentuk wagon. Selain digunakan untuk mengangkut barang dan orang, ianya juga turut dijadikan tempat tinggal pada zaman yang mana belum wujudpun lagi hotel mahupun rumah tumpangan. Namun industri ini mula berkembang secara pesat pada awal 1900an dengan Canada mendahului carta pembinaan motorhome berasaskan casis kereta dan juga trak. Diikut beberapa tahun berikutnya, RV di Amerika Syarikat juga semakin berkembang pesat. Manakala, di Tanah Melayu pula, dipercayai industri ini dikatakan telah berkembang sekitar zaman Hang Tuah lagi. (Ok, sila jangan percaya, gua acah sahaja).

Sebenarnya, gua secara peribadi amat menggemari aktiviti santai sebegini, cuma belum pernah berpeluang untuk menjebakkan diri sahaja. Kalau sesiapa pernah ingat, ada sebuah filem, turut mengabadikan RV sebagai tema utama disamping tema kekeluargaan yang cuba disampaikan. Cuma kita disini, industri ini dikatakan hampir tidak wujud. Entah apa yang telah merasuk pemikiran, pada suatu ketika gua telah tergerak hati untuk membuat carian di alam maya wujud ke tidak kenderaan yang sebegini di bumi Malaysia. Hasil carian agak memberangsangkan juga kerana gua telah berjaya menemui beberapa kenderaan berspesis baharu untuk dikongsikan di dalam GT ini.

Atas kesedaran dan minat yang gua fikir amat mendalam, masih ada pihak yang sanggup untuk terjun dalalm industri ini. Gua fikir tanpa obses, ianya adalah satu perkara yang memang sukar untuk meneruskan penglibatan dalam aktiviti / industri sebegini. Apatah lagi untuk memasarkan sesuatu produk ke mata masyarakat.  Maka, atas sebab minat jugalah (gua percaya, pasti ramai yang menaruh hati dengan kenderaan sebegini), gua kongsikan untuk Sekutu semua berkenaan kenderaan serupa ini.

gt2

Maka, gua tampilkan buat permulaan, dua model yang telah diubah suai secara intensif & ekstensif untuk tatapan mata semua. Hasil penelitian di alam maya dan juga sesi persembangan menerusi talian telefon, gua dapati hasil akhir kerja tangan yang dilakukan agak memikat hati juga. Untuk makluman, lori kecil Chana Era itu telah pun diubah suai sebegitu rupa menjadi campervan sehingga berupaya menempatkan empat tempat tidur di dalamnya. Lain-lain kemudahan asas seperti tempat memasak dan bersuci turut ditempatkan di dalamnya. Gua nak kongsikan lebih-lebih pun payah sebab gua belum lagi bertentang mata dengannya. Van Jinbei itu pun serupa itu juga dia punya modifikasi. Setakat nak bermalam untuk dua orang berhenti tepi jalan memang lenalah tidur tu. Rasanya, itu sahaja yang mampu gua kongsikan buat permulaan ini. Nak cerita lebih-lebih pun, benda bukannya ada depan mata.

Diizinkan Tuhan, gua akan buat previu secara lebih mendalam nanti. Doakan sahaja, masa gua terluang hujung minggu ini. Memang lama sungguh gua tak menulis kat GT ni. Rindu juga dengan Matpon itu.

-min-

Sumber Gambar: FB Wingmotorhome

Silakan kongsi:

Pandu Uji Nissan Almera Grade E Automatic

Nissan Almera 2013.10

Saya pernah bertanya kepada bekas Pengarah Urusan sebuah syarikat automotif mengenai pengeluar manakah yang bakal menjadi ancaman kepada syarikatnya. Jawapannya di luar jangkaan apabila beliau tidak memetik jenama Korea Selatan seperti yang saya anggarkan. Jawapan yang diberikan ialah Nissan dengan alasan pengeluar tersebut boleh ‘mencampak’ harga kereta dengan murah. Benar kata beliau, selang beberapa bulan Nissan melancarkan Almera pada harga RM66 ribu yang berada pada laras harga kereta nasional. Serta-merta Almera menjadi popular dan mencatat rekod tempahan melebihi 15 ribu unit dalam masa tiga bulan selepas dilancarkan pada penghujung Oktober 2012. Almera juga terbukti popular apabila mencatat carian tertinggi di dalam senarai automotif Google untuk tahun 2012.

Nissan Almera 2013.01

Selepas enam bulan dilancarkan, saya mendapat peluang untuk memandu uji Nissan Almera Grade E. Sebelum itu sudah lama saya memerhatikan Almera, daripada luar memang diakui saiznya besar dan saya fikir itulah antara faktor jualan terbesar model itu. Nampaknya pasukan pembina model itu berjaya menekan butang yang betul di mana sekarang ini banyak sungguh Almera di atas jalan. Demografi pembelinya juga berbeza, lelaki, wanita serta muda dan berusia. Selain daripada itu, Almera merupakan alternatif yang segar di antara pesaingnya yang lain seperti Toyota Vios dan Honda City yang kini sudah memasuki kitaran akhir produk. Nissan dilihat mempunyai jalan mudah untuk membuat penanda aras memandangkan kedua-dua model itu sudah lama berada di pasaran. Senang kata, Nissan dapat mengagak selera pembeli berdasarkan ciri-ciri yang ada pada pesaingnya. Hasilnya ialah Almera tampil dengan pakej yang kena selera jadi tidak hairanlah kenapa model ini merupakan sedan global terlaris Nissan.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

ETCM Lancar Stesen Pengecasan EV di BSC

Electric driven

Kuala Lumpur, 8 Mei 2013 – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan First Energy Networks Sdn Bhd (FEN) telah bekerjasama dengan Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membina stesen pengecasan dengan peralatannya dibekalkan oleh pihak General Electric (GE).

Usaha ini dibuat selepas pembinaan dua buah Stesen Pengecasan EV FEN yang pertama di Bukit Bintang, KLCC dan pusat membeli-belah Lot 10 pada tahun lalu. Selain stesen pengecasan ketiga di Petronas Solaris, Serdang. BSC merupakan sebahagian daripada usaha pengembangan rangkaian syarikat kerana FEN mensasarkan lebih banyak pusat beli belah dan tempat awam untuk pemasangan pusat pengecasan ini. Stesen Pengecasan di BSC terletak di tempat letak kereta Level LG dan para pemilik EV boleh mengecas bateri kenderaan masing-masing menggunakan DuraStation buatan GE ketika mereka berada di pusat membeli-belah tersebut. DuraStation yang merupakan pengecaj tahap ke-2 menawarkan proses pengecasan kenderaan lebih pantas berbanding pengecas plug-in (tahap 1). Ini adalah penyelesaian ideal untuk mengecas selain di rumah kerana DuraStation mampu mengurangkan masa mengecas dari 12-18 jam kepada 4-8 jam, berdasarkan kepada bateri 24kwh dan caj sepenuhnya.

Pemasangan Stesen Pengecasan EV di Kuala Lumpur (dan di bandar-bandar lain pada masa depan) melengkapkan pengenalan kereta elektrik sepenuhnya Nissan LEAF oleh ETCM pada suku ketiga 2013. Para pemilik Nissan LEAF pada masa akan datang yang tinggal di Bangsar dan kawasan sekitarnya boleh mengecas EV mereka secara percuma sepanjang fasa pertama di BSC ketika membeli-belah, makan atau melakukan aktiviti-aktiviti lain yang disediakan di pusat beli-belah itu.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi: