F1 China 2011: Lewis Hamilton Juara, Tetapi Podium Didominasi Red Bull

F1 China 2011.02

Dua perlumbaan berturut-turut, dari Sepang ke Shanghai penonton dijamu dengan perlumbaan yang mendebarkan, saingan sengit antara pasukan-pasukan F1 dalam merebut podium. Pelumba silih berganti mengemudi perlumbaan di mana strategi hentian pit memainkan peranan penting, ada yang melakukan dua, ada yang melakukan tiga hentian pit. Sayap belakang boleh laras, KERS dan tayar yang cepat haus adalah antara pemanis perlumbaan.

Jika diambil gambar reka bentuk Litar Shanghai dan diletakkan di atas meja ianya adalah seperti tambahan kepada Litar Sepang, lebih teknikal, ada selekoh berpusing dan laluan lurus yang panjang, segala yang ada pada kereta F1 seperti teknologi, strategi dan sebagainya digunakan dengan maksimum bagi mencapai kemenangan. Orang kata baru puas hati berlumba.

F1 China 2011.01

Perlumbaan semalam dimenangi oleh Lewis Hamilton daripada McLaren Mercedes, kemenangan ini adalah kali pertama untuk McLaren dan juga pembekal enjin, Mercedes. Walaubagaimanapun kem Mercedes belum boleh bergembira sepenuhnya kerana kedua pemandu Red Bull iaitu Sebastian Vettel dan Mark Webber turut berada di atas podium, paling menakjubkan ialah Webber yang bermula dari grid ke-18 dan tamat di tempat ketiga di belakang Vettel.

F1 China 2011.03

Mercedes GP Petronas pula semakin hampir dengan podium apabila Nico Rosberg mendapat tempat keempat, Michael Schumacher walaupun tamat di tempat ke-8 namun berjaya menghadiahkan mata untuk pasukan. Di belakang beliau ialah sebuah lagi pasukan yang ada kaitan dengan negara, Vitaly Petrov dari Lotus Renault GP di tempat ke-9, rakan sepasukan iaitu Nick Heidfeld yang baru-baru ini mendapat podium tempat ketiga di Sepang pula hanya menduduki tempat ke-12.

Team Lotus pula mencatatkan keputusan yang memuaskan, mereka di hadapan pasukan dengan bajet rendah, Heikki Kovalainen di tempat ke-15 manakala Jarno Trulli di tempat ke-19.

Foto: Daimler, LRGP, Team Lotus [Kelayakan dan Perlumbaan]

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Proton R3 Satria Neo – GTi Masa Kini

Proton R3 Satria Neo TD 2011.06

Lebih kurang 12 tahun lalu Proton hadir dengan sebuah model yang sempurna. Satria GTi. Kereta ini hadir dengan pakej lengkap, beg udara pemandu, kit badan, kerusi Recaro, enjin 1.8 DOHC serta pemanduan dan pengendalian Lotus. Satria GTi adalah kereta yang malar segar [evergreen], secara visual dan emosi kereta ini akan membuatkan anda jatuh cinta berkali-kali. Tidak cukup dengan GTi, Proton melahirkan varian yang lebih ekstrem iaitu Satria R3 dengan 150 unit terhad, model ini lebih kukuh, bising, mencengkam dan berprestasi berbanding GTi.

Proton R3 Satria Neo TD 2011.19

Jualan model hac tidaklah hebat, segmen ini berada dalam pasaran kecil tetapi impaknya adalah besar, GTi direviu di pasaran antarabangsa dan pujian yang diterima tidak sedikit bahkan sehingga kini masih ada pelanggan luar yang menunggu gantian GTi. Menghasilkan gantian untuk model agung bukan senang, bila disukai ramai bermakna ada ciri-ciri yang diminati dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada itu adalah tugas yang mencabar. Jika hasilnya lebih teruk bersedialah untuk menerima berbakul kritikan dan jika ianya lebih baik dengan respon pasaran yang positif maknanya pasukan pembina telah pun berjaya. Contoh ringkas adalah bagaimana Nissan Skyline disanjung dari hari ke hari.

Proton R3 Satria Neo TD 2011.20

R3 sewaktu uji pandu singkat Proton R3 Satria Neo tidak segan silu untuk menyatakan yang mereka membina model ini untuk mengimbas kembali zaman silam GTi. Divisyen permotoran ini telah menghasilkan 2 versi istimewa iaitu Proton Satria Neo R3 [NR3] dan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing [NR3 LR]. Kedua kereta ini walaupun daripada spesis sama tetapi mempunyai karakter berbeza. NR3 kelihatan lebih garang dengan roda 17 inci manakala NR3 LR pula adalah edisi pengumpul kenderaan, dengan harga yang tinggi hasil daripada peralatan 5 bintang.

Pada hari saya diberi peluang memandu uji dan semasa di dalam perjalanan ke garaj R3, fikiran terimbas kembali sewaktu pandu uji singkat beberapa minggu lepas. Teringat akan pedalnya yang sedap diperah, pengendalian dinamik dan kerusi yang memeluk tubuh. Tiba sahaja di R3, Neo ini sudah siap diparkir di sebelah pintu masuk, siap sedia untuk dipandu dan saya mengukir senyuman. Seperti ada kimia [chemistry] dengan kereta ini. Selepas diberi penerangan ringkas mengenai Neo yang pada mulanya diberi nama RS tibalah masanya untuk saya menjamah sekali lagi kereta ini, kali ini lebih intim, lebih masa berbanding sesi terdahulu, R3 Neo boleh dibawa pulang sehingga habis waktu pejabat.

Proton R3 Satria Neo TD 2011.15

Kereta ini mempunyai butang menghidupkan enjin [push start button], cara untuk memulakan pembakaran di dalam silinder ialah dengan menekan brek dan kemudian menekan butang push start, lagak kereta mewah, selepas dihidupkan bunyi bass kedengaran dan agak bising seperti mengarahkan pemandunya supaya cepat-cepat pandu. Saya memandu keluar kereta ini dengan berhati-hati, R3 Neo tidak murah, kereta ini beberapa ratus sahaja kurang dari RM80 ribu. Tetapi hati-hati dan cermat saya tidak kekal lama, ibarat kurma selepas berbuka, habis disantap sebelum menu berat. Keluar ke jalan besar saya menuju ke pusat bandar, melalui jalan bertol, jalan yang lapang dan terbuka luas. Matlamat utama ialah bukan untuk menguji kereta sampai habis meter bahkan saya tidak gemar menguji kelajuan maksimum kerana tiada apa yang diperolehi, sekadar untuk modal sembang kedai kopi sahaja.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

VW Caddy Racer – Siap Untuk Berlumba!

VW Caddy Racer 2011.03

Sebelum ini saya pernah tulis mengenai VW Caddy Racer yang dipandu oleh pengurus bahagian kenderaan komersilnya sendiri iaitu Simon Elliott. Dan semalam Caddy baharu untuk musim 2011 diperkenalkan kepada umum.

Sejak tahun 2004, Caddy Racer memang popular dan siap dengan pengikut setia sendiri. Untuk musim 2011, Caddy baharu ini telah ditambahbaik pada bahagian pengendalian, dinamik dan prestasi. Perubahan paling signifikan ialah enjin 2.0 liter petrol berkuasa 270ps dengan kuasa dialihkan ke roda hadapan melalui kotak gear 6 kelajuan quick shift VW Racing. Gandar belakang pula menggunakan sistem suspensi multi-link yang diambil dari VW Golf.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

MG6: Model Pasca Pemilik Dari China

MG6 2011.01

MG adalah jenama Britain yang sudah beralih milik kepada firma dari China. Beberapa tahun kebelakangan jenama ini agak terumbang-ambing dengan tiada ketentuan. Tahun-tahun yang mendatang nampaknya semakin pasti dengan pengenalan model-model baharu.

MG6 adalah model serba baharu MG yang bakal diproduksikan di kilangnya di Birmingham selepas 16 tahun. Pengeluaran pertama adalah pada hari Rabu ini. MG6 akan menggunakan enjin 1.8 N/A dan 1.8 Turbo.

Rover pernah rebadge Honda. Lotus pula pernah guna enjin siri K Rover.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Infiniti, Jenama Mewah Dari Jepun Bakal Dipasarkan Di Malaysia

Infiniti Red Bull 2011.01

Infiniti, jenama kenderaan mewah dari Jepun baru-baru ini mengumumkan kemasukan mereka di dalam pasaran tempatan pada suku keempat 2011. Infiniti adalah jenama import yang berkembang pantas di Amerika Syarikat tahun lepas dan kini sedang mengembangkan operasinya di seluruh dunia.

Infiniti Red Bull 2011.04

Pengenalan di Malaysia adalah susulan beberapa negara seperti Eropah, Amerika Selatan, Asia Pasifik dan baru-baru ini di Jakarta, Indonesia. Model-model yang akan diperkenalkan di dalam negara adalah sport crossover, sport coupe dan sedan berprestasi.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

F1 Malaysia 2011: Vettel Menang Lagi, Begitu Juga Dengan Lotus Renault!

Champion FI Malaysia 2011.00

Buat pertama kalinya di dalam sejarah GT saya buat liputan F1 yang saya tonton sendiri secara langsung. Sebelum pergi memang boleh tahan malas tetapi dek kerana dapat tiket terpijak akhirnya sampai juga ke sana. Boleh tahan juga tonton secara langsung. Lihat kereta lumba dengan teknologi hebat memang mengasyikkan. Tetapi bila masuk bab pusing-pusing atas trek dengan aksi sama boleh tahan juga bosan. Siap ada brader sebelah tidur lagi.

FI Malaysia 2011.02

Apapun perlumbaan yang berlangsung semalam adalah yang menggembirakan untuk pasukan Red Bull sebab Sebastian Vettel sekali lagi berdiri atas podium juara selepas F1 Melbourne. Vettel patut diberi anugerah brader konsisten sebab beliau pandu dengan cermat dan konsisten, beliau mampu menyerap tekanan dengan baik. Di tempat kedua pula Jenson Button daripada pasukan McLaren Mercedes.

