Perodua Bezza: Car is Life

Perodua Bezza.01

Pembuat kereta sangat bergantung kepada kaji selidik dan kebanyakan keputusan berdasarkan kuantitatif dan bukan agak-agak atau rasa-rasa boleh berjaya. Hasilnya keputusan berpihak kepada golongan majoriti dan jarang-jarang sekali memihak kepada golongan minoriti yang sukakan kereta tarik belakang, rim besar dan bergraviti rendah. Kalau sesiapa yang bertanya kenapa sesebuah pembuat tidak menghasilkan kereta sedemikian, itu adalah antara jawapannya, jumlah tidak memadai untuk wang yang dilaburkan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Projek Baru GT!

Ok semalam kalau sapa layan mukabuku malam-malam tau lah apa kerja gua. Bos gua sekarang ni dapat job buat mukabuku. Maknanyeeee gua kene keje lebih macam ni.

Gua pun tak dapat info lagi apa tapi Mak Uia buat mukabuku baru. Satu jual barang kereta satu lagi jaga Proton Malaysia.

Kalau lu orang nak tau kasi klik & jangan tak likes:

facebook.com/DagangKar

facebook.com/ProtonMalaysia

Dah tu je. Jangan tanya gua lebih. Gua tak tau mende. Gua nak gi layan sofa jap. Sofa yer bukan sofia. Ah gua lupa nak inform mukabuku GT dah dapat sejuta likes. Eh salah. Seribu likes. Yang menang tu dapat sticker GT. Ekekekekeke.

Sekian.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Proton Saga FL: Nyata Berbeza!

Proton Saga FL.03

Selepas tiga tahun dipasaran Proton Holdings semalam melancarkan Saga FL dengan gaya dan ciri-ciri baru. Proton Saga FL ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.3 Standard dan 1.3 Executive dengan tambahan harga sekitar RM1,000 dan RM1,300 dari model sebelum ini.

Proton Saga FL kini tampil lebih segar dengan fasia depan yang segala-galanya baru seperti fender, bonet, bampar, gril dan pastinya yang paling menonjol ialah lampu utama. Bahagian belakang kereta turut tidak ketinggalan dengan bampar dan lampu LED baru.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Honda Civic Gen 9!

Honda Civic Concept

Honda Civic generasi kesembilan bakal dipertontonkan pada umum di Pameran Kereta Amerika Utara pada Januari ini. Semalam Honda mengeluarkan lakaran Civic Concept yang menampakkan profail yang rapi dan aerodinamik.

Versi produksi akan ditawarkan kepada pembeli pada tahun hadapan. Garang macam harimau. Semalam Matpon letak status pasal harimau bintang dalam mukabuku. Ada ke patut.

Sumber: Honda

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

CFE: CamPro Dengan Turbo dan VVT!

Campro CFE.04

Enjin CamPro kini mempunyai varian baru iaitu CamPro CFE selepas CamPro asas, CamPro IAFM dan CPS. Varian terbaru atau senang cerita kita panggil CamPro Turbo berkuasa sekitar 140hp dengan tork 205Nm daripada 2000 rpm hingga 4000 rpm.

Di bawah adalah info ringkas mengenai enjin CamPro CFE.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selingan Mata [24]

Rim apa ni wei.01

Ok. Kalau lu orang bijak bestari lagi bijaksana cuba teka rim sukan kereta apa ni? Bukan rim Exora tu yer tapi sebelah dia.

Kalau betul lu belanja gua karipap sardin ok. Kalau salah pun belanja gua juga ok.

Sekian dari gua.

-Matpon-

Babai.

Silakan kongsi:

Fairuz Fauzy Bukan Lagi Pemandu Ketiga Lotus Racing

Fairuz-Fauzy.

Fairuz Fauzy kini bukan lagi pemandu ujian dan ketiga pasukan Lotus Racing. Bersama pasukan itu Fairuz sempat lima sesi pemanduan dan selepas ini akan mencari peluang berlumba sepenuh masa dalam perlumbaan antarabangsa lain. Walau bagaimanapun fokus beliau tetapi kepada Formula Satu.

Sebelum menyertai LR beliau adalah naib juara kejohanan World Series by Renault Formula 3.5 musim 2009.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Baii: Mazda5 Perjalanan Jauh Tiga Generasi

Mazda5 Launching 2010.02

Mazda merevolusikan banyak perkara dalam dunia automotif. Walaupun sebagai pemain industri kecil, Mazda telah mengabdikan segala pengetahuan yang mereka ada, melabur dan akhirnya hampir hampir bankrap kerana keghairahan barisan jurutera mereka mencipta benda baru dalam industri.

Ada dua perkara yang sering dikaitkan dengan revolusi Mazda, pertama mereka satu-satunya pengeluar kereta di dunia yang kekal menggunakan enjin rotary wankel pada model RX-8, kedua, MX5 Miata.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: