Mean Green: Kepala Lori Volvo Hibrid!

Volvo Mean Green.04

Mean Green adalah nama gelaran untuk kepala lori yang dibina oleh staf Volvo Trucks. Paling menarik kepala lori ini menggunakan enjin hibrid dan dirancang untuk memecahkan rekod kelajuan dunia. Pemandunya bukan calang-calang iaitu Boije Overbrink, beliau adalah pelumba lori popular Eropah.

Untuk info sekutu, Overbrink adalah pemegang rekod dunia pada tahun 2001 dan 2007. Pada bulan November 2007 Overbrink memandu trak Volvo Nh16 warna merah dengan gelaran The Wild Viking pada kelajuan purata 158.829 km/j. Selepas rekod tersebut beliau berjumpa dengan Staffan Jufors, Presiden Volvo Trucks dan dari situlah timbulnya idea untuk membina trak hibrid paling laju atas muka bumi.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

APRC China 2010: Akhirnya Proton Juara!

Proton Satria Neo S2000 APRC China 2010.14

Setelah kemarau keputusan cemerlang akhirnya Pasukan Rali Proton R3 menjadi juara pada pusingan akhir Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] di China. Sebelum perlumbaan bermula saya agak skeptik dengan prestasi Proton sebab keputusan sebelum ini mengecewakan. Kebiasannya Proton Satria Neo S2000 akan tersangkut di tengah-tengah perlumbaan sedang rancak dan sebab itu saya tidak siarkan pusingan sebelum ini. Tambahan pula harapan peminat Proton begitu tinggi dan lebih baik saya simpan sendiri sahaja.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Millioncars.my: Nak Beli/Jual Kereta?

MillionCars banner

MILLIONCARS.MY adalah sebuah laman web jual beli kereta tempatan yang baru sahaja dilancarkan. Laman web ini adalah milik syarikat bumiputera sepenuhnya, iaitu Million Cars Enterprise. MILLIONCARS.MY menyediakan sebuah platform bagi pengguna-pengguna Malaysia berurusan dalam urusan jual beli kereta dengan mudah dan berkesan. Bagi mereka yang belum mendengar tentang MILLIONCARS.MY, jangan bimbang! Anda masih belum ketinggalan. Laman web ini masih belum dilancarkan secara rasmi dan masih dalam mod ujian.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1 Brazil 2010: Red Bull Juara Pembina 2010!

www.hoch-zwei.net

Perlumbaan F1 semalam merupakan penamat untuk kategori pembina apabila Red Bull dengan kedua pemandunya Sebastian Vettel dan Mark Webber menamatkan perlumbaan sebagai juara dan naib juara. Ini bermakna peluang untuk tim lain tamat terus memandangkan perlumbaan hanya tinggal satu pusingan di Abu Dhabi. Walau bagaimanapun peluang masih terbuka untuk tiga pemandu iaitu Alonso, Webber atau Vettel untuk menjuarai kategori pemandu musim 2010. Mereka masing-masing dengan mata 246, 238 dan 231.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Motor Tak Berapa Besar Jo!

Yamaha EC-03.01

Di UK sekarang ini geng-geng pembuat motosikal sedang sibuk bersiap-siap untuk Carole Nash Motorcycle Live, pameran motosikal yang diadakan di Birmingham pada 27 November hingga 5 Disember ini. Jadi banyak juga siaran media yang saya terima dan antaranya ialah mengenai motor bersaiz kecil. Sekarang ini motor kecil dah jadi trend, tengok saja berapa banyak penunggang KSR atau pun MADASS, kalau nak ikut harga tak murah tapi kalau dah minat apa ada hal.

Yamaha EC-03 adalah skuterik [skuter elektrik] yang akan membuat penampilan sulung pada pameran ini. Memang slim dan kompak tetapi katanya bertenaga untuk mengharungi kesesakan trafik. Motor elektrik memang bagus sebab minyak naik sampai RM100 seliter pun apa nak kisah cuma jangan naik tarif elektrik sudah. Dalam pasaran 1Malaysia hanya masa yang akan menentukan bila kenderaan elektrik akan menjadi lambakan. Cukai pun dah kurang jo.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1 2011: Lotus Racing Guna Enjin Renault!

Lotus Racing Jerman 2010.003

Berita yang ditunggu-tunggu kini menjadi kenyataan, Lotus Racing menggantikan enjin Cosworth dengan Renault. Bernard Rey, Presiden Renault Sport mengumumkan semalam yang mereka akan membekalkan enjin kepada LR bermula musim 2011 ke atas dan ini adalah siri berita perkembangan positif selepas pengumuman kotak gear serta hidraulik Red Bull dan pembinaan terowong angin mereka sendiri.

Nampaknya tiada jalan berpatah balik untuk Tony Fernandes dan sekutunya, hanya jalan terus dan saya ternanti bagaimana mereka akan selesaikan isu nama Lotus dengan Grup Lotus atau mungkin mereka hanya akan guna nama tim Air Asia.

Sumber: Lotus Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Kereta Lumba Toyota di SEMA 2010

Toyota Urban Cruiser.02

Sekarang ini di Las Vegas sedang berlangsung SEMA, pameran peralatan kereta yang katanya nombor satu di Amerika. Senang cerita pameran kereta-kereta modifikasi dan paling menarik bukan sahaja disertai oleh penala tetapi juga oleh pembuat kereta. Toyota tidak ketinggalan kapal dengan mempamerkan model yang telah diubahsuai seperti Urban Cruiser, Yaris dan Prius.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Bard Punya Mesej Sama Gua

KARNIVAL-KONSUMER-MALAYSIA-2010

Semalam Encik Bard interkom tapi gua tak angkat. Ni dia punya mesej:

UNTUK MAKLUMAN KERETA AUTOSHOW DI PUTRAJAYA PADA 7HB NOV 2010 TELAH DI TUKAR TARIKH SEPERTI BERIKUT :

Putrajaya Presint 2 Tapak Pasar Tani 5HB Disember 2010. Keterangan lanjut SMS/Tel Badroul KERETA 012 353 0949 / 017 339 0434[24Hours]

Sekian terima kassseyyy!!! – Ok yang ni gua tambah sendiri. Ekekekek.

-Matpon-

Silakan kongsi: