MRC 4: Saladin Juara! Karamjit 2, Guna 3!

MRC0401

1 November, 2009, Sepang – Saladin Mazlan dan jurupandu arah, Arish Qutb dari Pasukan Rali Felda menjuarai pusingan 4 Kejuaraan Rali Malaysia [MRC]. Beliau yang memandu Proton Gen.2 4WD turbo mencatat masa 1 jam 23 minit 50.1 saat turut membawa pulang trofi juara bagi kategori 4WD dan P12.

Saladin memulakan Leg 2 dengan 24.4 saat di hadapan juara bertahan, Karamjit Singh dan jurupandu arah Jagdev Singh dari GSR Pennzoil Racing Team dengan kereta Mitsubishi Lancer Evolution 8. Karamjit menamatkan perlumbaan 20.1 saat di belakang Saladin.

MRC006

“Kami terpantas hari ini dan memenangi Leg 2 tapi masih gagal menebus kekalahan kelmarin. Paip turbo kereta kami bocor dan dikesan sewaktu servis rehat yang menyebabkan kami perlahan sebelum itu. Selepas dibaiki, kami telah mencuba bersungguh-sungguh namun masih gagal untuk mengejar,” kata jurupandu arah Karamjit, Jagdev Singh.

“Saladin telah memandu dengan hebat dan melakukan kerja yang baik,” tambah Jagdev. “Sudah lama kami tidak menghadapi saingan sengit macam ini. Inilah rali sebenar!”

MRC001

Ternyata Saladin sangat gembira dengan keputusan ini selepas menjuarai dua pusingan berturut-turut selepas MRC pusingan 3, Ogos lepas. “Kami berlumba habis-habisan tetapi masih lagi terkawal. Saya fikir masih ada baki lagi 10 peratus kekuatan yang disimpan semasa berlumba, jadinya rali selepas ini persaingan akan bersambung,” Kata Saladin. “Memenangi pusingan ini memberikan kami perasaan yang bagus.” Pusingan akhir MRC akan berlangsung di Perak pada 5 dan 6 Disember akan datang.

MRC005

Kedua pendahulu tersebut meninggalkan jurang yang besar antara Gunaseelan Rajoo dari GSR Pennzoil Racing Team dan Muhammad Rafiq Udhaya dari MRU Motorsports yang masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan keempat. Guna menamatkan perlumbaan dengan 10 minit 57 saat di belakang Karamjit manakala Rafiq 44 saat di belakang Guna.

MRC003

Rafiq sebenarnya menamatkan Leg 1 dengan tempat ketiga tetapi ketinggalan apabila beliau telah melanggar pokok semasa Special Stage [SS] 19 seterusnya memberi laluan kepada Guna untuk menduduki podium. Rafiq membawa pulang trofi kategori N4.

MRC007

Pemandu junior, Faidzal Alang menamatkan perlumbaan dengan menjuarai kategori P10 dan Junior MRC 2009. Faidzal adalah juara rancangan realiti TV Malaysia’s Next Rally Champion, Zero.2.Hero. Beliau telah menjangkaui jangkaan orang lain dan pastinya mempunyai masa depan cerah dalam dunia rali. “Saya harap saya akan menjadi inspirasi kepada peserta musim 2 Zero.2.Hero,” Ujarnya gembira.

MRC008

Juara kategori P9 pula adalah pasangan adik beradik ‘persendirian’ Jamaluddin dan Rozita Tukimin.

MRC pusingan 4 ini diadakan di Ladang KLIA, Sepang. Peserta menamatkan 20 SS dengan jarak keseluruhan 481.08 km selama 2 hari.

MRC010

Untuk lebih gambar ‘stim’ jemputlah ke mukabuku GT.

Teks: Malaysianrally.com

-Mak Uia-

Ps: “Pada 1 selekoh saya sempat tengok kelajuan Karamjit, masa tu jarum habis meter,” cerita Jagdev pada saya.

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

  1. Rozita Tukimin…?…..heemmmmmmm……bujang ke?

    • kete_hitam on 02/11/2009 at 10:18 PM
    • Reply

    cayalah saladin….

    • bunta889 on 02/11/2009 at 10:32 PM
    • Reply

    bravo..bravo…bila majalah kereta nak kuar ni?..hhmmmm

    • teamsleep on 03/11/2009 at 12:12 AM
    • Reply

    sorry double post!!!

    http://rallypert.blogspot.com/2009/10/shakedown-tanamera.html

    • lesen_L on 03/11/2009 at 8:51 AM
    • Reply

    baru le ada saingan…pas ni boleh le dgr nama org lain plak bile sebut pasal rally…takkan Karamjit je kan…

    • shah_mivec on 03/11/2009 at 9:37 AM
    • Reply

    huhu gen2 bukan sebarang gen2…

    • on 03/11/2009 at 1:44 PM
    • Reply

    Firza
    Tanya Mak Uia. Gua tak kenal.

    kete_hitam
    Yer. Dia kim salam, tanya bila nak race dgn gua.

    bunta889
    Tanya Mat Kacau. Dia suka tido. Hari-hari.

    teamsleep
    Ha ok.

    lesen_L
    Ntah, asyik-asyik nama gua, hairan juga tu.

    shah_mivec
    A’a, tapi Gen.2 ni dia pakai turbo bukan mivec. Laju wo.

  2. majalah kereta NOV 09′ xde pn..??

    • Faidzal on 03/11/2009 at 6:21 PM
    • Reply

    thanks for the article and nice photo…

  3. lega dh dapat mag KERETA NOV 09′..(setelah 4-5 kdi mag disekitar dmsara wa usha line)

  4. Mengenai kereta Evo 3 (Proton Wira 4WD) tu. T-Bone collision langgar pokok.

    • teamsleep on 03/11/2009 at 11:11 PM
    • Reply

    http://wheelspin-malaysia.forummotion.com/

    • luqae on 06/11/2009 at 1:09 PM
    • Reply

    mak ! apa citer psl keta jmt yg accident tu? dgr berita buruk dari navi dia?

Leave a Reply to shah_mivecCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.