OTFT Rally Team Cemerlang di Rali Terengganu

Organic Touch – F Tuned Suspension Rally Team (OTFT) sebagai pasukan baru di kalangan pasukan lain yang lebih berpengalaman berjaya meletakkan nama mereka apabila mendapat kemenangan di Rally of Terengganu (ROT), iaitu pusingan terakhir di Kejohanan Rali Malaysia atau Malaysian Rally Championship (MRC) 2018.

Berlangsung di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu pada 14 & 15 Disember 2018, pelumba Nazatul Shima binti Mamat, yang bersama pemandu juruarahnya, Muhammad Firdaus bin Mohd Fodzi telah menjadi johan untuk kategori Novice.

Ini adalah kejayaan terbesar buat mereka memandangkan ini adalah kali kedua mereka menyertai kejohanan rali ini.

“Saya sangat terkejut dan masih tidak percaya atas kejayaan ini. Memenangi tempat pertama dalam kategori Novice ini adalah sesuatu yang sangat dibanggakan, namun begitu ia juga memberi tekanan kerana kami perlu
berkerja keras untuk tahun hadapan.

“Kemenangan ini adalah khas untuk kesemua krew OTFT yangtelah memberikan sokongan semenjak hari pertama lagi. Dan tidak lupa juga kepada para pelumba di dalam pasukan kami yang telah banyak mengajar dan berkongsi pengalaman mereka,” kata pelumba yang berasal dari Chendering, Terengganu itu.

Selain itu, OTFT juga membawa pulang piala tempat ketiga dalam ketegori 1300cc yang dimenangi oleh anak kelahiran Terengganu, Muhammad Syakirin bin Razaki dan pemandu juruarahnya, Amir Izham bin Abdul Aziz.

OTFT juga memenangi tempat ketiga keseluruhan dalam kategori Pasukan Terbaik.

Pasukan OTFT menurunkan pelumba Dini Nazmie bin Abd Rahman dan Mohd Nazam Shah bin Sulaiman untuk kategori 1800cc; dan Azmeer Yusri bin Yusof bersama pemandu juruarahnya Mohd Erwandanny bin Suaad untuk
kategori 1600cc.

Mereka telah masing-masing memenangi tempat kedua di Rally of Perlis pada awal tahun ini.

Selain dari lokasi yang terletak berhampiran dengan pantai dan ditambah dengan musim hujan, pelbagai bentuk muka bumi seperti kawasan berpasir dan berlumpur adalah cabaran yang menanti para pelumba kali ini.

Pelumba terpaksa mengejar masa dan perlu mengawal kereta mereka dengan lebih berhati-hati.

Pada hari pertama perlumbaan, beberapa kereta menghadapi masalah tersekat di dalam lumpur.

Pada hari kedua, dengan keadaan hujan yang berterusan membuatkan pihak penganjur terpaksa menukar dan membuat perubahan kepada jarak perlumbaan.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli merasmikan kejuaraan perlumbaan Rali Terengganu 2018 di mana buat pertama kalinya TIEP menjadi tuan rumah dan mencabar para pemandu dengan permukaan litar yang direka khas untuk sukan lumba kuda.

“Kami berharap agar banyak lagi perlumbaan rali yang akan dianjurkan di sini, dengan keadaan TIEP yang sangat strategik mampu meletakkan lokasi ini sebagai lokasi rali bertaraf dunia,” tambah Nazatul Shima.

OTFT juga mengucapkan ribuan terima kasih atas penaja bersama, Tam&Co, KBV Motorsports, RNR Autosports, Rierays Autoworks, ANR Bodyworks, BG Racing, Carbo Oil, M7 Resources, Gudang Makang, Haus Boom, Jari Sepuluh Services dan HiTech Plus Lubricant.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.