Toyota Aygo tidak dipasarkan di dalam negara, untuk mereka yang mahukan kereta kompak dari Toyota, Yaris adalah jawapannya. Yaris pada saya lebih lawa berbanding Vios dan kereta yang ada potensi untuk laku macam produk Toyota lain. Tapi itu yang saya fikir, UMW Toyota ada fikiran dan kajian pasaran mereka tersendiri dan saya fikir sebab itu mereka jual Yaris dengan harga premium. Dan Honda pun turut ikut sama, Jazz dijual dengan harga premium walaupun kita tahu Vios dan City lebih besar berbanding kedua model kompak tersebut.
Mar 20
Gambar F1 Bahrain: Mercedes GP Petronas!
Gua memang suka bagi gambar. Dari gua simpan ada baik gua kasi lu orang layan. Sharing caring mat saleh cakap.
Mar 20
Fiat 500 Merah Jambu C!
Gua mula dengan gelak dulu. Ha ha ha. Gua dulu ada post entri kasi Mat Kacau pasal Fiat 500 merah jambu. Rupanya kereta Fiat tu ada sambungan lagi. Fiat buat edisi 2 kali istimewa dengan soft top pulak dah. Kali ni gua mati kutu nak dedicate kasi sapa.
Mar 19
Selingan Mata [13]
Mar 19
Citroen SM: Dari Presiden Hinggalah Pelakon Pakai!
Kenangan saya tentang Citroen sekolah lama ialah saiznya yang besar dan suspensi yang akan naik dan turun secara automatik bila enjin dihidupkan dan dimatikan. Memang sejuk [cool]. Dan hari ini saya nak kongsi bersama sekutu Citroen SM yang kini dah berusia 40 tahun.
Kereta coupe berprestasi dari Citroen ini dihasilkan dengan kerjasama Maserati dan mula dipertontonkan pada umum pada Pertunjukan Kereta Geneva pada 11 Mac 1970 – 40 tahun lepas.
Mar 18
Video: Ken Block Sebelum WRC Mexico
httpv://www.youtube.com/watch?v=sm0euMQwYoY
Seperti yang dilaporkan dalam entri WRC Mexico, Ken Block terbabas dan terus ‘terbang’ ke dalam parit. Tapi pemandu selebriti macam Ken kalau kalah pun tetap akan jadi bahan berita, apatah lagi kalau dia menang. Dan video di atas adalah ujian pemanduan Ken Block sebelum WRC Mexico.
Rupa-rupanya dia praktis sekali saja sebelum ke Mexico.
Sumber: Youtube/MonsterWorldRally
-Mak Uia-
Mar 18
Lotus + Cosworth = IndyCar!
Lotus dan Cosworth mengumumkan mereka berkerjasama dalam perkongsian teknikal dan komersil dengan pesaing IndyCar iaitu KV Racing Technology untuk bertanding dalam siri IndyCar musim 2010.
Lotus-Cosworth IndyCar akan menggunakan skema warna classic Racing Green dan jaluran kuning seperti yang digunakan pada kereta-kereta Lotus Racing pada era 50an dan 60an dan akan membuat penampilan sulung pada pusingan pertama IndyCar di AS.
Dan paling menarik, kereta tersebut akan dipandu oleh Takuma Sato.
Mar 17