Nissan dan Mazda Berkongsi Produk

Mazda5 2011.04

Nampaknya perkongsian produk automotif bukan sahaja berlaku antara pengeluar dua negara bahkan di dalam negara sendiri. Terbaharu, Nissan dan Mazda mengikat perjanjian di mana Mazda akan membekalkan Premacy kepada Nissan bermula Mei 2011.

Mazda Premacy dijual di serata dunia dan lebih dikenali sebagai Mazda5, ianya adalah antara produk utama Mazda dengan jualan kumulatif daripada tahun 1999 hingga Disember 2010 lebih daripada 885,000 unit. Di bawah perjanjian ini Mazda akan membekalkan Premacy dengan gayaan berbeza kepada Nissan untuk pasaran domestik Jepun. Perjanjian ini juga akan meningkatkan perolehan Mazda.

Selain daripada Premacy, Mazda dan Nissan telah lama bekerjasama di mana Mazda membekalkan van/trak Bongo [van/trak Vanette] kepada Nissan manakala Nissan membekalkan model AD/AD Expert [van Familia] kepada Mazda.

Sumber: Mazda

-Mak/d Uia-

ps: Tiada lagi perkembangan projek Nissan Fuga ganti Proton Perdana.

Nissan Motor Co., Ltd. and Mazda Motor
Corporation today announced that the two companies  have  agreed to expand  the scope of
Mazda’s original equipment manufacturing (OEM) supply to Nissan.   Under the agreement,
Mazda will begin supply of its Premacy minivan to Nissan from May 2011.
Nissan’s OEM business involves a large number of automakers across the globe, with all schemes
ensuring win-win relationships that  benefit both  OEM  suppliers and  recipients.   Through this
agreement, Nissan will enrich its minivan line-up in the Japanese market with the addition of a
model based on Mazda’s global minivan.  The agreement will also contribute to Nissan’s global
investment efficiency.
Mazda developed the Premacy as a global minivan and markets it in approximately sixty countries
and regions around the world. Outside Japan it is sold as the Mazda5.   It is one of Mazda’s major
products with a cumulative production volume of over 885,000 units (March 1999-December 2010).
Under this agreement, Mazda will supply a clearly differentiated version of the Premacy to Nissan
for sale  in Japan.  Mazda and its affiliates expect to enjoy  increased profits resulting from  the
growth in production.
Mazda and Nissan also collaborate under an existing mutual OEM agreement.  Mazda provides
the Bongo Van/Truck to Nissan (sold as the Nissan Vanette Van/Truck), while Nissan supplies the
AD/AD Expert  to Mazda (sold as the Mazda  Familia Van).  The two companies will  continue
working with each other as major business partners maintaining their long-term relationship
Silakan kongsi:

Proton Satria Neo Cusco Diuji di Jepun

Proton Satria Neo Cusco Shakedown 2011.01

Staf Proton Motorsports, Suriya Sankaran dan Faidzil Alang kini berada di Tokyo, Jepun bagi menghadiri sesi ujian Proton Satria Neo Cusco dan sesi bersama media.

Enjin Neo Cusco masih lagi standard kecuali kotak gear dog box dan suspensi Cusco. Kontra dengan pemahaman popular, kereta rali boleh dibelasah dengan kondisi standard, tanpa pacuan empat roda atau turbo asalkan mempunyai kombinasi suspensi – tayar – brek yang sesuai dan struktur badan yang kuat untuk perlumbaan yang kasar.

Foto: Proton Motorsports/FA Racing

-Mak/d Uia-

Klik untuk galeri gambar >>

Silakan kongsi:

Lagi Gambar Ferrari FF

Ferrari FF.04

Beberapa hari lepas Ferrari mengedarkan gambar studio Ferrari FF berwarna Grigio Ferro Metallic Grey. Kali ini mereka mengedarkan tiga gambar proses pembangunan kereta iaitu ujian 4WD di permukaan bersalji di Sweden dan Finland. Sistem 4WD kereta ini adalah yang pertama seumpanya untuk kereta Ferrari dan dipaten dengan nama sistem 4RM.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Toyota FT-86 II

Toyota FT-Concept II.01

Tahun lepas dunia automotif agak riuh apabila Toyota mengumumkan mereka akan mengeluarkan FT-86 sports concept. Kemudian keluar pula berita Subaru akan mengeluarkan versi FT-86 tersendiri, memandangkan Toyota ada saham dalam Subaru, model gabungan mereka orang panggil Toyobaru.

Dan tahun ini pada bulan Mac di Geneva Toyota akan menayangkan kepada umum evolusi FT-86 dan menariknya diberi nama baharu iaitu FT-86 II yang mana memberi gambaran jelas mengenai rekaan terakhir kereta prestasi Toyota.

Nampaknya remaja penghantar tofu mempunyai hachiroku baharu.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Kia Picanto Baharu [2]

Kia Picanto 201101

Kia Picanto baharu menjanjikan keselesaan kepada penumpang dengan saiznya yang lebih besar daripada model terdahulu, ruang kargonya juga 27% lebih luas. Picanto juga bakal ditawarkan dengan varian dua pintu menampilkan imej sporty dan bandar.

Bakal pembeli ditawarkan beberapa sesaran enjin iaitu 1 liter Kappa 3 silinder yang boleh menggunakan minyak biasa dan minyak campuran iaitu flex fuel dan bi-fuel serta enjin 1.2 liter Kappa 4 silinder petrol. Output kuasanya ialah dari 69 hingga 85 ps dengan tork di antara 94 hingga 121 Nm. Enjin bi-fuel 1 liter pula berkuasa 82 ps dengan tork 94 Nm. Transmisi pula sama ada lima kelajuan manual atau empat kelajuan automatik.

Kia Picanto 201102

Picanto baharu dibangunkan untuk memberi saingan kepada jenama lain dalam segmen A, selain daripada enjin yang efisien, luarannya bergaya dengan interior sofistikated dan mempunyai ciri-ciri kereta besar lain seperti lampu LED siang hari, butang menghidupkan enjin dan paling menarik standard dengan enam atau tujuh beg udara bergantung pada model.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

VW XL1 Super Efficient Vehicle

VW XL1 Super Efficient Vehicle.05

VW tampil dengan kereta yang benar-benar gila. XL1 Super Efficient Vehicle [SEV] adalah kereta hibrid yang dikuasakan oleh enjin 800cc TDI 2 silinder common rail diesel berkuasa 48 ps. Motor elektriknya pula berkuasa 27 ps dengan jumlah kuasa keseluruhan SEV adalah 75 ps. Kuasanya kecil tetapi bahagi jumlah itu dengan berat kereta ini yang hanya 795kg. Ini adalah kereta yang menjimatkan bermula dari atas kertas lagi.

VW XL1 Super Efficient Vehicle.03

Enjin TDI dipadankan dengan dua jenis transmisi iaitu motor elektrik dan kotak gear 7 kelajuan DSG di mana motor elektrik boleh bergerak sendiri dan kemudian di ambil alih oleh gear DSG. Dalam mod elektrik sepenuhnya, XL1 boleh bergerak sejauh 35 km dan disambung oleh enjin diesel. Kelajuan maksimum yang dihadkan ialah 159 km/j dengan pecutan dari pegun ke 100 km/j dalam masa 11.9 saat.

VW XL1 Super Efficient Vehicle.04

Berat badan kereta yang boleh dikira anorexia ini dicapai melalui penggunaan bahan-bahan ringan seperti roda magnesium, brek seramik serta suspensi, sistem stereng dan angkup brek daripada aluminium. Enjin XL1 hanya seberat 227kg, transmisi 153kg, interior yang terdiri daripada kerusi bucket 80kg, sistem elektrikal 105kg dan hanya 184kg daripada kereta ini menggunakan besi dan keluli.

Satu perkara yang juga menakjubkan ialah pekali seretnya [CoD] hanya 0.186 yang mana kereta ini benar-benar menggunakan aerodinamik sebagai dietnya. Panjang keseluruhan XL1 ialah 3,97 meter dengan lebar 1.682 menjadikannya lebih kurang sama dengan VW Polo manakala tingginya pula lebih kurang Lambor Gallardo Spyder iaitu 1.18 meter.

Walaupun hebat tetapi kereta ini hanyalah konsep sahaja dan ianya menunjukkan keupayaan teknologi VW.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Klik untuk galeri gambar >>

Silakan kongsi:

Kia Motors Bersaing Di Daytona

Kia Koup Daytona 2011.01

Kia Motors mula bersaing di Daytona International Speedway tahun lepas tanpa pengalaman langsung berlumba di Amerika. Walaupun baru runcit-runcit berlumba tetapi mereka berjaya menarik perhatian pesaing dan peminat perlumbaan Grand-Am tersebut dengan prestasi pasukan yang menggunakan dua buah Kia Koup [sebut Kup wahai encik Matpon!]. Pasukan berjaya meraih dua kali tempat kelima terbaik dan enam kesepuluh terbaik, mendahului dua perlumbaan dan menduduki raking kelima dalam kategori pengeluar enjin.

Tahun ini mereka akan kembali bersaing di Daytona dengan perlumbaan pertama hujung bulan ini dengan Koup yang lebih bersedia dan ditambah baik berdasarkan pengalaman dan input musim lepas.

Sumber: Newsmarket

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

50 Tahun Jaguar E-Type

Jaguar E Type.01

Tahun ini menandakan ulang tahun ke 50 kereta ikonik iaitu Jaguar E-Type. Semasa dilancarkan di Geneva pada tahun 1961, E-Type menerima sambutan hangat kerana rekabentuknya yang cantik dan sehingga kini masih lagi mempunyai pengaruh pada rekaan, prestasi, keselesaan dan teknologi terkini dalam kereta Jaguar moden.

E-Type mampu mencapai kelajuan 241 km/j dan dijual pada separuh harga kereta pesaing menjadikannya kereta berprestasi mampu milik dan berjaya kekal di pasaran selama 14 tahun. Kereta ini dijual pada harga GBP 2,256 dengan nilai semasa bersamaan GBP 38,000 dan selama di pasaran sebanyak 70 ribu unit terjual menjadikannya kereta sport pertama di Eropah yang dihasilkan pada skala besar.

Jaguar E Type.02

Rekabentuk E-Type diakui sendiri oleh Enzo Ferrari sebagai kereta paling cantik di dunia dan rekaan ini hasil kerja Malcolm Sayer, seorang jurutera aeronautikal dan beliau menggunakan kemahiran aerodinamiknya dalam menghasilkan kereta lumba C dan D Type yang memenangi perlumbaan Le Mans.

Enjin straight-six yang digunakan berjaya melonjakkan nama Jaguar dengan memenangi lima kejuaraan Le Mans pada tahun 50 an dan pada tahun 1969, enjin 3.8 liter berkuasa 265bhp dengan tork 260lb ft menjadikannya sebagai kereta produksi terpantas di dunia.

Yang ini memang super rare.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi: