Nissan Murano Crosscabriolet

Nissan Murano Crosscabriolet.01

Nissan Murano tidak berapa mendapat sambutan berbanding model lama di tempat kita. Di mana tidak kena sebab pada saya desain model baru lebih menarik, syarikat AP juga macam tidak berminat hendak bawa masuk mungkin sebab belum menjadi trend. Orang kita lebih yakin pada model popular dan jangan tidak tahu antara sebab Perodua Myvi begitu laris ialah jumlahnya yang begitu banyak di atas jalan raya. Macam kita pergi restoran kalau tengok ramai orang singgah mungkin kita pun akan singgah. Tidak mahu ambil risiko makanan tidak sedap.

Berbalik kepada Nissan Murano, model ini katanya yang pertama seumpanya iaitu crossover convertible. Crossover yang boleh buka atap. Pasaran Amerika memang suka dengan kereta boleh buka atap berlainan dengan cuaca tempat kita yang panas Jo. Kalau duduk Cameron Highland atau Cherating sana mungkin sesuai.

Murano Crosscabriolet akan mula dijual awal 2011 dan kalau kita perasan Nissan sekarang ini memang aktif memenuhi setiap pasaran. Pelbagai model ditawarkan untuk jenis-jenis pembeli.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • riz on 17/11/2010 at 1:32 AM
    • Reply

    lain daripada yg lain

    • azwan nbs on 17/11/2010 at 1:34 AM
    • Reply

    hhuuurrmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

    • belalang_kontot on 17/11/2010 at 6:38 PM
    • Reply

    wau!!bile la agaknye neo cabriolet nak dikomersialkan..

  1. Kereta tak ada atap ni bahaya buat g jalan pantai nanti masuk pasir.

    • gt-apex on 20/11/2010 at 2:26 AM
    • Reply

    aku tengok macam rupe fairlady 370z pon ape….
    ape macam pulak kalau suzuki jimmy x pakai atap…

Leave a Reply to azwan nbsCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.