NV200 Combi Untuk Kawasan Bencana Gempa Di Jepun

         NV200

Nissan Motor Co. Ltd akan membekalkan 10 unit NV200 Combi untuk digunakan sebagai teksi tanpa sebarang kos kepada  beberapa pengendali teksi di kawasan Tohoku. Pemberiaan yang tidak ternilai ini akan dapat membantu meningkat akses masyarakat terhadap sistem pengangkutan di kawasan-kawasan terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini. Penerima bagi teksi-teksi tersebut telah ditetapkan oleh Kementerian Tanah, Infratrustur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) Jepun.

Menurut Naib Presiden Korporat Nisssan, Hideto Murakami berbangga kerana dapat menyokong projek MLIT tersebut dengan menyediakan Nissan NV200 Combi Teksi sekaligus memperluaskan penggunaan Rekabentuk Teksi Sejagat [Universal Design Taxi] yang mana amat mudah untuk diakses oleh sesiapa tanpa mengira usia, jantina mahupun keupayaan [pengguna kerusi roda].

Untuk makluman Sekutu NV200 ini telah pun dianugerahkan Anugerah Reka Bentuk Sejagat [Universal Design Award] dan Anugerah Rekabentuk Sejagat Kegemaran Pengguna [Universal Design Consumer’s Favorite Award] pada Mac 2011. NV200 Combi ini juga telah dipilih sebagai asas teksi generasi baru untuk bandaraya New York.

Sumber: Newspress

-C27-

Silakan kongsi:

Proton Melantik John Doody Chacko Sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan

JOHN D. CHACKO

SHAH ALAM, 4 Ogos 2011 – Proton Holdings Berhad pada hari  ini mengumumkan pelantikan John Doody Chacko sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan. Chacko yang mempunyai 25 tahun pengalaman di dalam pemasaran global akan bertanggungjawab terhadap penjenamaan, pemasaran dan sukan permotoran kumpulang dalam meningkatkan jenama Proton di dalam pasaran tempatan dan global.

Chacko merupakan graduan Pengajian Pengurusan daripada Universiti Waikato, New Zealand. Beliau telah berkhidmat di dalam pelbagai firma antarabangsa di serata dunia. Chacko kembali ke Malaysia pada awal 2011 sempena Returning Expret Program dan impiannya untuk berkhidmat dengan firma dengan menggunakan pengalaman yang beliau ada.

Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Grup Proton berkata, “John adalah contoh rakyat Malaysia yang berjaya di luar negara. Dengan pengalaman kerja dan bermastautin di lima benua, sembilan negara dan sebelas bandar, John merupakan rakyat global tetapi Malaysia tetap di hatinya. Impiannya adalah untuk menyumbang kembali kepada jenama Malaysia dan saya gembira beliau memilih Proton.”

Silakan kongsi:

Honda Civic Euro Generasi Kesembilan

Honda Civic Euro 2011.01

Generasi kesembilan Honda Civic Hatchback untuk pasaran Eropah akan dipamerkan kepada umum pada September depan. Civic Euro baru dikatakan mempunyai rekabentuk yang menarik dengan ruang untuk penumpang dan barangan yang terluas di dalam kelasnya disamping mengekalkan kos pemilikan yang rendah melalui kualiti yang sinonim dengan jenama Honda.

Tahap kualiti dan keselesaan juga banyak dipertingkatkan daripada model sebelumnya. Kereta keluarga kecil Honda ini direka secara eksklusif untuk pasaran Eropah dan turut diuji pada keadaan jalan di sana. Pasukan Jurutera Honda menghabiskan banyak usaha dan masa bagi memperbaiki kualiti pemanduan dan pengendalian model baru ini yang dicapai melalui talaan suspensi.

Bagi memastikan ruang kabin dan barangan paling luas di dalam segmen C, Civic baru mengekalkan torsion beam belakang tetapi dengan beberapa penambahan seperti bush yang diisikan bendalir untuk memberikan pemanduan dan pengendalian terbaik buat pelanggan. Ianya turut diperkukuhkan bagi menjadikan kereta lebih stabil terutama sekali semasa kelajuan tinggi.

Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Mazda CX-5: SUV Kompak Serba Baru

020811                  

Jenama Mazda kalau diikutkan tidaklah segah saudara-mara beliau dari Jepun, seperti Honda dan Toyota. Katalog produk mereka pun tidaklah sampai bermuka-muka surat. Tapi tahukah anda, bila mana situasi seperti ini terjadi maka secara tidak langsung para Jurutera Mazda mempunyai masa yang lebih untuk mereka bentuk dan menghasilkan kereta yang lebih berjiwa kereta. Contoh yang paling mudah adalah Mazda 6 dimana ianya turut digilai oleh Baii dan juga Sepat.

Dan sekali lagi, Mazda memperkenalkan model terbaru mereka, CX-5, SUV kompak yang serba baru baik dari segi chasis, enjin, mahupun transmisi di mana ianya dibina berdasarkan penemuan SKYACTIV TECHNOLOGY. 

CX-5 ni dibina berdasarkan tema ‘KODO – Soul of Motion’ [payah pula nak terjemah dalam Bahasa Kebangsaan]. Bunyinya macam pelik. Tapi itulah, bila mana Mazda memperkenalkan model baru, sudah tentu ianya akan kelihatan sangat menarik. Tema unik ini termasuk dengan perubahan pada muka bentuk hadapan yang menampilkan rupa Mazda yang lebih berani dan lebih penggayaan dinamik. Tema berjiwa KODO ini adalah produksi yang pertama selepas ditampilkan pada kereta konsep Mazda SHINARI.

020877

Untuk spesifikasi Eropah, CX-5 ini yang akan mempertarukan SKYACTIV-G Mazda 2.0 untuk model enjin petrol dan SKYACTIV-D 2.2 untuk model enjin diesel yang boleh didapati untuk varian Kuasa Standard mahupun varian Kuasa Tinggi. Kedua-duanya mempunyai nisbah mampatan 14:01 untuk memastikan penggunaan bahan bakar yang lebih cekap.

Jurutera Mazda turut memberikan tumpuan untuk mencapai prestasi alam sekitar yang luar biasa untuk SUV kompak ini di mana pengeluaran CO2 disasarkan kurang daripada 120g/km untuk model SKYACTIV-D 2.2.

Adik kepada CX-9 dan CX-7 ini akan dipamerkan di Frankfurt Motor Show 2011 pada September nanti bersama dengan model Mazda 3 yang telah dinaik taraf.

Sumber: Newspress

-C27-

Silakan kongsi:

Perodua Myvi Merah Merangkak Manja

tt

Tiga hari lepas masa tengah memandu balik dari kampung, ada sebuah Myvi merah seperti seekor penyu belimbing, merangkak-rangkak manja di lorong paling kanan di tengah lebuh raya. Selepas di hon tujuh, nam belas kali baru dia masuk ke lorong kiri itu pun bila nampak ada kedai baju buat jualan murah. Semalam masa aku keluar ke pasar malam, sebuah myvi putih pula masuk ke simpang dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Aku gerenti lampu isyaratnya tak rosak pasal kereta tu masih baru dan kusyennya masih di baluti plastik. Dan baru sekejap tadi ada Myvi warna silver pulak yang memandu tanpa memasang lampu walaupun ketika itu sudah jam 8 malam. Terang betul bijik mata pemandunya.

Apa yang aku nak cakap kat sini, ia bukan salah Myvi. Tapi faktanya ramai kaum wanita kat malaysia ni sukakan kereta Myvi. Atau dengan tepatnya semua kesalahan-kesalahan jalanraya yang aku sebut tadi pemandunya mesti wanita. Biasanya bila berhadapan dengan kes macam ni tekaan aku 99.9% tepat yang pemandunya adalah wanita manakala 0.1% lagi adalah pemandu warga emas yang dah lupa nombor plate kereta sendiri.

Mungkin ramai kaum wanita tak setuju dengan apa yang aku cakapkan ni tapi itulah hakikatnya daripada pemerhatian aku. Aku cakap isu ni bukan apa pun cuma nak pesan kat budak-budak perempuan yang baru habis sekolah dan tengah excited nak ambil lesen memandu. Korang bacalah buku panduan memandu tu betul-betul buat macam buku teks sekolah korang. Jadikan dia macam ‘teddy bear’ korang. Jangan pulak ada yang dapat lesen dengan menggunakan ‘ilmu pengasih’ terhadap abang-abang JPJ kita.

Jadilah pemandu buku undang-undang yang berjaya. Tolonglah dan janganlah jadi macam contoh tadi. Mereka sudah lama memandu tetapi mungkin dah lama tak baca buku undang-undang kerana asyik baca benda lain, jadi mereka dah lupa cara memandu. Jadilah pemandu yang peka seperti anda memilih pakaian.

Taking care! Jumpa lagi.

-NORMAN HUZZER-

Matpon: Gua tak kenal brader Norman ni. Bos gua pas kat gua. Boleh jadiopismet gua. Bulan pose ni gua tak banyak cakap. Sekian.

Silakan kongsi:

WRC Finland 2011: Sebastien Loeb Lagi!

Sebastien Loeb WRC Finland 2011.02

Sebastien Loeb sekali lagi berjaya mengukir kejayaan buat dirinya dan pasukan dengan mengungguli Rali Finland yang telah berlangsung hujung minggu yang lalu. Ini kemenangan kali kedua sejak memenanginya pertama kali pada tahun 2008, di mana Rali Finland ini kebiasaannnya didominasi oleh pemandu tempatan. Tahun lalu Rali Finland ini dimenangi oleh Jari-Matti Latvala di mana beliau hanya mampu menduduki tempat kedua sahaja pada kali ini.

Rali Finland ini yang sememangnya dikenali sebagai rali yang mempunyai permukaan “gravel” dengan kelajuan tertinggi dan diakui sukar bagi pemandu yang bukan berasal dari Negara Nordic [Negara Nordic ini terdiri daripada Negara Utara Eropah; Finland, Denmark,  Iceland, Norway dan Sweden]. Rali Finland ini turut menjadi tumpuan bekas Kapten Pasukan Bola Sepak Finland dan pemain pertahanan lagenda Liverpool, Sammy Hyypia, di mana beliau berpeluang untuk menaiki “Taxi Ride” bersama pemandu Ford, Sheikh Khalid Al Qassimi.

Sebastien Loeb WRC Finland 2011.01

Pun begitu, Sebastien Loeb membuktikan kehebatannya dengan mengenepikan rakan sepasukannya, Sebastian Ogier pada hari sebelumnya diikuti rapat oleh pemandu Ford, Jari-Matti Latvala. Ogier terpaksa memperlahankan jenteranya akibat daripada masalah tayar dan ini memberikan peluang kepada Latvala memintas di tempat kedua secara keseluruhan.

Penampilan Petter Solberg pula menamatkan di tempat kelima secara keseluruhan dan Kimi Raikkonen pula sekadar menduduki tempat kesembilan yang jelas mengecewakan prinsipal pasukan Citroen.  Pusingan berikutnya akan berlangsung di Jerman pada bulan puasa nanti.

Foto: Newspress

-C27-

Silakan kongsi:

Toyota Yaris 2011: Lebih Garang, Lebih Segak

Toyota Yaris 2011.03

Di antara Toyota Vios dan Yaris ternyata Vios lebih laris. Puncanya adalah mudah, Vios jauh lebih besar serta lebih mampu milik berbanding Yaris yang diletakkan pada laras harga premium. RM90 ribu untuk sebuah kereta kompak adalah mahal untuk golongan kebanyakan tambahan pula pelbagai opsyen model lain yang boleh dimiliki. Tetapi tidak untuk negara jiran yang menawarkan laras harga berbeza seperti Indonesia di mana Yaris lebih mudah untuk dilhat di atas jalan raya berbanding di Malaysia. Agaknya disebabkan harga premium itu jugalah Honda meletakkan harga yang super premium untuk Jazz dan hasilnya model itu juga jarang-jarang dilihat dipandu di atas jalan raya. Apa pun secara peribadinya dibandingkan dengan Vios saya lebih sukakan Yaris yang tampak lebih comel dengan gayaan Eropah. Harus tahu, Yaris direka di studio Toyota ED2 di Perancis manakala Vios pula direka di Jepun.

Kini Yaris sudah masuk generasi ketiga yang merupakan jelmaan Toyota Vitz yang dilancarkan di Jepun pada penghujung tahun lepas. Yaris baru tampil dengan rekaan yang lebih berani, tajam dan dinamik tanpa menyingkirkan prinsip asalnya iaitu kompak pada luaran, luas pada dalaman yang merupakan pegangan utama sejak model generasi pertama diperkenalkan pada tahun 1999. Dezi Nagaza, ketua pereka menggambarkan Yaris baru dengan luaran yang “berminat” seperti yang boleh dilihat pada bahagian depan serba baru dengan gabungan lampu horizontal dan slim serta ruang pengambilan udara yang dalam dan rendah seterusnya menggambarkan Yaris sebagai sebuah kereta dengan posisi yang lebar dan bergraviti rendah.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selamat Berpuasa Sekutu!

Pagi ni saya yakin ramai Sekutu yang lemau. Sudahlah hari Isnin, puasa pula, iye tak? Tapi, puasa tu puasa juga, kerja mesti laju. Puasa jangan dijadikan alasan untuk kita tidak produktif. Seharusnya semangat puasa itu sendiri yang akan membuatkan kita bertambah rajin untuk berkerja. Pahalanya berganda-ganda. Bulan inilah untuk kita “top-up” kembali amalan kita yang mungkin agak kurang sebelum ini

Bagi pihak Skru GT yang lain, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini sentiasa diberkati dan diterimaNya.

Silakan kongsi: