Honda Malaysia mengumumkan program pemanggilan semula 21,956 unit City generasi ketiga tahun 2009 dan 1,680 unit generasi kedua Jazz tahun 2009 dan 2010 bagi menggantikan ‘lost motion springs’ dan ‘retainers’ enjin. Peralatan tersebut berkemungkinan akan bengkok selepas beberapa tempoh seterusnya menghasilkan bunyi enjin tidak normal dan berpotensi menghentikan enjin.
Setakat ini tiada lagi kemalangan atau kecederaan dilaporkan berkaitan isu ini.
Pemeriksaan dan penggantian peralatan akan dilakukan apabila peralatan sudah tersedia dan segala cas berkaitan akan ditanggung oleh Honda.
Untuk info lanjut, hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau lawati pengedar Honda.
Sumber: HMSB
-Mak/d Uia-