MRC Kangar 2012: Karamjit Juara!

Karamjit Singh, pelumba rali tersohor negara telah menjuarai pusingan kedua Kejohanan Rali Malaysia di Kangar pada hujung minggu lepas. Karamjit yang merupakan juara bertahan mencatatkan masa terpantas pada kedua-dua hari perlumbaan dengan jarak total kira-kira 125km yang merangkumi 16 peringkat perlumbaan.

Bersama jurupandu arah Nicole Ann Gill dengan kereta Mitsubishi Lancer, pasangan itu mencatat masa 1jar 20:50.7 saat di hadapan pasangan dari New Zealand iaitu Brian Green dan Fleur Pedersen dengan kereta Subaru Impreza. Di tempat ketiga pula ialah Muhammad Rafiq Udhaya dari pasukan MRU Racing.

Sementara itu, Fan Fan pelumba rali terkenal dari China gagal untuk berlumba di Kangar apabila kereta Mitsubishi Lancernya yang berharga jutaan ringgit gagal untuk mendapat pelepasan kastam. Beliau bagaimanapun tidak berputus asa dan akan berlumba kembali pada pusingan akan datang.

Karamjit pula bakal menggunakan kereta baharu iaitu Mitsubishi Lancer yang berusia tiga tahun dari New Zealand yang ditaja oleh GSR Repsol Air Asia.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.