FI Malaysia 2011.01

Pasukan Lotus Renault sekali lagi menggembirakan Grup Proton selepas berjaya di Melbourne apabila Nick Heidfeld menduduki podium di posisi ketiga. Kereta Lotus Renault biasa-biasa sahaja tetapi ketahanan dan kelasakan yang berjaya membuat mereka mengharungi perlumbaan dengan trek yang teknikal serta mencabar. Lain pula dengan Vitaly Petrov pada pusingan ke 53 apabila beliau mengambil selekoh dengan lebar, menaiki batas, terbang dan terapung di udara dan mendarat seterusnya mengalami kerosakan stereng dan menamatkan terus perlumbaan.

FI Malaysia 2011.03

Michael Schumacher yang mewakili Mercedes GP Petronas berjaya mengutip mata pertama untuk pasukan selepas menduduki tempat ke 9 manakala Nico Rosberg pula di tempat ke 12. Sebuah lagi pasukan yang ada kaitan dengan Malaysia iaitu Team Lotus pula tidak berapa bernasib baik apabila seorang pemandu mereka iaitu Jarno Trulli gagal untuk menamatkan perlumbaan. Yang tinggal hanya Heikki Kovalainen di tempat ke 15.

Foto: LRGP, Daimler, TL [Sesi Jumaat dan Sabtu]

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

F1 Malaysia 2011: Vettel Bermula Di Petak Hadapan [Lagi!]

FI Malaysia 2011.02

Jujurnya saya memang tak berapa into menulis tentang F1 sebab kimia tak berapa kuat dengan sukan paling mahal ini. Daripada kecil sampai besar lagi berdebar tonton rali, setakat ini kebanyakan perlumbaan F1 yang ditonton kaca TV yang akan menonton saya balik sebab tertidur. Tetapi itulah dia, walaupun tak berapa minat realitinya berita F1 akan sentiasa dilaporkan di dalam GT.

FI Malaysia 2011.03

Ok, kita balik kepada topik. Saingan hari ini nampaknya sekali lagi akan dimulakan oleh Sebastian Vettel daripada Red Bull selepas beliau mencatat masa terpantas ujian kelayakan semalam. Grid kedua pula akan diisi oleh Lewis Hamilton daripada McLaren Mercedes. Dominasi grid memang jelas dikuasai oleh Red Bull apabila seorang lagi pemandu mereka, Mark Webber di kedudukan ketiga. Kemudian di tempat keempat pula ialah Jenson Button daripada McLaren Mercedes. Selang seli di antara Red Bull dan McLaren Merc.

FI Malaysia 2011.00

Bagaimana pula dengan pasukan yang ada kaitan dengan Malaysia? Di hadapan sekali ialah Nick Heidfeld di grid keenam manakala rakan sepasukannya daripada Lotus iaitu Vitaly Petrov di grid ke 8. Nico Rosberg dan Michael Schumacher daripada Mercedes GP Petronas pula masing-masing di grid ke 9 dan 11. Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli daripada Team Lotus di grid ke 19 dan 20.

Peminat F1 secara amnya akan berdebar menantikan siapa yang terlebih dahulu melepasi bendera penamat, tetapi secara khususnya rakyat tempatan pula lebih kisah dengan tiga pasukan dengan DNA negara.

Akhir sekali untuk info lu orang buat pertama kali di dalam sejarah F1 dianjurkan di SIC gua akan ke sana. Gua tak pernah lagi ke SIC sebab nak tonton F1 walaupun SIC dibina untuk F1.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Proton Raikan Anak Yatim dan Pelajar Sekolah Sempena F1

LRGP FI Malaysia 2011.01

Proton pada Jumaat meraikan 100 anak yatim dan 30 pelajar sekolah di Litar Antarangsa Sepang [SIC]. Mereka diberi peluang berjumpa dan beramah-mesra dengan pasukan Lotus Renault GP [LRGP].

Kanak-kanak tersebut yang berusia antara 8 dan 17 tahun merasai kehangatan F1 dengan menonton sesi latihan dan mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dianjurkan di ruang pameran Proton di F1 Village. Kemuncak kepada acara itu ialah sesi perjumpaan dengan pemandu LRGP iaitu Vitaly Petrov, Nick Heidfeld dan Bruno Senna di hentian pit.

LRGP FI Malaysia 2011.02

Rombongan lawatan adalah dari Pertubuhan Kebajikan Yayasan Anak Yatim Piatu Darul Aitam [Busarah], Temoh, Perak, Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras, Kuala Lumpur, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan SK Tanjung Malim, Perak. Mereka turut dibawa melawat Muzium Automobil Kebangsaan dan kawasan sekitar F1 dan turut mengambil bahagian di dalam kuiz yang dianjurkan untuk mereka.

Lawatan ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat [CSR] Proton di mana para pelajar diberi peluang untuk belajar dan didedahkan kepada acara antarabangsa dan teknologi automotif.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi: