SUPER GT SUZUKA 2010: M7 MUTIARA MOTORS AMEMIYA JUARA!

SUPERGT008

Pusingan pembukaan AUTOBACS SUPER GT 2010 bermula di litar Suzuka pada hujung minggu lepas dengan lebih kurang 30 ribu penonton. Pusingan pertama tersebut dipenuhi drama apabila hujan turun pada awal perlumbaan. Akibatnya trek menjadi licin dan beberapa kereta terbabas termasuklah tim Weider HSV-010 dengan jentera Honda HSV-010 yang menduduki grid pertama. Lebih malang apabila 2 buah HSV-010 berlanggar sesama sendiri pada pusingan 11.

Mengambil peluang dari kecelaruan tersebut, tim HIS ADVAN KONDO GT-R dengan pemandu Joao Paulo Lima de Oliveira dan Hirobobu Yasuda memintas peserta lain dari tempat ke sepuluh, mengetuai pelumba lain di pusingan 25 seterusnya menjadi juara sulung kelas GT500 SUPER GT 2010!

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Mazda 2 Sedan!

Mazda2 Sedan001

Untuk pengetahuan sekutu, Mazda2 ada 2 versi iaitu hatchback dan sedan. Jika sebelum ini saya paparkan entri versi hatchback kali ini giliran Mazda2 Sedan pula. Spesifikasi enjin dan fitur asas lain sama seperti Mazda2 Hatchback tetapi dengar kata harganya lebih murah iaitu lebih kurang RM80 ribu untuk V spec dan RM83 ribu untuk R spec.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selamat Hari Lahir ke 60 VW Transporter!

VW Transporter

Van VW ini memang ayahanda sekolah lama [bapak oldskool!]. Saya ingat lagi jiran saya, pengumpul VW ada sebuah Beetle dan sebuah California. Memang hippies gila walaupun dia bukan jenis hippies. Raya 3 tahun lepas saya beraya ronda kampung naik Beetle hijau milik Ahmad Fauzan Kg. Apal, Jerteh. Dalam majalah KERETA tahun lepas ada disiarkan Combie tulisan Firdaus Abdillah yang sekarang ini bertapa menuntut ilmu persuratan di Puncak Alam Semesta. Rasanya memang tak ada van yang sesuai dah untuk geng-geng hippies selain dari Combie, takkan nak naik Vanette, mana sejuk [cool].

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Video: Paip Ekzos 12 inci Jo!

httpv://www.youtube.com/watch?v=NqFxTzd69b4

Mat Saleh Amerika semua nak benda besar! Ekzos buang asap pun besar! Apa kata brader lori ikan?!

Sumber: Youtube/Pypes Exhaust

-Matpon-

Silakan kongsi:

VW R

VW R

Toyota ada TRD dan Tom’s, Mercedes ada AMG, Honda ada Mugen, Nissan ada Nismo, Mitsubishi ada Ralliart, Proton ada R3, tapi VW?

Saya tak terfikir pun mengenai rumah penalaan ‘rasmi’ VW sehinggalah siaran media yang mengumumkan kepada dunia, penala rasmi VW. Namanya ringkas sahaja, seringkas desain kereta-kereta VW. Kereta-kereta berprestasi VW akan ditala oleh Volkswagen R.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Juara!

10r01ph008

Sementar kita tunggu Matpon terjemah berita bahasa Jepun ke tulisan jawi saya nak maklumkan yang M7 Mutiara Motors Amemiya menang kelas GT300 SUPER GT semalam di Suzuka.

Sumber: supergt.net

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Gambar F1 Bahrain: Lotus Racing!

Lotus Racing

Semalam dan hari ni gua buat post bergambar je. Adult learning.

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

SUPER GT Suzuka ’10: 1 Jam Lagi!

Pusingan pembukaan Super GT di litar Suzuka akan bermula dalam masa 1 jam lagi [11 pagi]. Persaingan kelas GT500 dijangka sengit, Lexus dengan Tom’s SC 430, Nissan dengan GTR manakala mampukah Honda mencatat kejayaan dengan kereta baru, HSV-010?

Mungkin juga, keputusan grid pertama kelayakan adalah milik tim Weider HSV-010 manakala kedua dan ketiga adalah dengan jentera  SC 430 dan GTR.

Berita baik untuk peminat lokal, M7 Mutiara Motors Amemiya akan bermula di grid pertama kelas GT300.

Sumber: supergt.net

-Mak Uia-

Silakan kongsi: