Nissan Grand Livina Wajah Baru

Nissan Grand Livina 2011.01

Kuala lumpur (10 Jun 2011) – Hari ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan Nissan Grand Livina baru yang lebih baik dan dipertingkatkan. Sekali gus ia menawarkan para pelanggan MPV, model yang lebih sporty dan kontemporari dari segi penampilan serta penggayaannya.

Terkenal dengan ciri pemanduannya seperti sebuah sedan, pengendalian yang lancar serta boleh menempatkan tujuh orang penumpang dengan selesa, Grand Livina baru ini dijangka mampu mengukuhkan lagi reputasinya selaku MPV yang berbaloi dimiliki dan berkualiti tinggi.

“Sejak diperkenalkan pada Disember 2007, Grand Livina telah menjadi salah satu MPV paling popular di Malaysia, dengan lebih 43,300 unit berada di atas jalan raya. Kami berhasrat untuk meneruskan popularitinya dengan versi facelift ini,” jelas Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Nissan Grand Livina 2011.04

Pencapaian yang diperoleh Grand Livina termasuklah pelbagai anugerah berprestij seperti “Best Value For Money MPV” oleh Asian Auto-VCA Auto Industry Awards dan “The Best MPV” dari majalah Stuff.

Secara zahirnya, Grand Livina yang ditambah baik diserlahkan lagi menerusi gril hadapannya yang baru. Model 1.6L diserlahi dengan rekabentuk gril yang disalut warna kelabu, manakala model 1.8L dengan gril berwarna krom sepenuhnya. Kedua-dua rekabentuk itu menambahkan lagi tarikan penampilan luaran Grand Livina yang sudah sedia menawan. Ditambah pula dengan cermin sisi yang dilengkapi lampu isyarat LED yang baru.

Nissan Grand Livina 2011.03

Menjengah ke bahagian kabinnya, MPV bukan nasional terlaris ini mendapat kemasan berwarna hitam, memberikan ruang dalamannya yang luas itu dengan gaya sporty. Penampilan itu diserlahkan lagi melalui dial instrumen dengan latar berwarna putih agar lebih mudah dibaca. Varian 1.8L juga hadir bersama satu unit pemain audio dengan ciri input Auxiliary untuk kegunaan alat audio mudah alih.

Grand Livina baru ini dijana oleh unit enjin petrol empat silinder aluminium sepenuhnya buatan Nissan yang telah terbukti prestasinya iaitu enjin HR16DE 1.6L (77kW/105ps @ 5,200rpm; 150Nm @ 4,400rpm) dan MR18DE 1.8L (93kW/126ps @ 5,200rpm; 174Nm @ 4,800rpm) yang menawarkan penjimatan bahan api menakjubkan tanpa mengorbankan aspek prestasinya.

Nissan Grand Livina 2011.02

Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

1.6 MT – RM86,800

1.6 AT – RM89,800

1.8 AT – RM98,800

Nissan Grand Livina baru ini juga didatangkan bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km (yang mana tiba dahulu).

Silakan kongsi:

12 comments

Skip to comment form

  1. Aritu ade sebijik siap dah lowered…smart

    • Alteja on 13/06/2011 at 9:12 AM
    • Reply

    Kekadang aku keliru, kejap nampak macam Alza keta nih, cuma dia panjang sikit kot…..

    • belalang_kontot on 13/06/2011 at 9:46 AM
    • Reply

    row blakang skali tu kurang selesa berbanding exora…cuma selesa sket dari alza…ni pengalaman nek livina sepupu gua la…papepun tahniah nissan sebab tukar interior dalam jadi warna gelap…kalo tak lepas beberapa bulan pakai dah macam keter offroad lak gua tengok…comot2…sangat tak sesuai interior warna cerah kalo ada 5 orang anak yg berumur 2-7tahun…huhu

    • basikal on 13/06/2011 at 9:56 AM
    • Reply

    dalaman itam …itu yg menawan…..wish ato ini..mana lg baekk huhuhuhu

    • Alteja on 13/06/2011 at 2:17 PM
    • Reply

    Grand Livina la lahi baeek.. Tapi, Wish lagi bergaya la macam Veyron MatPon vs Celica TA28

    • NGAH on 16/06/2011 at 10:17 AM
    • Reply

    CAYOK..CAYOKK… GUA LAU WANE ITANG NGAN CEKELAT NI MEMANG TABIK GLER… SYABAS.. MAI SEBIJIK…

    • amir.din on 14/09/2011 at 10:37 PM
    • Reply

    apa beza gl dgn impul..tgok same je..

    • bigboy on 14/04/2012 at 1:50 PM
    • Reply

    interior ok,handling tiptop but bodydesign maybe 4 old person la.. if u got a creative modifications mayb can be superb.. mayb can be a trendy vehicels someday.. who knows>>>?

    • aberq on 19/07/2012 at 5:51 PM
    • Reply

    xsabar nk tggu. ..loan dah lulus..1.8. ..bila nk sapai wei..

    • abgmie on 09/10/2012 at 3:47 AM
    • Reply

    Dah booking sebuah…1.6 auto…sebelum nie pakai exora cps, makan petrol minyak,pickup teruk pakai setahun dah mcm2 ragam…sapa pakai tau lah.

    • girl sporty on 18/11/2012 at 9:26 PM
    • Reply

    as;salam

    i nk angkut grand livina 1.8 a/t…give me advise ok r ko

    • girl sporty on 18/11/2012 at 9:29 PM
    • Reply

    i gabungkan accessories autech masuk kat 1.8…beza just bodykit n accessories je sebenarnya……yg lain sama je ma….

Leave a Reply to CaparZoCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.