NISSAN NAVARA BAHARU KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN – HARGA BERMULA DARI RM85,000

Nissan Navara 2015.05

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) kini mula menerima tempahan untuk Nissan NP300 Navara Serba Baharu yang akan dilancarkan pada November.

Harga anggaran adalah seperti berikut:

Nissan Navara 2015.04

NP300 Navara merupakan trak pikap paling berkuasa dalam segmennya yang dilengkapi dengan enjin 2.5L YD25DDTi generasi ketiga yang telah ditambah baik. Ia mampu menjana kuasa maksimum 190PS dan tork 450Nm/2,000rpm. Dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan bersama mode manual yang pertama dalam kelasnya, pemanduan dipastikan menjadi lebih berkuasa dan pecutan lebih lancar. Spesifikasi-spesifikasi lain yang menarik termasuklah suspensi belakang multi-link serba baharu yang menawarkan tahap keselesaan seperti SUV, topang gril ‘V-motion’ yang tersendiri, Lampu Utama LED dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL) berbentuk boomerang yang mengagumkan, spoiler belakang dan rim aloi baharu bersaiz 18 inci.

Ketika pertama kali memperkenalkan D40 Navara dengan slogan ‘Mother Trucker’ kepada pasaran Malaysia, ia mentakrifkan semula segmen pikap dengan prestasi dan pemanduannya. Kini, NP300 Navara Serba Baharu ini sekali lagi akan meningkatkan prestasi pemanduan dinamik, ketahanan sebenar, reka bentuk inovatif dan teknologi termaju. Maka dijadikan slogannya, ‘The Ultimate Pickup’, ” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Dengan reka bentuk dalaman yang pintar pula, NP300 Navara menawarkan keselesaan dan kemewahan seperti model-model premium Nissan yang lain – Tempat duduk yang diinspirasikan daripada graviti sifar (Zero Gravity Inspired Seats) mengurangkan keletihan dalam perjalanan panjang. Manakala pendingin hawa dua zon automatik dan corong pendingin hawa di belakang memberikan penyejukan kabin yang optimum.

NP300 Navara Serba Baharu hadir bersama pelbagai ciri keselamatan untuk apa jua situasi pemanduan. Ia dilengkapi sistem ciri Active Brake Limited Slip untuk menawarkan cengkaman lebih baik serta meningkatkan kestabilan kenderaan di atas jalan yang licin, Hill Start Assist dan Hill Descent Control. Ciri-ciri utama keselamatan lain termasuklah, cagak tempat duduk kanak-kanak (ISOFIX), Vehicle Dynamic Control, Anti-locking Braking System, Electronic Brake Force distribution, Brake Assist dan Traction Control System untuk membantu pemandu agar sentiasa berada dalam kawalan serta dapat mengelakkan daripada bahaya dalam situasi-situasi kecemasan.

NP300 Navara Serba Baharu menawarkan empat warna – Oren Savana (Savanna Orange serba baharu), Perak (Tungsten Silver), Hitam (Diamond Black) dan Putih (Brilliant White).

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.