Pada Pameran Kereta Paris hujung bulan ini Renault akan memperkenalkan Laguna baru. Kalau sekutu ingat, enjin Renault Laguna digunakan dalam Proton Waja 1.8 dan ikut perancangan Proton akan perkenalkan model 1.9 turbo diesel tetapi mungkin sambutan Waja – Renault tak berapa nak meriah dan rasanya sebab itu lah enjin turbo tu tak jadi.
Sep 15
Honda Jazz Hybrid
Versi hybrid Honda Jazz bakal diperkenalkan pada Pameran Kereta Paris akan datang yang hanya tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi. Dengan sistem hybrid menjadikan Jazz model pertama seumpamanya dalam segmen B dan ‘barang pasti’ kereta global ini lebih menjimatkan minyak di samping emisi yang rendah.
Sep 14
Mazda BT-50 [Fighter] Baru
Pikap moden adalah kenderaan yang versatil. Boleh muat keluarga, angkut barang, jarak kelegaan tinggi dan berenjin diesel. Untuk pengetahuan sekutu harga pikap tempatan adalah realistik sebab pembuat nasional tak ada produk dalam segmen ini. Dalam statistik jualan kenderaan pula boleh dikatakan pikap meraih jualan tinggi dan sebab itu kita boleh tengok ianya silih berganti atas jalan raya baik sama ada di bandar atau di kampung.
Sep 13
F1 Itali 2010: Alonso Menang Di Negeri Ferrari
Menang di tempat sendiri memang manis, rasa macam dah hadiahkan sesuatu yang besar untuk rakyat tempatan. Walaupun Fernando Alonso berasal dari Sepanyol tetapi itu tidak cukup untuk menghalang warga Itali dari merai kemenangan mereka, silap-silap ada yang tak lena tidur semalam dan mungkin ada yang tak kerja hari ini. Sebelum menang Alonso sudah pun menaruh harapan tinggi pada peminat Ferrari apabila mencatat masa terpantas semasa sesi ujian. Pakej dan talaan kereta memang menjadi pada pusingan ini dan kegembiraan bertambah apabila Felipe Massa menang di tempat ketiga.
Sep 12
Porsche Panamera S N.Technology
Bila kali pertama nampak Panamera S ini disiarkan dalam blog auto popular perkara yang membuat saya tertarik ialah logo Petronas dan saya tak pernah tahu pun firma tersebut menaja kereta ini dan saya syak begitu juga dengan peminat auto lain sebab berita mengenainya sepanjang pengetahuan saya tidak pernah tersiar di mana-mana media lokal.
Sep 09
Salam Syawal 1431H
Tahun ini kali kedua GT menyambut Syawal dengan sekutu dan di dalam hati saya amat risau jika GT hanya membiakkan sifat cintakan dunia. Saya harap GT lebih mendorong ke arah kecintaan terhadap ilmu kerana tamadun Islam yang berjaya tidak dibina berdasarkan nafsu keduniaan.
Apa yang saya faham Ramadan bukan tempoh menahan lapar sahaja tetapi lebih kepada mengawal nafsu, bulan menambah ibadah dan mencari keampunan. Kini Ramadan dah tamat, Lailatuqadar pun sudah berlalu dan tibalah Syawal. Semoga ibadah kita semua diterima Allah.
Selamat Harap Raya Aidilftri, maaf untuk kesilapan yang zahir dan sebaliknya.
🙂
-Mak Uia-
Sep 09
Mazda6 Laku Dua Juta Unit!
Mazda Motor Corporation hari ini mengumumkan jualan kumulatif global Mazda6 setakat Ogos telah mencapai dua juta unit. Pencapaian ini diraih dalam masa lapan tahun enam bulan sejak produksi bermula pada Februari 2002 di kilang Hofu 2, Yamaguchi.