Mugen Euro Bangunkan Honda CR-Z

Honda CR-Z Mugen.02

Mugen Euro sedang membangunkan Honda CR-Z berprestasi seperti ‘Type R’ dari enjin hibrid standard dan mungkin juga dengan penggunaan minyak yang lebih ekonomikal. Kuasa dan tork dari enjin 1.5 liter i-VTEC dan sistem Honda IMA akan ditingkatkan manakala casis ditambah baik dengan brek dan suspensi berprestasi.

Perubahan major pada enjin serta ekzos dan induksi akan menjadikan CR-Z Mugen lebih ekonomikal dan emisi C02 yang lebih rendah dalam beberapa keadaan. Walaubagaimanapun, jumlah sebenar kuasa, tork dan penggunaan minyak masih belum diketahui memandangkan kereta masih lagi di peringkat pembangunan.

Honda CR-Z Mugen.01

Selain perubahan mekanikal, kereta diringankan melalui penggunaan bonet gentian kaca dan roda aluminium Mugen. Untuk lebih aerodinamik dan kelihatan sporty, kit badan Mugen seperti bampar depan – belakang dan spoiler dipasangkan.

CR-Z Mugen adalah projek kerjasama antara Honda [UK] dengan Mugen Euro dan akan dipertontonkan pada umum pada bulan Julai ini. Buat masa sekarang, CR-Z hanya dibangunkan sebagai prototaip dan tiada perancangan untuk produksi massa – perkembangan yang dijangka mengecewakan ramai pengikut Type R.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Swift: Suzuki Jual Lebih 2 Juta Unit Sejak 6 Tahun Lepas

Suzuki Swift 2011.01

Sejak dilancarkan 6 tahun lepas, Suzuki berjaya menjual Swift generasi baharu lebih dari 2 juta unit. Swift adalah produk global Suzuki dengan kilang produksi pertama di Jepun kemudian diikuti di Hungary, China, India, Indonesia dan Malaysia. Kereta ini dibina berdasarkan citarasa Eropah sama ada melalui rekabentuk ataupun karakter pemanduan. Swift juga adalah produk pertama program inovasi radikal Suzuki dalam mengukuhkan posisinya sebagai peneraju pengeluar kereta kompak.

Mengikut statistik, Swift adalah kereta sejuta umat di India dengan agihan jualan sebanyak 39 peratus, 15 peratus di Jepun, 27 peratus di Eropah dan bakinya di pasaran dunia lain. Swift dijual di 124 negara dan wilayah seluruh dunia dan setakat ini sudah memenangi 67 anugerah di 26 buah negara.

Suzuki Swift baharu sudah mula dijual dibeberapa buah negara dan ciri keselamatan yang terdapat pada model ini membolehkannya meraih 5 bintang Euro NCAP.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Video: Epik Kuasa Kuda

httpv://www.youtube.com/watch?v=2DZmDGsrKh4&feature=player_embedded

Kah kah kah. Epik ni Jo!

-Matpon-

Silakan kongsi:

Kia Picanto: Kereta Bandar Yang Segak

Kia Picanto 2011.02

Kia Picanto yang dulu-dulu comel kini meningkat dewasa dengan rekaan yang lebih matang. Saiz pun lebih besar dengan opsyen 5 atau 3 pintu untuk dan dijangka akan menjadi salah satu pesaing kompetitif dalam segmen kereta bandar. Penampilan lebih segak hasil dari perkadaran [proportions] seksi dan bahasa rekaan yang dinamik.

Kia Picanto 2011.01

Selain dari itu, kabin Picanto mempunyai ciri-ciri kereta besar yang pertama kali diaplikasikan pada kereta segmen ini dengan kualiti bahan dan opsyen kemasan yang memberikan efek premium.

Kia Picanto 2011.03

Picanto baharu digerakkan oleh enjin Kappa iaitu antara siri enjin terbaru Kia. Untuk pasaran global, empat versi Kappa akan ditawarkan dengan output kuasa dari 69 hingga 87 ps. Kia mendakwa tahap kedahagaan bahan bakar Picanto hanyalah serendah 4.1 liter untuk perjalanan sejauh 100 km, bergantung kepada jenis enjin. Gila jimat!

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Proton Cars [UK] Potong Harga Satria Neo

Bermula 28 Februari 2011, Proton Cars [UK] memotong harga Proton Satria Neo sebanyak GBP 1,700. Satria Neo versi UK didatangkan standard dengan roda aloi 16 inci [model GSX], tingkap kuasa, sensor undur, dan spoiler bumbung. Ciri keselamatan standard pula terdiri dari ABS, EBD dan dua beg udara.

Model Previous price New price
Satria Neo1.6 GSX MT £10,195 £8,495
Satria Neo 1.6 GSX AT £10,995 £9,295
Satria Neo1.6 Sport MT £11,195 £9,495
Satria Neo 1.6 Sport AT £11,995 £10,295

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Smart Fortwo Nightorange Edition

Smart Fortwo Nightorange Edition.03

Trend kereta sekarang ini boleh dikatakan berwarna terang-benderang. Kereta warna lembut dikombinasikan dengan rim warna kontra seperti oren betik atau hijau daun pisang.

Walaupun trend ini diikuti oleh kaki kereta nampaknya pengeluar seperti Smart tidak mahu tertinggal kapal dengan memperkenalkan edisi terhad Smart Fortwo Nightorange Edition.

Smart Fortwo Nightorange Edition.02

Interior Smart ini turut tidak kalah dengan luaran yang menonjol dan menarik perhatian ramai, kerusinya dibalut kulit nappa dan fabrik dengan sulaman warna jingga dan juga jaluran jingga pada kerusi dan papan pemuka. Balutan kulit nappa diteruskan pada stereng 3 kaki dan tombol gear manakala papan pemuka, kemasan pintu, jam dan meter rpm diwarnakan hitam matt.

Smart Fortwo Nightorange Edition.01

Hanya 235 unit Smart Fortwo Nightorange akan dijual dengan opsyen coupe atau coupe di UK. Smart ini dikuasakan enjin petrol 999cc berkuasa 71 bhp. Harganya bermula daripada GBP 9,995.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Nissan Tangguh Pengeluaran di Jepun

Nissan menangguhkan buat sementara waktu kesemua operasi kilang produksinya di Jepun sehingga 16 Mac 2011. Keputusan selanjutnya akan dibuat selepas Nissan selesai mentaksirkan kerugian pada kilang dan vendor mereka.

Sementara itu, Nissan tempatan tidak terjejas kerana mereka mempunyai inventori kenderaan CKD dan CBU.

Nissan Motor Co., Ltd akan mendermakan sebanyak 30 juta yen [RM1.11 juta] sebagai bantuan awal untuk bencana gempa bumi Tohoku.

Sumber: ETCM

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Swift S Concept: Awak ni Suzuki Swift Sport ke?

Suzuki Swift S-Concept.03

Suzuki Swift adalah lembu perahan [cash cow] untuk DRB Hicom, di dalam barisan produk Suzuki memang tidak boleh dinafikan yang model ini paling laris. Golongan muda dan berjiwa muda sukakan Swift sama ada untuk berulang alik ke tempat kerja, kolej atau universiti dan bersiar-siar dalam bandar.

Suzuki Swift S-Concept.01

Selain dari Swift biasa, DRB turut membawa masuk model berprestasi iaitu Swift Sport yang boleh dikatakan agak padan dengan harga, sekitar RM 95 ribu hingga RM105 ribu. Diimport dari Jepun, Swift Sport selain dari prestasi enjin mantap dan pengendalian bagus mempunyai 6 beg udara serta ciri-ciri keselamatan lain seperti ABS dengan EBD dan BA.

Berbekalkan gambar-gambar di Geneva yang dipaparkan ini kita boleh pejam mata dan kata yang Swfit S-Concept adalah bayangan kepada Swift Sport baharu.

Suzuki Swift S-Concept.04

Antara perbezaan Swift S-Concept dengan Swift standard ialah badan yang direndahkan sebanyak 30mm dan dilebarkan 60mm. Bampar depan dan belakang yang agresif pula memberi indikator bahawa kereta ini berkuasa tinggi manakala roda 18 inci pula melambangkan pergerakan yang solid dan stabil. Pada bahagian interior, Suzuki menggunakan kerusi Recaro Sport dengan konsol tengah diperbuat daripada gentian kaca yang memberi efek premium dan sporty.

Suzuki Swift S-Concept.02

Yang menjadi tanda tanya sehingga kini ialah jenis enjinnya, Suzuki masih berahsia kecuali jumlah gearnya iaitu 6 kelajuan manual!

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi: