Nissan GT-R: Pencabar Kereta Berprestasi Barat

Nissan GT-R 2011.02

Selepas lebih dua bulan pelbagai jenis kereta sudah dipaparkan di dalam kolum ini [Garaj Kosmo]. Ada kereta kompak, hibrid, SUV dan paling menarik model yang mungkin dipasarkan di dalam negara seperti Honda Civic, Kia Picanto dan sebagainya. Walau bagaimanapun kereta berprestasi tinggi masih belum saya tulis, bukan apa, kereta sebegini hanya segelintir sahaja yang mampu memilikinya. Era kereta berprestasi massa seperti Toyota Corolla AE86, Nissan March Superturbo dan Ford TX3 nampaknya sudah luput ditelan sejarah, yang ada kebanyakannya sudah memasuki pasaran premium hingga orang kebanyakan hanya mampu melihat dan mengidamkannya. Masakan tidak, sebuah kereta berprestasi sudah menyamai atau melebihi sebuah rumah teres atau banglo di kampung, lebih logik jika dilaburkan untuk aset yang menguntungkan tanpa susut nilai. Walaupun begitu apa salahnya kita mengagumi dan mengambil tahu serba sedikit tentang kemanisan dunia ini, habis tidak pun boleh dibuat modal bersembang dengan rakan-rakan. Orang kata biar sembang kencang tapi ada isi.

Saya tidak pasti apakah memori umum orang kita mengenai Nissan. Orang lama mungkin mengaitkannya dengan model Sunny atau Sentra teksi Genting, orang muda pula pasti terimbas akan kehebatan model Cefiro di dalam sukan drift atau pun buat orang berkeluarga mereka akan teringatkan model Grand Livina. Apa pun Nissan menghantar mesej yang jelas dengan kehadiran sebuah model ini, apa lagi jika bukan Nissan GT-R. Kereta agung daripada pengeluar kereta Jepun yang mencabar ego-ego pengeluar kereta berprestasi barat seperti Porsche, Ferrari dan Aston Martin yang masing-masing mewakili Jerman, Itali dan Britain. Jepun mampu menawarkan kereta yang hebat hanya pada setengah harga atau kurang daripada pengeluar kereta barat. Itu adalah taktik lama mereka yang kini diulangi oleh pengeluar kereta Korea. GT-R atau nama asalnya Skyline bukan lahir dalam tempoh dua atau tiga tahun, warisannya bermula berpuluh tahun lepas dengan model pertama dikeluarkan oleh Prince Motor Company pada tahun 1957 sebelum mereka bergabung dengan Nissan pada tahun 1966.

Nissan GT-R 2011.01

Maju laju [fast forward] pada tahun 2007, Nissan memperkenalkan GT-R dengan menggugurkan nama Skyline dan model terbaru ini telah banyak menaikkan nama Nissan. Siapa sangka pengeluar kereta massa seperti Latio, Sentra, Grand Livina boleh menghasilkan kereta yang canggih sebegini seterusnya menarik perhatian para tauke-tauke untuk memilikinya. Masuk tahun 2011 model wajah baru [facelift] dibangunkan berdasarkan tema ‘World’s best multi-performance and pleasure of responsive driving’. Ciri luarannya lebih kuat dan stabil dan digabungkan dengan kemaskini lain bagi menyumbang aerodinamik yang lebih baik.

Downforce GT-R berjaya dikurangkan manakala pekali seret pula turun daripada 0.27 kepada 0.26. Kestabilan kereta pula diperbaiki dengan bampar dan bukaan gril yang lebih besar dengan efek tiga dimensi yang dipertingkatkan. Bampar depan telah direka semula dengan tambahan sisip berkembar yang menyumbang kepada downforce 10% lebih baik sementara mengurangkan rintangan angin di dalam ruang enjin, serta meningkatkan aliran udara melalui radiator untuk menyejukkan brek depan. Kedua-dua sisi bampar pula dipasangkan lampu LED siang hari yang kini merupakan aksesori ‘wajib’ kereta pasaran Eropah. Bampar belakang turut tidak terkecuali menerima pembedahan kosmetik dengan titik tengah graviti yang rendah serta hujung yang dipanjangkan. Dengan pemanjangan peresap belakang [diffuser], penyejukan bahagian bawah lantai lebih baik selain daripada rintangan angin berjaya dikurangkan. Penyejukan penyenyap ekzos pula diperbaiki manakala downforce belakang berjaya ditingkatkan sebanyak 10% melalui penggunaan outlet bampar belakang yang menyingkirkan udara pada ruang tayar belakang. Lampu kabus LED berdensiti tinggi pula dipasang bersekali dengan peresap belakang.

Nissan GT-R 2011.03

Daripada segi mekanikal, output enjin GT-R dipertingkatkan kepada 530ps pada 6,400 rpm dan tork maksimum 612 Nm dari 3,200 hingga 6,000 rpm. Penutup enjin diwarnakan merah untuk mengilustrasikan penambahan prestasi. Paling menarik enjin ini lebih jimat minyak yang dicapai melalui modifikasi pada tekanan galak [boost] pengecas turbo, pemasaan injap, nisbah campuran udara dengan diameter paip inlet lebih besar dan sistem ekzos. Nissan turut menyemak semula seleksi pemanduan dengan menggantikan Snow Mode dengan Save Mode yang mengoptimumkan tork pemanduan dan mengubah jadual penukaran gear untuk penggunaan minyak yang lebih ekonomikal apabila memandu di jalan lurus dan terbuka. Walaupun Snow Mode diganti tetapi ciri-ciri asalnya masih lagi dikekalkan. R Mode pula digunakan untuk memecut kereta dari pegun dan akan berfungsi apabila brek ditekan dengan gear dianjakkan, pedal minyak ditekan dengan penuh dan brek dilepas dengan cepat. Dalam keadaan ini, suhu minyak akan diawasi secara automatik bagi memastikan ketahanan serta mengelak suhu meningkat melebihi paras ditetapkan. Bagi mengambil selekoh sempit pada kelajuan rendah, 2-Wheel Drive Mode akan menukar kereta kepada pacuan dua roda pada kelajuan di bawah 9.6km/j dengan kedudukan stereng dipusing separuh.

Nissan GT-R 2011.04

Perubahan lain yang dibuat ialah menambah topang sokongan [supporting bar] untuk menguatkan lagi casis serta brek dan suspensi yang dirombak semula. Gabungan tayar dan roda turut ditukar dengan tayar baru iaitu Dunlop SP Sport Maxx GT 600 DSST CTT dan roda aluminium tempa [forged] jenama Rays. Penutup artikel kali ini tiada falsafah atau analogi yang boleh saya tulis seperti biasa kerana jujurnya mata saya berpinar menulis kereta-kereta mahal, terasa hebat sungguh. Apa pun GT-R tidaklah mahal mana, di UK harganya ialah GBP69,950. Tidak mahal jika dibandingkan dengan kereta berprestasi tinggi lain yang mencecah jutaan ringgit. Sebuah Ferrari mungkin bersamaan dengan dua buah GT-R!

-Mak/d Uia-

Matpon: Still this car is cheap compared to Veyron. Terimaaa kassseyyyy!!!

Silakan kongsi:

26 comments

Skip to comment form

    • belalang_kontot on 19/07/2011 at 9:15 AM
    • Reply

    kereta sukan tak mampu milik…huhu…

    • kawezan on 19/07/2011 at 9:17 AM
    • Reply

    terbaek…..mantap jo…!!!

    • Alteja on 19/07/2011 at 9:36 AM
    • Reply

    Kalau ikut latest FOREX GBP1 = RM4.84579. Maknanya, rega GTR kat Malaysia tak termasuk insurans, bebenda lain & AP ialah RM339,592. Aku yakin, masuk Malaysia, dekat 2 kali ganda gak reganya. Ya, kereta sukan mampu milik, tapi bukan utk aku setakat ni…

    • pok mat on 19/07/2011 at 10:10 AM
    • Reply

    power nyo GTR!!!!

    • Datsun Buah Kana on 19/07/2011 at 10:24 AM
    • Reply

    Ada seabijik kat rumah. Gua parking dlm kabinet je.

    • apis on 19/07/2011 at 10:33 AM
    • Reply

    “biar sembang kencang tapi ada isi.”
    aku stuju kata2 kamu… haha~~~

  1. saya dah baca dlm Kosmo

  2. boleh review keretapi pulak tak?

    • jabroni on 19/07/2011 at 3:55 PM
    • Reply

    mintak review mazda furai, boleh?

    • coupe on 19/07/2011 at 5:42 PM
    • Reply

    bro mat pon.
    cuba lu usha kete2 lagenda mcm:
    -Volvo 850R
    -alfa romeo 155 limited edition
    -fiat 131 racing
    -Mercedes master peace
    -BMW e30

    dan yg seblm2 nya.

    senang kata kete2 otai yg main BTCC (British Touring Car Championship)

    1. Caparzo

      Sama tapi tak serupa, artikel dalam GT tak ada suntingan.

    • nismo34 on 19/07/2011 at 11:42 PM
    • Reply

    teruskan artikel2 mcm ni,saya rasa lebih ramai minat membaca artikel berkaitan supercar,sportcar….teknologi yg digunakan menarik minat membaca,dan tidak memboringkan berbanding fakta artikel tentang normal car

    • audi on 20/07/2011 at 12:08 AM
    • Reply

    review la furai tu…dh lma dh dia mntak

    • pendita_gila on 20/07/2011 at 12:22 AM
    • Reply

    ???????????

  3. Mak/d UIA…maafkan saya

    • Alteja on 20/07/2011 at 9:36 AM
    • Reply

    CaparZo,
    Rileks, Mak/D UIA tak marah. Dia kata “biar sembang kencang tapi ada isi”

  4. review mazda punai nak tak??

  5. Sepat …mane dtg plak Mazda Punai ni?…gua nak test drive Mazda 3 plak pasni…hahaha

  6. mazda punai = mazda baii

    mazda 3 MPS tu lu patut test.. gua dah try..terangsangggggggg !!.. tpi harga dia terus terkulaiiii!! kehkehkeh

  7. nak tunggu bini gua bersalin dulu…semalam salesman mazda dah call nak set time untuk test drive…perghh…tak sabo…kekekeh

  8. perghh mahal tu bro..

  9. mazda 3 satu aje bad review.. kalau penumpang lu tinggi kompom kepala tak lepas masuk kat belakang.. kehekhek

  10. Mak/d UIA: mane posting baru…dah 3 ari takde

  11. Sori bro, gua sibuk gila ni

  12. alaaa… gua ingat lu dah mashuk broooooooo… rehat dulu.. nnt ada projek gua bagi ler hehe

    • nilzanismo on 19/06/2013 at 2:14 PM
    • Reply

    ganahh…

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.