Untuk Dijual: Honda Civic Type R

Honda Civic Type R.01

Keh keh keh. Lama gua menjadi halimunan. Ada yang rindu sama gua? Yeah.

Siapa yang nak beli  Honda Civic Type R gua rekemen lu org beli kereta ni ok. Ni bukan model recond ok tapi ori Honda Malaysia ni brader. Kereta standard kapak, bonet carbon fibre bukan cat atau sticker ok. Harga nak jual RM175k boleh kawtim. Boleh hutang bank 160k. Nak bayar cash pun ok tapi jangan lupa komisyen gua.

Kereta ni tahun 2007 tapi daftar tahun 2008. Kalau nak tengok datang Ampang lu orang bole kasi call Jo: 012 265 1924

Sumber: Bos gua. Lu org jgn tanya merepek2. Gua tak ta hu..hu..hu.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Volvo S60 T6 Dari Heico Sportiv!

Volvo S60 T6 Design by Heico Sportiv05

Tersebutlah kisah dulu-dulu desain kereta Volvo adalah keras, bersegi dan serius. Sekarang desainnya lebih mellow seperti fasia yang bulat dengan lengkungan lembut, mungkin ikut undang-undang pelanggaran pejalan kaki agaknya. Walau bagaimanapun saingan sengit dalam pasaran lokal menyebabkan kereta Volvo dah tak semeriah dulu dan jika diimbas kembali jenama inilah yang digunakan sebagai kereta Polis, peronda lebuhraya ataupun kereta rasmi bos-bos. Di peringkat global Volvo sudah bertukar hak milik dari Ford kepada Geely dan syarikat dari China tersebut sedang menikmati buah-buah yang telah dibaja oleh Ford dengan barisan model-model baru yang menarik  dan dengan pelbagai teknologi terkini.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

JDM: Mazda Familia Van

Mazda Familia Van01

Bila saya terima siaran media ini ingatkan Mazda Familia yang dimaksudkan adalah model hac yang popular dulu tapi bila tengok gambar rupa-rupanya jauh panggang dari api, Familia terbaru adalah wagon. Tetapi Mazda letak nama van. Pelik juga. Dan baru-baru ini model tersebut telah disegarkan kembali dengan penambahbaikan sistem keselamatan di mana beg udara sisi penumpang adalah standard untuk kesemua varian Familia. Selain dari itu turut ditambah ialah soket elektrik pada panel instrumen bahagian penumpang.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

MINI Countryman: 4WD & WRC!

Mini Countryman.01

Saya rasa nama Mini adalah yang paling true dalam banyak-banyak jenama kereta. Namanya melambangkan kereta itu sendiri iaitu kecil dan kompak. Kalau kita soroti sejarah kereta-kereta Eropah kita akan perasan banyak model klasik adalah comel lote dan kompak, kadang-kadang hairan juga macamana Mat Saleh tinggi lampai dan besar boleh muat dengan selesa dalam kereta sekecil ini.

Warisan kereta kecil Eropah yang tinggal ialah Mini dan di UK pembuat yang kini dah jadi kepunyaan BMW akan melancarkan varian terbaru iaitu Countryman, siri keempat dari keluarga Mini selepas model Hatch, Convertible dan Clubman. Yang menjadikan Countryman istimewa ialah pintunya ada empat, boleh muat lima orang dewasa dan pertama kali dipasangkan dengan pacuan empat roda [4WD].

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Isuzu Meraih Kedudukan Tertinggi Dalam Jualan di Malaysia Bagi Tahun Kedua

Waktu penghantaran telah memberi kesan besar terhadap kepuasan
pengalaman dari segi jualan kenderaan baru, dengan kepuasan menurun apabila penghantaran mengambil masa
melebihi 14 hari, menurut hasil tinjauan J.D. Power Asia Pacific 2010 Indeks Tahap Kepuasan Jualan (SSI)
Malaysia yang disiarkan hari ini.
Tinjauan yang dibuat untuk tahun kelapan ini mengukur kepuasan pemilik kereta baru terhadap jualan dan
pengalaman penghantaran serta menilai tujuh faktor yang menyumbang kepada kepuasan keseluruhan. Dengan
mengikut turutan keutamaan, faktor-faktor tersebut adalah proses penghantaran, masa penghantaran, kerja kertas,
fasiliti pengedar, jurujual, urusniaga dan inisiasi jualan. Prestasi SSI dilaporkan sebagai markah indeks yang
berdasarkan skala 1,000 mata, di mana markah kerseluruhan SSI yang lebih tinggi menunjukkan kepuasan yang
lebih tinggi terhadap jualan kereta baru dan proses penghantaran. Kepuasan jualan keseluruhan kekal kukuh dari
2009, dengan purata 781 pada 2010.
Tinjauan ini mendapati bahawa kepuasan terhadap masa penghantaran menurun apabila masa penghantaran
mengambil masa yang panjang. Pemilik kenderaan baru menunjukkan rasa tidak puas hati apabila masa
penghantaran melebihi 14 hari secara purata. Di kalangan pelanggan yang penghantaran kenderaannya melebihi
sebulan, kepuasan terhadap waktu penghantaran adalah 95 markah secara purata di bawah purata industri.
Pada 2010, masa penghantaran telah meningkat sebanyak dua hari dari 2009 menjadikannya purata sebanyak 19.8
hari pada 2010. Walau bagaimanapun, kira-kira 20 peratus pelanggan menunjukkan bahawa mereka menerima
kenderaan mereka dalam tempoh empat hari. Di kalangan pelanggan-pelanggan ini, kepuasan terhadap masa
penghantaraan berpurata 52 markah lebih daripada purata industri.
“Demi meningkatkan kepuasan pelanggan, ia adalah penting bagi para pengedar memperbaiki masa penghantaran
dan memastikan kenderaan dihantar seperti yang diminta pada waktu yang dijanjikan,” kata Taku Kimoto, Pengarah
Pengurusan di J.D Power Asia Pacific, Singapura.
Antara sembilan jenama yang terlibat dalam kajian ini, Isuzu meraih kedudukan tertinggi bagi tahun kedua berturutturut
dengan markah keseluruhan SSI sebanyak 844. Isuzu telah mempamerkan prestasi yang baik dalam semua
tujuh faktor tersebut. Suzuki berada di tempat kedua dengan 790 mata, diikuti Toyota (789) dan Honda (788). Naza
meningkat secara ketara dan memperoleh sebanyak 781 markah pada 2010 berbanding dengan 736 markah pada
2009.
Kajian ini juga mendapati bahawa pelanggan yang memiliki pengalaman jualan yang bermasalah atau tekanan
jualan adalah kurang puas hati terhadap jualan dan proses penghantaran berbanding dengan pelanggan yang tidak
memiliki pengalaman tersebut.Kepuasan telah menurun dengan ketara di kalangan pelanggan yang mengatakan
bahawa mereka terpaksa menerima penghantaran kenderaan pada waktu yang tidak sesuai dan juga di kalangan
pelanggan yang mengatakan bahawa jurujual bersikap tidak jujur atau mengalami kesukaran untuk menjawab
pertanyaan.
(Mukasurat 1, antara 2)
Kajian ini turut mendapati bahawa pelanggan yang amat berpuas hati dengan keseluruhan pengalaman pembelian
adalah lebih cenderung memiliki tahap sokongan dan kesetiaan kepada pengedar dan jenama kenderaan. Di
kalangan pelanggan yang amat berpuas hati dengan pengalaman pembelian mereka di pengedar (markah purata
kepuasan jualan melebihi 844 mata), 56 peratus mengatakan bahawa mereka ‘pasti akan’ mengesyorkan pengedar
tersebut kepada rakan dan ahli keluarga. Pelanggan yang amat berpuas hati ini berkemungkinan besar akan membeli
semula atau mengesyorkan jenama yang sama pada masa akan datang. Sebaliknya, hanya 21 peratus pelanggan yang
tidak berpuas hati (purata kepuasan servis di bawah 728 markah) mengatakan bahawa mereka akan mengesyorkan
pengedar pembelian mereka.
“Semakin sengit persaingan dan jangkaan pelanggan meningkat, ia adalah penting untuk memastikan pelanggan
gembira dengan pengalaman jualan kereta baru oleh pengedar, di mana ia akan memberi kesan yang amat positif
dari segi kesetiaan dan sokongan pada masa akan datang,” kata Kimoto.
Kajian SSI Malaysia 2010 adalah berdasarkan penilaian jawapan daripada 2,445 pemilik kenderaan baru yang
membeli kenderaan antara September 2009 dan April 2010. Kajian ini dilakukan antara Mac dan Jun 2010.

JDASIASSI2010.01

Waktu penghantaran telah memberi kesan besar terhadap kepuasan pengalaman dari segi jualan kenderaan baru, dengan kepuasan menurun apabila penghantaran mengambil masa melebihi 14 hari, menurut hasil tinjauan J.D. Power Asia Pacific 2010 Indeks Tahap Kepuasan Jualan (SSI) Malaysia terbaru.

Tinjauan yang dibuat untuk tahun kelapan ini mengukur kepuasan pemilik kereta baru terhadap jualan dan pengalaman penghantaran serta menilai tujuh faktor yang menyumbang kepada kepuasan keseluruhan. Dengan mengikut turutan keutamaan, faktor-faktor tersebut adalah proses penghantaran, masa penghantaran, kerja kertas, fasiliti pengedar, jurujual, urusniaga dan inisiasi jualan. Prestasi SSI dilaporkan sebagai markah indeks yang berdasarkan skala 1,000 mata, di mana markah kerseluruhan SSI yang lebih tinggi menunjukkan kepuasan yang lebih tinggi terhadap jualan kereta baru dan proses penghantaran. Kepuasan jualan keseluruhan kekal kukuh dari 2009, dengan purata 781 pada 2010.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Nabil Jeffri Pemandu Uji Termuda Formula Satu

Nabil Jeffri01

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Nabil Jeffri pelumba muda berusia 16 tahun akan menjadi pemandu ujian Lotus Racing. Pada 1 September lepas beliau telah melakukan ujian aero di landasan terbang Muzium Perang Imperial Duxford dan mencatat rekod sebagai pemandu uji termuda Formula Satu.

Menemani dan membantu Nabil ialah Fairuz Fauzy dan Heikki Kovalainen dan beliau berjaya menamatkan ujian tersebut dan terlibat sama dalam latihan hentian pit. Nabil adalah pemandu program Pembangunan Pemandu Asean AirAsia.

Klik untuk lebih gambar >>

Silakan kongsi:

JDM: Mazda Bongo Van & Trak

Mazda Bongo.02

Sekutu mungkin masih ingat lagi Mazda Bongo. Model ini dan sepupu rapatnya Ford Econovan memang banyak berlegar atas jalanraya kita suatu masa dulu, yela mana nak ada MPV lagi masa tu. Kalau buat balik kampung dan rombongan kahwin ataupun hantar anak masuk U inilah vannya. Jangan tak tau yang letak sofa rotan dalam ni pun ada.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

FIA GT1 Menyokong Kempen Keselamatan Jalanraya

AUTO / FIA GT1 : NURBURGRING 2010

46 pemandu yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia FIA GT1 pusingan Jerman bersama-sama Presiden FIA, Jean Todt menyokong kempen FIA Make Roads Safe dengan mendatangani secara simbolik panel badan kereta keselamatan Nissan GT-R.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: