Gambar Risikan: Sebuah Sedan Mirip Honda Civic 2016?

Honda jarang gagal di dalam menghidangkan sesuatu yang menarik kepada konsumer. Cakap-cakap yang sering kita dengar ialah model baharu seperti Civic terasa baru sahaja dilancarkan namun sudah ada model pengganti. Senario itu sebenarnya biasa sahaja memandangkan Civic adalah model global dan mengambil masa 12 hingga 18 bulan selepas pelancaran perdana sebelum dijual di pasaran Malaysia. Mengikut amalan industri, kitaran suatu model global ialah di antara lima hingga enam tahun sebelum model baharu sepenuhnya diperkenalkan.

Kini heboh di alam maya ialah beberapa foto yang dikatakan mirip Honda Civic 2016. Kereta yang dirakamkan di Ann Arbor, Michigan itu  mempunyai beberapa identiti gayaan Honda seperti sayap jeriji, lampu belakang boomerang dan reka bentuk roda aloi yang menguatkan lagi dakwaan model itu ialah Civic 2016.

Lebih menarik, lokasi rakaman iaitu Ann Arbor merupakan lokasi beberapa pejabat penerbitan automotif dan kebiasaannya reviu mengenai model baharu akan diterbitkan serentak atau tidak lama selepas majlis pelancaran seterusnya mengiyakan lagi fakta mengenai foto yang tersebar itu.

Menurut Honda, Civic 2016 menerima perubahan terbesar sepanjang 43 tahun sejarahnya dan reka bentuk sebenar akan diketahui secara umum semasa pelancaran model ikonik itu pada majlis dalam talian Honda di Los Angeles pada 16 September 2015.

Pembaca yang merasakan seperti baru semalam Honda melancarkan Civic Generasi Ke-9 sila sebut; saya! dan angkat tangan!

@muhd_gt

Silakan kongsi:

Galeri: Proton Iriz R3 Touring Di Pusingan Keempat MCS 2015

Proton Iriz R3 MCS 4 2015.08

Peminat perlumbaan tempatan terutama sekali pengikut setia jenama R3 nampaknya teruja apabila Proton Motorsports memperkenalkan Proton Iriz R3 Touring. Kereta kompak itu dibina oleh R3 untuk bersaing di dalam siri perlumbaan trek tempatan. Iriz R3 Touring membuat penampilan sulung dan program ujian pada pusingan keempat Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) sebelum berentap secara rasmi di dalam Perlumbaan Sepang 1000KM (S1K) pada bulan November depan. Walaupun hanya sebagai perlumbaan ujian, R3 Touring yang dipandu oleh Tengku Djan Ley ternyata membuat kejutan apabila menjuarai pusingan tersebut dan lebih manis apabila Fariqe Hairuman dan James Veerapen turut menaiki podium di tempat kedua dengan Proton Suprima S R3 Touring. Syafiq Ali yang memandu Proton Preve R3 Touring pula gagal menamatkan perlumbaan bagi membolehkan Proton mendominasi podium 1,2 dan 3. Mungkin pada masa akan datang, insya Allah.

Silakan kongsi:

Proton Tingkatkan Produksi Persona Bagi Memenuhi Peningkatan Pesanan

PERSONA_EXEC

Proton Holding Berhad kini meningkatkan produksi Persona yang nampaknya kekal popular. Selepas selesai menaik taraf jaluran produksi Persona di kilang Tanjung Malim, Proton kini membuat penyelarasan jadual pengeluaran bagi memenuhi permintaan sedan nasional itu.

Proton Persona telah dilancarkan pada 15 Ogos 2007 dan telah mencatat jualan sebanyak 265,882 unit sehingga 31 Ogos 2015.  Bagi memenuhi permintaan, Proton turun menambah stok di kalangan pengedar seluruh negara. Tempoh menunggu buat masa sekarang ialah selama sebulan dan Proton telah pun meningkatkan pengeluaran sejak beberapa bulan lalu bagi memenuhi permintaan sempena beberapa perayaan sehingga hujung tahun ini.

Persona ditawarkan melalui dua varian utama iaitu Persona Super Value (SV) dan Persona Executive pada harga permulaan dari RM44,658.00. Selain daripada itu, Proton turut menjalankan kempen Hari Merdeka dan Hari Malaysia dengan pelbagai promosi seperti rebat RM3,000 untuk tukar beli dan tempoh waranti lanjutan selama 7 tahun.

Silakan kongsi:

Global News: Lotus 3-Eleven Proves Credentials at Nürburgring

Lotus 3-Eleven 2015.01

The new Lotus 3-Eleven marked its first public outing with a successful two-week test session during the industry pool test weeks at the renowned proving ground of the NürburgringNordschleife circuit, in which over 2,000kms were covered as part of a comprehensive test and development programme.

Jean-Marc Gales, Chief Executive Officer for Group Lotus plc, commented, “The success of this test session is proof that our development philosophy for the 3-Eleven is the right way to go. We’ve always said that to make a car faster you must make it lighter and this new car carries that philosophy to a new level. It condenses all of our engineering know-how into an undiluted performance-focused package and we’re pleased to showcase to the world, the quickest and most powerful production Lotus to date. The 3-Eleven achieved one of the fastest ever lap times around the Nürburgring for any class of car and faster than many other supercars”

Heralding a new generation of Lotus high performance sports cars, the 3-Eleven features an all-new lightweight body, with an open cockpit design and a V6 supercharged engine developing 450 hp. The 3-Eleven re-affirms Lotus core values, offering the ultimate pure driving experience and providing the perfect demonstration of “faster and lighter” which comes from Lotus’ roots in competitive motorsport and underlines the company’s ability to deliver benchmark handling.

Lotus 3-Eleven 2015.02

In what was its first turn of a wheel outside of Lotus’ Hethel HQ, the new 3-Eleven was piloted by three different drivers with individual areas of expertise and vehicle set-up with specific focus – aerodynamics, engine calibration, chassis tuning and suspension geometry.

Gavan Kershaw, Technical Manager for Lotus Motorsport and Lotus 3-Eleven Development Driver, commented, “It has been a hugely successful test for us in which we have thoroughly investigated areas of the car which are a specific focus for high performance driving. We have methodically worked through a test matrix concentrating on, aerodynamic balance, suspension settings, tyre and brake development, optimising engine calibration and throttle mapping to reach the required benchmark for performance.”

With clear running on the circuit an inhibiting factor over the course of the two week period – in which the track was not designated solely for the use of Lotus – the 3-Eleven lapped regularly on or below the target simulation time. By combining the quickest sector times achieved during the fastest 2 laps on the “Sport Auto” magazine lap configuration, a total lap time of 7 minutes 06 seconds was recorded by the vehicle’s data logging acquisition system.

Lotus 3-Eleven 2015.02

Marc Basseng, Lotus 3-Eleven Driver, stated, “I know the Nürburgring Nordschleife very well and have driven many cars around the circuit. I can say that the 3-Eleven is the perfect car for a fast lap here. It is so sharp and so focussed; a true weapon! This was proven in the sector times set and I’m sure, with the track completely to itself, the car could push towards a 7min flat lap time.”

The new Lotus 3-Eleven will enter production in February 2016 with deliveries scheduled to commence in April 2016. Production will be limited to just 311 vehicles in total. The 3-Eleven will be sold in all markets as a race car and in Europe and Asia as a road car.

Silakan kongsi:

Proton Perkenalkan Saga Plus Dengan Lima Ciri Tambahan Tetapi Harga Kekal Seperti Saga SV

Proton Saga Plus 2015.02

Proton Holdings Berhad baru-baru ini memperkenalkan varian baharu model sedan paling popular iaitu Saga Plus. Model yang diperkenalkan sejak lapan tahun lalu telah terjual sebanyak 500,000 unit dan Saga generasi kedua itu terus kekal sebagai salah satu model nasional terlaris di Malaysia. Kebanyakan pembeli memilih Saga kerana prestasi enjin, keluasan, keselesaaan dan keselamatan menjadikannya model yang berbaloi untuk dimiliki di dalam kelasnya.

Proton Saga Plus 2015.01

Dengan mengambil kira prestasi tersebut, Proton menjadikannya lebih menarik dengan memperkenalkan Saga Plus. Dikuasakan oleh enjin 1.3 Campro IAFM dengan dua opsyen transmisi manual atau CVT, Saga Plus dijual pada harga RM33,242 hingga RM36,576 seunit. Saga Plus hadir menggantikan Saga SV tetapi dengan tambahan lima kelengkapan tanpa sebarang peningkatan harga. Susulan itu, Proton memberhentikan pengeluaran Executive dan SE dalam memberi lebih nilai kepada konsumer. Lima tambahan percuma pada Saga Plus ialah roda aloi 14″, kit badan penuh dan logo Plus sebagai lambang ciri-ciri tambahan tersebut. Secara ringkasnya, Saga Plus mempunyai luaran seperti Saga Executive tetapi pada harga Saga SV.

Proton Saga Plus 2015.03

Proton Saga Plus disasarkan kepada generasi muda yang inginkan kenderaan yang mampu mampu milik dan diselenggara. Sejak dilancarkan pada tahun 1985, sebanyak 1.6 juta unit Saga telah berada di atas jalan raya. Saga sehingga kini masih kekal model terlaris Proton dan salah satu kenderaan terlaris di Malaysia. 30 tahun lalu, Saga merupakan simbol pencapaian negara di dalam memasuk era perindustrian. Secara purata, Proton menjual sebanyak 3,000 unit Saga setiap bulan. Model nasional itu juga telah banyak memenangi anugerah di dalam negara. Proton Saga Plus didatangkan dengan lima warna pilihan iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Elegant Brown. Model itu juga diberi jaminan selama tiga tahun atau 60,000 km (yang mana dahulu).

Silakan kongsi:

Sejagat Lubricants Sdn. Bhd. Memperkenalkan DS Motor Oil Di Malaysia

DS Motor Oil 2015.02

Sejagat Lubricants Sdn. Bhd., sebuah syarikat Malaysia sepenuhnya, baru-baru in telah memperkenalkan pelbagai jenis minyak pelincir kenderaan, termasuk motosikal, yang mengatasi tahap kualiti tertinggi peringkat antarabangsa.

Selain dari menyerap innovasi teknologi terkini, produk-produk di bawah jenama DS Motor Oil ini dirumus dan diadunkan di dalam negara dengan menggunakan bahan mentah import. Harga pula berpatutan sementara kualitinya melebihi tahap yang diiktiraf dunia.

Apa yang membezakan produk-produk ini dari yang ditawarkan oleh penyaing kami ialah produk-produk DS Motor Oil menggunakan Teknologi M.A.S. untuk memberi perlindungan maksimum kepada enjin.

Apa M.A.S sebenarnya?

M.A.S. adalah singkatan “Metal treatment, Additive & Synthetic”. Ia adalah satu rumusan yang menyerap dan bercantum bersama liang roma halus komponen jentera atau enjin untuk menjadikan pelindung lasak bergeseran rendah yang mampu menangkis pergeseran dan tekanan empat atau lima kali lebih tinggi dari hampir
kesemua jenis minyak enjin yang terdapat di pasaran.
DS Motor Oil 2015.03

Apa yang terhasil dari cantuman ini ialah pengurangan berkesan bahang enjin dan kelusuhan walaupun dengan bebanan yang begitu berat. Kecekapan enjin dari penggunaan pelincir DS Motor Oil kemudiannya memberi lebih kuasa kuda dan penjimatan petrol. Penjimatan juga berlaku kerana penggunaan minyak pelincir kami disyorkan penggunaannya hingga 10000km dan bukan 5000km seperti biasa.

Gandingan ini memberikan minyak pelincir kami kelebihan unik dan nyata yang selanjutnya memberi perlindungan kepada enjin berkuasa tinggi dalam kenderaan jalanan dan dalam sukan permotoran.
DS Motor Oil 2015.10

Sebagai pengedar tunggal produk-produk DS Motor Oil di Malaysia, Sejagat Lubricants ingin menekankan bahawa proses pembuatan kesemua produk kami mendapat pengiktirafan ISO 9001. Kesemua produk juga di bawah perlindungan insuran liabiliti produk sejumlah RM1 juta untuk apa-apa kerosakan hasil dari penggunaan
produk kami.

Sebagai satu jenama, DS Motor Oil prihatin terhadap persekitaran dan ini dilakukan melalui gandingan dengan Wheelspin Green Motorsports, sebuah pasukan yang menggunakan pelbagai jenis teknologi mesra alam untuk kenderaan sukan permotoran mereka dan juga JDM Hardcore sebuah pusat automotif yang memberi
tumpuan kepada Japanese Domestic Model (JDM), penyediaan kereta lumba dan juga sebuah pasukan sukan bermotor yang berjaya.

Silakan kongsi:

ETCM MENAWARKAN PELUANG MEMENANGI JAM TANGAN TAG HEUER NISMO EDISI KHAS

58 Years and Still Growing Strong Campaign Round 2

KUALA LUMPUR, 11 September 2015 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melanjutkan kempen “58 Years and Still Growing Strong” berikutan maklum balas memberangsangkan yang diterima oleh kempen yang bermula pada Ogos lalu.

Kempen yang dilanjutkan sehingga akhir September 2015 itu memberi peluang kepada para pelanggan bertuah untuk membawa pulang tiga lagi unit jam tangan TAG Heuer Carrera “NISMO” Calibre 16 Day-Date Edisi Khas bernilai RM19,500 setiap satu. Mana-mana pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Nissan pada bulan September layak untuk menyertai kempen itu. Pusingan pertama kempen itu dilancarkan pada 1 Ogos 2015 dan berakhir pada hujung bulan yang sama.

“Tagline kempen adalah berpaksi dan fokus kepada 58 tahun Tan Chong merintis dan mengembangkan perniagaan automotif serta jenama Nissan di negara ini. Kejayaan kami dan jenama Nissan banyak didorong oleh sokongan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia. Maklum balas hebat yang kami terima pada Pusingan Pertama Kempen ini Ogos lalu telah memberi motivasi kepada kami untuk melanjutkan kempen ini kepada satu pusingan lagi pada September, di mana tiga orang pemenang bertuah akan dipilih. Memastikan pelanggan gembira sememangnya menjadi keutamaan kami, dan kami berharap dapat menggembirakan para pemenang bertuah dengan jam tangan yang cukup eksklusif ini,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Bagi menyemarakkan lagi kempen tersebut, ETCM akan mengadakan “Karnival Pandu Uji Nissan” untuk pelanggan di wilayah utara dan selatan. Karnival itu akan diadakan secara serentak di Pusat 3S ETCM di Butterworth dan Johor Jaya dari 12 September 2015 hingga 13 September 2015 (10am – 10pm).

Nissan Test Drive Carnival

“Kami ingin menjemput orang ramai untuk menyertai Karnival Pandu Uji Nissan di mana kami ada menyediakan rangkaian penuh model Nissan untuk dipandu uji, termasuklah kenderaan 100% elektrik paling laris di dunia, Nissan LEAF serta crossover premium Nissan X-Trail. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan hadiah menarik seperti peluang untuk memenangi Smart Tag bersama sekeping kad Touch N’ Go Nissan GT-R LM NISMO atau kad petrol (kredit RM300) dengan hanya memandu uji sebuah kenderaan Nissan,” kata Tan.

ETCM juga akan meneruskan “Kempen Promosi RM1.00” bersama kempen bulan September ini. Dengan hanya RM1.00 pelanggan boleh membeli Aerokit NISMO untuk Almera atau Aerokit IMPUL untuk Grand Livina atau Sylphy. Promosi RM1.00 turut dilanjutkan kepada paparan Sistem Navigasi Multimedia bersaiz 8 inci dengan pembelian Teana atau X-Trail 2.5. Pelanggan yang membeli X-Trail 2.0 layak untuk menambah tempat duduk yang dibalut kulit dengan hanya RM1.00.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, para pelanggan Serena S-Hybrid akan menikmati servis penyelenggaraan percuma selama dua tahun. Sementara pelanggan yang membeli Navara pula akan menikmati servis penyelenggaraan selama lima tahun atau satu Pakej Navi-Plus (tertakluk kepada terma dan syarat).

Silakan kongsi:

Infiniti Bakal Memperkenalkan SUV Kompak Q30 di Frankfurt, Jerman Sehari Sebelum Hari Malaysia

Infiniti Q30 SECOND IMAGE image 4k - 1 Sept 2015

Hong Kong – Penampilan perdana Infiniti Q30 Premium kompak aktif yang pertama dijadualkan berlangsung di Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt tahun ini.

Penampilan luaran yang ekspresif dan uniknya menyumbang kepada visual dinamik bagi segmen kompak premium terbaru. Manakala, reka bentuk dan keluk dalaman Q30 yang ekspresif mewujudkan keperibadian yang diidamkan pemandu dan penumpang.

Pereka dalaman Infiniti telah memilih bahan-bahan dan proses yang paling berkualiti untuk mewujudkan suasana moden premium. Salah satu sentuhan terperinci ialah bahan Dinamika seperti suede dari Itali yang kian banyak digunakan dalam industri busana, dan kini digunakan untuk melapik bumbung dan tiang kabin Q30.

Tempat duduk pemandu dan penumpang telah direka untuk menambah keselesaan dan memberi sokongan dengan titik pinggul yang lebih tinggi. Gabungan tempat duduk dan kelincahan Q30 ini banyak membantu di jalan bandar mahupun luar bandar.

“Rekaan luaran dan bentuk kabin asimetri Q30 sememangnya menampilkan gaya Infiniti yang tersendiri,” kata Presiden Infiniti, Roland Krueger. “Dengan adanya Q30, kami memasuki segmen baru dan memperluaskan tawaran kepada para pelanggan kami. Kenderaan ini merupakan salah satu strategi penting kami untuk menjadi pengeluar kereta premium utama dalam pasaran antarabangsa.”

Infiniti Q30 akan dilancarkan secara rasmi di sidang akhbar Infiniti di Frankfurt pada 10:15am CET, 15hb September.

Silakan kongsi: