Proton dan Cusco Jual Proton Satria Neo di Jepun

Proton Satria Neo Cusco 2011.07

Seperti yang dimaklumkan di dalam entri sebelum ini Proton dan Cusco bekerjasama bagi mengeluarkan Proton Satria Neo rali yang akan dijual di pasaran domestik Jepun.

Kereta rali Proton Satria Neo Grup N dibangunkan dan bakal dijual oleh Cusco khusus untuk pelumba Kejohanan Rali Junior di Jepun dan Asia Pasifik. Proton Satria Neo Grup N dibina berdasarkan kereta jalanan standard biasa yang boleh dibeli dari bilik pameran dan kemudian dihomologasi mengikut spesifikasi FIA untuk kegunaan pertandingan. Proton Satria Neo ini dipasang barangan prestasi Cusco, syarikat penalaan terkenal dunia.

Proton Satria Neo Cusco 2011.03

Cusco adalah firma penalaan tunggal bebas dari Jepun yang menyertai pelbagai jenis perlumbaan di sana seperti trek, rali, dirt trials dan gymkhana. Kerjasama teknikal antara Cusco dan Proton adalah hasil dari prestasi dan potensi Satria Neo S2000 seperti yang boleh dilihat dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] dan Intercontinental Rally Challenge [IRC].

Selain daripada Proton Satria Neo Cusco, Proton turut mempamerkan Satria Neo R3 Concept.

Sumber: Proton Motorsports

-Mak Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Saturday Night Fever P1

Pada zaman 90 an dahulu, acara trek malam minggu cukup popular di mana orang kebanyakan juga dengan kereta kebanyakan berlumba secara halal dan dari situ cambahan industri sukan permotoran negara semakin berkembang.

Dan kini acara Saturday Night Fever kembali dengan pusingan pertama dijadualkan di Litar Sepang pada malam esok, 15 Januari.

Dengan yuran penyertaan sebanyak RM200 ada beberapa kategori yang ditawarkan iaitu Street 1.8 untuk apa jenis kereta di bawah sesaran 1900cc. Walaubagaimanapun kereta jalanan sahaja yang dibenarkan, tiada Caterham, Elise, X Bow, Atom, Radical dan seumpamanya dibenarkan. Kereta trek juga tidak dibenarkan.

Kategori lain-lain adalah SuperStreet Open untuk kereta seperti M3, CTR, Evo, Scooby, Elise, F430 dan satu lagi kategori yang di bawah pertimbangan ialah EuroCup yang dihadkan untuk kereta buatan Eropah sahaja.

Setiap pasukan dibenarkan untuk mempunyai dua pemandu dengan lima pusingan.

Acara ini adalah usaha orang-orang dalam industri permotoran untuk mengurangkan aktiviti lumba haram.

Untuk info tiket dan lain-lain, hubungi: 012 201 3637 [Admi]

-Mak Uia-

ps: Pusingan previu lepas ada pertunjukan perempuan seksi, kalau ada awas pandangan mata lu orang!

Silakan kongsi:

Pemandu Malaysia dan Jepun Menguasai Perlumbaan Rotax Max Jemputan 2011

Rotax Max Challenge 01 2011.08

Pada 9 Januari lepas telah berlangsung di litar Go Kart Sepang Perlumbaan Rotax Max Jemputan 2011. Pemandu tempatan, Akash Neil Nandy yang berusia 14 tahun mendominasi perlumbaan seterusnya menjadi juara kategori junior. Akash mendahului dari petak utama perlumbaan di hadapan pemandu Jepun, Ukyo Sasahara di dalam cabaran 20 pusingan itu dengan msa 16 minit 45.898 saat.

Sasahara yang bermula dari barisan kedua berlumba dengan baik seterusnya memotong pemandu tempatan, Gilbert Ang untuk menduduki tempat kedua dengan Ang di tempat ketiga. Perlumbaan Rotax Max ini disertai 36 pelumba dengan empat pelumba tempatan berjaya menduduki kelompok sepuluh terbaik. Daim Hishamuddin di tempat ketujuh manakala Shayzwan Mohd Noor di tempat kesembilan. Enam lagi posisi diisi oleh pemandu Jepun.

Rotax Max Challenge 01 2011.05

Dalam kategori Senior, tempat ketiga terbaik dimenangi oleh pemandu Jepun iaitu Ryuichi Nara, Yoshimoto Matsumo dan Akito Saito. Ryuichi memenangi perlumbaan 25 pusingan dengan masa 21:03.080 saat. Pemandu Indonesia, Chang Mun Shien tamat di tempat keempat manakala pemandu tempatan, Mohamad Afiq Ikwan Mohamad Yazid di tempat kelima.

Satu lagi kategori yang menarik perhatian ialah Micromax yang menjamu mata penonton dengan aksi dramatik dengan dua kali insiden bendera kuning. Kategori ini dimenangi pelumba Singapura, Max Fewtrall di hadapan Ryuta Ueda. Walau bagaimanapun Ryuta dikenakan denda dan tercicir di tempat ketujuh seterusnya pemandu India, Jehan Daruvala diangkat ke tempat kedua manakala pemandu tempatan, Muhammad Luqman Hakim di tempat ketiga.

Rotax Max Challenge 01 2011.09

Perlumbaan jemputan Rotax Max ini disertai 130 pelumba dari 11 negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, India, Jepun, Macau, China, Filipina, Belgium dan New Caledonia.

Sumber: HIT Communications

-Mak Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Kia Rio Generasi Baharu

Kia Rio 2011.02

Lakaran rasmi Kia Rio baharu telah didedahkan kepada umum dengan rekaan yang berani sebagai tanda langkah besar dalam evolusi rekaan Kia.

Rio baharu ini lebih panjang, rendah dan lebar daripada model sekarang serta direka untuk menyuntik emosi pada kenderaan segmen B dengan mensasarkan konsumer yang energetik dan progresif yang mahukan rekaan berbeza daripada yang lain.

Kia Rio 2011.01

Kia Rio baharu akan ditayangkan kepada umum pada 1 Mac nanti di Geneva dan untuk makluman, Rio adalah model ketiga terlaris Kia di Eropah dengan jualan sebanyak 205,000 unit pada tahun 2010.

Kia Rio 2011.03

Kepada pembuat kereta nasional, nasional celup dan juga Jepun, pelanggan anda kini beralih kepada jenama Korea. Iraq tidak kalah dengan Amerika dalam masa sehari tetapi kekalahannya bermula lama dahulu dan anda kini dirobek sedikit demi sedikit.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Toyota Prius v

Toyota Prius V 2011.03

Apabila pertama kali baca mengenai Toyota akan meng’mpv’kan Prius, saya akui agak teruja, perubahan sikap ini ialah kerana ialah MPV dicampur Prius persamaannya ialah MPV hibrid. Dan pada Isnin Toyota memperkenalkan Prius v dengan huruf v merujuk kepada Versatility.

Prius v bukanlah MPV tujuh tempat duduk tetapi sebuah station wagon bersaiz sederhana atau gambaran yang lebih jelas ialah wagon lima penumpang dengan bonet besar. Jika anda pernah duduk di kerusi pemandu Prius, posisi duduk dan sterengnya seperti MPV dan versi v ini saya agak apa yang orang putih kata, nails it. Memang kena.

Toyota Prius V 2011.05

Dari segi rekabentuk pula, apa yang anda boleh jangka daripada Toyota moden? Usaha pereka untuk Prius v nampak berseni memang kelihatan tetapi masih lagi tidak memadai, menilai dari gambar yang diberi kadarannya [proportion] seperti tidak kena, bahagian belakang yang membujur seperti tidak harmoni dengan bahagian depan. Bahu sisi dan fasia hadapan pula seperti Perodua Alza dan tidak hairan jika Perodua mengambil v sebagai penanda aras untuk wajah baru Alza.

Toyota Prius v berkongsi platform dan enjin hibrid Prius biasa dan model ini disasarkan untuk keluarga dengan gaya hidup aktif. Interiornya luas manakala luarannya kompak [falsafah Perodua Bezza] dengan ruang kargo 50 peratus lebih luas daripada Prius. Walaupun saya agak keras mengenai rekabentuk luaran tetapi di atas kertas model ini mempunyai aerodinamik yang bagus iaitu 0.29 koefisien seretan [CD] dan perekanya membina model ini daripada asas, maknanya bukanlah Prius yang dipanjangkan.

Selain dari itu Prius v menggunakan teknologi bumbung matahari [sunroof] baharu yang dibangunkan oleh Toyota dengan bahan resin yang mana berjaya mengurangkan berat sebanyak 18kg berbanding bahan kaca yang bersaiz sama.

Toyota Prius V 2011.04

Kesimpulannya ini lah Toyota masa hadapan dan peminat Toyota akan tetap setia dengan Toyota dan mungkin berjaya menambat hati peminat jenama lain. Toyota, Daihatsu dan Perodua bukan menjual rekabentuk tetapi idea, inovasi dan ketenangan minda.

Teks: Newspress

Gambar: Toyota

-Mak Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Honda Civic Concept dan Civic Si Concept

Honda Civic Concept

Honda Civic Concept dan Honda Civic Si Concept dipamerkan buat pertama kalinya di Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara semalam, model konsep yang memberi bayangan Civic generasi kesembilan yang bakal dijual beberapa bulan lagi.

Civic for all people – frasa untuk generasi pertama Civic dan model kesembilan ini masih lagi dipegang di mana pengguna ditawarkan pelbagai opsyen enjin seperti petrol, hibrid dan gas asli.

Civic Concept

Enjin i-VTEC yang digunakan lebih cekap bahan bakar manakala model hibrid dengan sistem IMA nya pula menerima bateri jenis lithium ion. Untuk pemanduan yang lebih jimat, Civic akan menerima teknologi Eco Assist Honda yang memberi panduan karakter pemanduan kepada pemandu. Dari segi keselamatan pula, kesemua varian Honda Civic baharu akan dilengkapkan Vehicle Stability Assist [VSA] sebagai peralatan standard.

Civic Si Concept

Jika ada yang mengharapkan Civic gantian lebih agresif nampaknya bukan untuk model ini, jika dikaji rekabentuk model Honda, perubahan revolusi hanya akan dibuat selang beberapa generasi. Model ini hanya evolusi dan ini lah identiti Honda dari zaman EF lagi. Dari sisi ianya kelihatan seperti Civic Type R Euro dengan tambahan dua lagi pintu di belakang.

Jujurnya pada sesetengah bahagian rekabentuk Civic generasi kelapan seperti ada yang tidak kena, generasi kesembilan menebus kembali apa yang saya rasa tidak sempurna.

Sumber: Honda

-Mak Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selingan Mata [28] Honda Civic Concept

Civic Concept

Hi! Saya Matpon lagi. Saya tau awak semua mesti suka Honda Civic kan. Saya suka Veyron. Semalam saya tido awal. Tapi bos saya asyik cerita KPI. Sekian lagi sekali.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Selingan Mata [27] Toyota Prius Family

Toyota Prius Family 2011.01

Hi! Nama saya Matpon, semalam saya tunggu Toyota Amerika tunjuk kereta ni lah tapi saya tido awal. Sekian.

Sumber: Toyota

-Matpon-

Silakan kongsi: