Renault Wind Roadster Gordini

Renault Wind Gordini.05

Selepas kejayaan melancarkan Twingo dan Clio edisi Gordini, Renault menambah koleksi edisi istimewanya dengan melancarkan Wind Roadster Gordini. Kereta coupe-roadster ini diwarnakan dengan skema Gordini berwarna biru Malta dengan jalur putih berkembar dari depan hingga belakang kereta. Warna putih diteruskan pada cermin sisi dan corong udara gril depan. Logo huruf G melengkapi penampilan Gordini.

Renault Wind Gordini.02

Pada interior pula, kabinnya dibalut dengan kulit berwarna hitam dan biru, stereng juga dengan warna biru dan jaluran putih di tengah-tengah. Sarung tombol gear dibalut kulit dan tombol gear pula mempunyai nama Gordini.

Gordini adalah nama lagenda dalam F1 pada zaman 50 an sebelum diambil alih oleh Renault.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Mazda MX-5: 900 Ribu Unit Di dunia!

Mazda MX-5.01

Jumlah total produksi Mazda MX-5 mencapai 900 ribu unit pada 4 Februari 2011. Pencapaian signifikan ini diperoleh 21 tahun dan 10 bulan selepas pengeluaran skala besar atau paling tepat pada April 1989. Pencapaian ini juga menjadikan MX-5 sebagai kereta sport 2 pintu paling laris di dunia macam goreng pisang panas [atau penapis air MLM atau program Skor A].

Pada era 60 an dan 70 an, sejumlah kereta yang seronok dipandu, ringan, mempunyai pengendalian yang mantap dan bumbung terbuka adalah ciri-ciri yang into. Pada tahun 80 an Mazda mengitar semula falsafah ini dengan menghasilkan MX-5 menggunakan teknik kejuruteraan moden, dan membuktikan yang pemanduan tetap menyeronokkan walaupun pada zaman undang-undang yang semakin ketat dan standard kualiti yang meningkat.

Sehingga hari ini MX-5 adalah model yang kekal dalam barisan produk global Mazda dan orang di sebalik produk lagenda ini ialah Bob Hall, sekarang bekerja dengan Proton.

Sumber: Mazda

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Five Axis Project CT: Lexus CT 200h

FiveAxis_Project_CT_200h

Masalah dengan kereta hibrid ialah penampilan yang kurang menarik dan susah hendak mempengaruhi pembeli muda sedangkan mereka adalah demografi yang signifikan. Walau bagaimanapun di tangan penala kereta kita boleh lihat mereka menyalahi falsafah hibrid, penala-penala terkenal sudah pun memasang kit super caj atau turbo pada kereta hibrid. Ini adalah indikasi yang jelas bahawa kereta hibrid juga perlu berprestasi tinggi atau paling senang, kelihatan menarik.

Lakaran di atas ialah Lexus CT 200h dengan kit badan custom Five Axis dengan konsep binaan yang membuktikan kereta hibrid juga boleh kelihatan agresif. CT 200h direndahkan dengan set suspensi Tein Flex dan roda custom 19 inci dari jenama FIVE:AD manakala brek depannya menggunakan Stoptech High Performance Big Brake Kit.

Sumber: Lexus

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

VW Race Touareg

VW Race Touareg 2011.02

Serentak dengan tontonan umum Touareg Gold Edition di Qatar seperti yang ditulis semalam, VW turut menampilkan sebuah lagi model sama tetapi dengan modifikasi berbeza iaitu Touareg 3. Model ini adalah versi jalanan Race Touareg 3 dengan kuasa pecutan dari 0 km/j hingga 100 km/j dalam masa kurang dari 6 saat.

VW Race Touareg 2011.01

Badan SUV yang bersaiz 6 meter lebar telah diubahsuai sedikit untuk kegunaan harian dan roda yang asalnya bersaiz 16 inci ditukar kepada 18 inci dari jenama BBS. Signatur tulisan Race Touareg berwarna emas memenuhi sisi kereta yang ditindan atas warna Magic Morning iaitu warna putih dengan bayangan warna emas. Interior kereta yang asalnya digunakan untuk perlumbaan Rali Dakar diubahsuai dan satu-satunya peralatan yang tidak diusik ialah sangkar keselamatan. Para pereka menggunakan konsep interior yang dipanggil Stealth Look yang mana memberi imbasan kokpit Touareg versi perlumbaan.

Sumber: VW

-Mak/d Uia-

Klik untuk galeri gambar >>

Silakan kongsi:

RS27: Enjin Formula Satu Renault

Renault RS27.03

Renault kini terlibat secara tidak langsung dalam Formula Satu, pembuat kereta dari Perancis hanya membekalkan enjin kepada pasukan iaitu Lotus Renault GP, Red-Bull Racing Renault dan Team Lotus Renault dan ketiga-tiga pasukan baru sahaja melancarkan kereta mereka pada ujian pra musim di Sepanyol.

Renault RS27.02

Menariknya ketiga-tiga pasukan menggunakan enjin yang sama daripada Renault Sport F1, bahagian permotoran yang bertanggungjawab dalam aktiviti F1 Renault. Staf Renault akan ditugaskan bersama-sama setiap pasukan dan untuk Renault, perlumbaan F1 adalah lebih daripada makmal teknologi baharu dan juga menunjukkan kecemerlangan kualiti syarikat.

Renault RS27.01

Dengan enjin sama untuk tiga pasukan berbeza pasukan mana yang lebih hebat dari segi kejuruteraan aerodinamik dan pengurusannya bakal disaksikan musim ini. Bukan setakat perang mulut tetapi siapa yang lebih handal menala kereta.

Sumber: Renault

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

VW Touareg Gold Edition

DB2011AU00081

VW Touareg Gold Edition benar-benar dicipta sebagai kereta mewah. Pemiliknya boleh pandu ke mana sahaja lokasi tetapi yang menjadi masalah ialah tempat parkir kerana sempena dengan namanya SUV ini dilengkapi emas 24 karat yang disadur pada suis-suis pada bahagian interior.

DB2011AU00086

Touareg Gold Edition ini diwarnakan Magic Morning dengan aksesori lain seperti rim custom bersaiz 22 inci, rail bumbung, frame tingkap, penutup cermin dan frame corong udara. SUV ini diperkenalkan pada Pameran Kenderaan Qatar dan padanlah dipertontonkan di sana, pasaran yang sesuai dengan sejumlah hartawan.

Sumber: VW

-Mak/d Uia-

Klik untuk galeri gambar >>

Silakan kongsi:

Kenderaan Terbaik Euro NCAP 2010

Euro NCAP 2011.02

Baru-baru ini Euro NCAP mengumumkan lima kereta terbaik tahun 2010. Tahun lepas Euro NCAP melakukan ujian pelanggaran untuk 29 buah kereta di mana 65% daripadanya mendapat capaian 5 bintang berbanding 90% pada tahun 2009. Pengurangan 25% ini menunjukkan kriteria untuk mencapai lima bintang pada tahun 2010 lebih sukar.

Euro NCAP 2011.08

Antara kereta dengan hasil ujian terendah ialah Citroen Nemo dengan tiga bintang manakala Landwind CV9 pula hanya mendapat dua bintang. Antara kereta yang mendapat skor tertinggi ialah BMW 5 Series [kategori eksekutif], Alfa Romeo Giulietta [kategori keluarga kecil], Honda CR-Z [kategori supermini], Toyota Verso [kategori MPV kecil] dan Kia Sportage [kategori off-road 4×4 kecil].

Euro NCAP 2011.06

Dalam perkembangan tempatan, negara juga akan mempunyai Malaysia NCAP sendiri dengan makmal ujian di Bukit Katil, Melaka dengan kos RM 5 juta. Sebelum makmal tersebut beroperasi, kerajaan melalui MIROS membuat penilaian keselematan di atas kertas yang dipanggil MyVAP atau dengan nama bahasa penjajahnya ialah Malaysian Vehicle Assesment Programme. Setakat ini Perodua Alza dan Proton Exora masing-masing mendapat empat bintang.

Sumber Euro NCAP: newsmarket

-Mak/d Uia-

Klik untuk galeri gambar >>

Silakan kongsi:

DIJUAL: Yamaha RXZ ’88

Yamaha RXZ.01

Lu orang tau sepupu sepapat GT DagangKar kan? Nampaknya tu dah jadi KPI gua. Setakat ni komisyen yang gua dapat dah boleh beli Pagani Zonda trade in dengan Veyron tapi loan tak lulus sebab gua tak bayar PTPTN. Ok gua tipu. Lu orang tau Boss? Lu orang tau RXZ? Lu orang tau Yamaha? Lu orang tau Veyron? Lu orang ada kenal Mat Kacau? Ok ada orang nak tolak Yamaha RXZ dalam DK.

Nah lu orang beli motor ni jangan lumba sama Mat Kacau gua dengar dia bukan main kerek lagi sekarang.

Harga dia gua tak tau kalau lu orang nak tau kasi call sama owner 012 3263914. Komisyen gua 90% terima kassseyyy!

-Matpon-

Silakan kongsi: