Dua Lotus Berlumba Esok!

2010 IRL IndyCar Indy 500 Qualifying

Lotus Racing akan berlumba di GP Turki esok manakala Takuma Sato akan memandu dalam Indy 500 2010. Selain dari kepakaran kejuruteraan, Lotus adalah sebuah organisasi yang kreatif. Kalau tak, takkan diaorang boleh lekat chasis pakai gam saja. Saya tak berapa gemar dengan warna Hijau British tetapi Lotus berjaya mengadunkannya dengan warna kuning dengan kemas sekali. Nampak moden dan dalam masa yang sama klasik.

Topi keledar yang cun ini disiapkan oleh pereka Lotus, Jason Fowler dalam masa 45 jam. Pada sisi topi ada gambar kereta Lotus 38 yang dipandu Jim Clark dan sebelah lagi gambar kereta Taku. Lotus harap desain tersebut dapat menginspirasikan Taku untuk mengulang kembali kejayaan ‘otai’ tersebut.

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

VW Jadi Dengan Proton?

Logo Proton

Cakap-cakap industri kata VW akan ‘jadi’ berkerjasama dengan Proton. Mungkin kongsi platform dan mungkin juga kongsi kilang. Proton tak mampu nak keluarkan model pasaran kecil sorang-sorang dan VW pula nak takluk dunia automotif. Kilang Tanjung Malim banyak lagi ruang kalau nak pasang 1-2 model jenama lain. Dari yang saya baca, seminggu dua lagi baru diumumkan keputusan rundingan.

Sementara itu Proton mencatat keuntungan tahunan berakhir 31 Mac 2010 sebanyak RM 285.01 juta berbanding kerugian sebelum cukai RM 319.2 juta untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Jualan domestik meningkat 8 peratus hasil jualan Persona, Saga dan Exora.

-Mak Uia-


Silakan kongsi:

McLaren F1, 20 Tahun Versi Jalanan!

366082_60734-f-mclar

McLaren macam yang kita kenal memang pakar dalam Formula Satu. Kalau tak menang pun diaorang akan cucuk angin dengan juara. Tahun ini McLaren bercerai dengan Mercedes tapi masih lagi guna enjin Mercedes, paling sedap McLaren lagi laju dari Mercedes GP. Nampak sangat aerodinamik kereta main peranan, sebab pembekal enjin Formula Satu ada beberapa saja tapi macam yang berlaku sekarang ini ada yang boleh ‘blah’ dan ada juga yang tak habis-habis ada masalah teknikal. Pada saya itulah uniknya Formula Satu, perkiraan matematik sangat penting untuk menjamin kemenangan.

20 tahun lepas McLaren menghasilkan kereta Formula Satu untuk jalanan yang dikenali sebagai McLaren F1. Kereta tersebut menggunakan chasis monocoque gentian kaca sepenuhnya, pertama seumpanya untuk sebuah kereta jalanan. McLaren F1 mula diperkenalkan pada umum pada 28 Mei 1992 dengan unit pertama diserahkan kepada pelanggan pada Disember 1993.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

IRC: Proton Masuk Sekali!

Proton Satria Neo S2000

Akhirnya saya ada sebab kukuh untuk menulis pasal Intercontinental Rally Challenge [IRC], Tim Rali Proton R3 akan berlumba di Ypres Rally, Belgium dari 24 hingga 26 Jun ini.

Bak kata Matpon yang rajin gila, Yeah!

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

F1: Rosberg ‘Sengsara’ Dengan Kereta Baru Merc?

756090_1377408_3780_2615__S7C9551

Kita semua tahu sebelum semakan kereta baru Mercedes GP Petronas, Nico Rosberg beraksi dengan cemerlang dan dalam masa yang sama Michael Schumacher tidak selesa dengan kereta tersebut. Kereta baru Mercedes GP kini lebih panjang dan ditala mengikut kehendak Schumi. Perkara ini diakui oleh JJ Lehto, rakan sepasukan Schumi dalam tim Benetton pada tahun 1994.

“Kesian Nico,” kata Lehto kepada majalah Auto Bild Motorsport, Jerman. “Michael kembali membina kereta dan seluruh pasukan mengikut beliau. Nico menanggung akibatnya.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selingan Mata [18]

365849_250510ric

Dah lama gua tak buat kerja. Andai saudara bijak bestari gerangan apakah besi di atas? Na na na. Tak ada talian hayat ok.

Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Italdesign Giugiaro Sekarang VW Punya!

DB2010AL00734

VW bercita-cita tinggi, pada 2018 mereka mensasarkan untuk menjadi pengeluar kereta terbesar dunia. Untuk mencapai sasaran tersebut antara strateginya ialah beli saja mana firma automotif yang perlu. Jalan singkat untuk memperoleh ilmu dan menguatkan organisasi. Dan ‘lauk’ terbaru VW selepas Suzuki ialah firma desain, Italdesign Giugiaro [IDG]. Ironinya ialah VW gagal untuk berkerjasama dengan Proton dan Italdesign adalah rakan strategik tak rasmi Proton di mana desain Emas dan Persona baru dibangunkan firma tersebut. Dan ini bermakna VW mempunyai akses terhadap kedua model baru Proton tersebut.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

R-Class: Merc Untuk Angkut Keluarga!

Mercedes R-Class

Pertama kali nampak R-Class beberapa tahun lepas saya memang susah nak ‘hadam’ desainnya. Panjang tak tentu hala dan terfikir siapalah nak beli kereta macam ini? Bentuknya macam wagon tapi tinggi macam van, apapun yang pastinya ruang dalaman MPV ini luas. Jadi dari beli S-Class yang beratus ribu tapi boleh naik 3,4 orang dan nampak pelik buat pergi piknik di PD ada baik beli R-Class, mewah besar dan bergaya dan pastinya ada prestij.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: