Selingan Mata [22]

Kete apa ni Jo

Lama gillew gua tak post selingan mata kan. Ada bran? Cuba lu orang teka. Tapi gua nasihat gua akan menang. Siapa jawab betul dia salah. Keh keh keh.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Baii: Pajero Datang Lagi!

Mitsubishi Pajero.03

Pajero datang lagi!!

Peh, macam Tora datang lagi.

Pajero adalah sebuah nama yang lu orang semua kenal, pacuan empat roda, lasak, bising, melantun-lantun, lembap, tak boleh rosak, kaki pancing, Lanun Darat, tinggi, turbo intercooler, RTM, JKR dan banyak jabatan kerajaan yang masih digunakan sampai hari ini. Model V32 dan V45 gua rasa yang paling ikonik. Gua pernah berangan nak beli V75W tapi setelah mengetahui enjin 3.5 V6 itu dikenakan cukai jalan tak masuk akal, gua membatalkan hasrat tersebut.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Hyundai Jadi Pembekal Terpilih Polis UK

Hyundai ix35 UK Police.03

Kalau kita ingat dulu-dulu Proton Satria GTi pernah jadi kereta Polis UK, memang mayshur betul sebab kereta Malaysia layak jadi kereta Polis. Sekarang ini nak jadi pembekal kerajaan bukan mudah dan seperti dilaporkan proses tender Hyundai untuk dapat status Pembekal Terpilih saja dah makan dua tahun. Status tersebut diberi oleh Persatuan Pengurus Kenderaan Polis Kebangsaan yang kira macam sokongan untuk beli kereta Hyundai. Antara kriteria proses tender ialah kos pembelian dan penyelenggaraan, prestasi, kualiti dan nilai jualan semula kenderaan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton Batal Nama Lotus Racing!

Lotus Racing Singapore 10.01

Sejak kelmarin berita Proton batalkan nama Lotus Racing untuk musim 2011 memang kecoh. Saya pun tak pasti apa yang berlaku di sebalik tabir. Ikut kata Proton, Lotus Racing ada melanggar perjanjian dan sementara artikel ini ditulis tiada lagi respon dari Tony Fernandes.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Ferrari SA APERTA: Hanya 80 Unit dan Dah Habis!

Ferrari SA APERTA.03

Bila pembuat kereta eksotik macam Ferrari buat edisi terhad memang cepat kena sapu. Terbaru model SA APERTA yang akan dipamerkan pada Pameran Kereta Paris 2010 kesemuanya sudah habis terjual. 80 unit sahaja ditawarkan sempena ulang tahun ke 80 Pininfarina manakala nama SA juga merujuk kepada keluarga Pininfarina iaitu Sergio dan Andrea yang banyak mereka bentuk kereta jenama kuda berjingkrak ini. Enjin yang digunakan ialah 670 CV V12 yang dimuatkan pada bahagian depan kereta dengan casis yang direka semula untuk mengekalkan kekukuhan sama seperti model 599 biasa.

Harga tidak dinyatakan tetapi kebiasaannya pembeli tidak akan rugi sebab kereta ‘rare’ macam ini sentiasa ada harga.

Klik untuk lebih gambar >>

Silakan kongsi:

Infiniti EV 2013

Infiniti EV

Selamat hari Ahad geng. Gua tau lu orang selalu kutuk gua kan kan kan kan tulis secenonet je. Tapi lu orang tak tau sekarang ni zaman mini-mini je, hp mini, mini market, dan mini apa lagi ikut suka lu orang nak tambah. Gua senyum tipis tengok berita ni sebab ada gambar sekeping. Kereta ni Infiniti Electric Vehicle bajet keluar 2013.

Dah tu je, sekian. Ada post baik gua kasi buat lagi okeyyyy.

Babai.

Sumber: Newspress

-Matpon-

Silakan kongsi:

Lotus Racing Adalah Team Lotus!

Lotus Racing Itali 2010.01

Pertama 1Malaysia F1 Racing Team, kedua Lotus Racing, terbaru dan kekal selepas ini ialah Team Lotus. Nama memang memainkan peranan penting dan sampai sekarang masih ada suara-suara yang tidak setuju dengan Lotus Racing sebab saya rasa ianya bukan tim kilang Lotus tambahan pula dimiliki oleh rakyat tempatan. Kalau ada yang skeptik tu perkara biasa.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton: Perkembangan Terbaru 23/9

Logo Proton

Proton mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kelmarin dan pengurusan kanannya berkongsi serba sedikit mengenai perkembangan terbaru syarikat. Antaranya ialah:

1. Enjin Turbo

Bakal diperkenalkan tahun depan dan model pertama yang menggunakannya ialah Proton Exora. Enjin ini juga akan digunakan dalam model masa depan seperti Persona baru.

2. Model Rupa Baru [Facelift]

Sebelum hujung tahun ini model sedia ada dengan rupa baru bakal dilancarkan selain dari model gantian Waja.

3. Enjin Hibrid

Sudah memulakan pembangunan enjin hibrid dan elektrik dengan kerjasama firma antarabangsa.

4. Pasaran Eksport

Yakin prestasi tahun ini lebih baik dari tahun lepas dengan peningkatan minat dari pasaran China, Thailand dan Indonesia. Jualan eksport dijangka melebihi 30 ribu.

5. Lotus

Sah tidak akan dijual, fokus untuk memperoleh keuntungan pada tahun 2015.

-Mak Uia-

Silakan kongsi: