MR10: Muhammad Rafiq Ketiga Piala Asia!

MRU Motorsports

Rali Malaysia 2010 berlangsung dengan jayanya sepanjang 3 hari hujung minggu lepas. 3 hari dengan cuaca tidak menentu, pemenang sebenar adalah penonton yang tidak berganjak tidak kira  hujan atau panas.

Alister McRae yang memandu Proton Satria Neo S2000 memulakan kempen sulung tim Proton R3 dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik [APRC] musim 2010, pada hari pertama beliau memandu dengan cemerlang, mengalahkan jentera turbo lain seperti Mitsubishi Evo 10 dan Subaru Impreza.

Proton Satria Neo S2000

Alister dan jurupandu arah, Bill Hayes memenangi hari pertama [Leg 1] dengan 27 saat di hadapan pemandu Jepun, Katsu Taguchi dan jurupandu arah Mark Stacey dengan Mitsubishi Lancer Evo 10. Dengan kemenangan tersebut peluang podium adalah 50-50, pada hari kedua [Leg 2] kemenangan yang hampir pasti kini musnah! Pada peringkat 10 [Special Stage] dengan lagi 6 SS untuk tamat  loncatan [jump] yang hebat dengan pendaratan bampar di atas tanah telah menyebabkan radiator Neo S2000 jahanam dan terpaksa bersara. Taguchi tidak memandang ke belakang dan terus merebut peluang membawa pulang kejuaraan dengan masa total 3 jam 19 minit 07.7 saat dalam perlumbaan sejauh 589km di Johor Bahru dan Ladang Tai Tak, Kota Tinggi.

MR10Leg02.110

“Kemalangan biasa berlaku dalam rali dan boleh memusnahkan terus perlumbaan anda. Ianya pernah terjadi pada saya sebelum ini. Hari ini adalah hari saya mungkin. Tapi sejujurnya saya mengakui yang Alister mempunyai kereta yang sangat pantas dan untuk saya rapatkan jurang adalah sangat sukar. Tambahan pula kami perlu berdepan dengan trek sukar dengan pelbagai cabaran, terutama sekali keadaan trek,” kata Taguchi.

Kegagalan terus menimpa tim Proton R3 apabila seorang lagi bekas pemandu dan jurupandu arah World Rally Championship [WRC], Chris Atkinson dan Stephane Prevot apabila kereta mereka mengalami masalah elektrik pada awal perlumbaan.

“Beginilah rali. Anda boleh mempunyai hari yang sempurna dan berdoa mengharapkan segalanya bagus untuk hari seterusnya. Tetapi kadangkala ianya tidak terjadi begitu,” kata Alister.

MR10Leg02.116

Pemandu dari India, Guarav Gill dan jurupandu arah Glen Macneall dari New Zealand yang turut memandu Mitsubishi Evo 10 menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Kemenangan tersebut menjadikan podium 1-2 untuk MRF Tyres. Di tempat ketiga pula ialah pemandu dari Indonesia, Rifat Sungkar dengan Subaru Impreza WRX manakala Muhammad Rafiq Udhaya dengan kereta sama di tempat keempat.

MR10PrizeGiving.083

Buat Muhammad Rafiq, memenangi tempat keempat dikalangan pelumba antarabangsa sangat memuaskan hatinya. “Saya orang baru dalam rali dengan hanya empat tahun pengalaman dan menjadi penamat terbaik di kalangan peserta Malaysia adalah suatu lonjakan dalam karier saya. Saya memandang ke hadapan untuk ke APRC di Hokkaido Jepun pada bulan Mei dan melihat sejauh mana kedudukan saya,” kata Muhammad Rafiq yang turut memenangi Piala Asia [Asia Cup].

MR10PrizeGiving.114

Pencapaian Muhammad Rafiq sebenarnya telah membayangi pemandu kegemaran ramai, Karamjit Singh dan harapannya untuk menang Kejuaraan Rali Malaysia yang kesebelas. Tetapi masalah yang bertimpa-timpa ke atas Mitsubishi Evo 8 nya telah membantutkan harapannya.

Keputusan Rali Malaysia 2010 [MR10]:

Rali Malaysia:

  1. Katsu Taguchi, Mark Stacey/Mitsubishi Lancer Evo X, MRF Tyres
  2. Gaurav Gill, Glen Macneall/Mitsubishi Lancer Evo X, MRF Tyres
  3. Rifat Sungkar, Scott Beckwith/Subaru Impreza WRX, Pertamina Rally Team
  4. Muhammad Rafiq Udhaya/Subaru Impreza WRX, MRU Motorsports
  5. Chris Atkinson, Stephane Prevot/Proton Satria Neo S2000, Proton R3 Malaysia

Kejuaraan Rali Asia Pasifik Pusingan 1:

  1. Katsu Taguchi, Mark Stacey/Mitsubishi Lancer Evo X, MRF Tyres
  2. Gaurav Gill, Glen Macneall/Mitsubishi Lancer Evo X, MRF Tyres
  3. Rifat Sungkar, Scott Beckwith/Subaru Impreza WRX, Pertamina Rally Team
  4. Chris Atkinson, Stephane Prevot/Proton Satria Neo S2000, Proton R3 Malaysia

Piala Asia Pusingan 1:

  1. Gaurav Gill, Glen Macneall/Mitsubishi Lancer Evo X, MRF Tyres
  2. Rifat Sungkar, Scott Beckwith/Subaru Impreza WRX, Pertamina Rally Team
  3. Muhammad Rafiq Udhaya/Subaru Impreza WRX, MRU Motorsports

Kejuaraan Rali Malaysia Pusingan 1:

  1. Muhammad Rafiq Udhaya, Sean F. Gregory/Subaru Impreza WRX, MRU Motorsports
  2. Andrew Miller, Manohar Menon/Subaru Impreza WRX, MRU Motorsports
  3. Jamaluddin Tukimin, Rozita Tukimin/Proton Satria 1.3
  4. Francis Lai Yew Gua, Ong Boon Keat/Proton Satria 1.6/MRU Motorsports
  5. Wan Mohd Hafiz Wan Mohd, Syed Mohd Jefri Tuan Ahmad/Proton Satria 1.3

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

  1. Syabas Boss…syabas!!!

    • on 27/04/2010 at 9:07 AM
    • Reply

    erm…tak tau dah nak komen ape

    • 5ruz on 27/04/2010 at 10:13 AM
    • Reply

    pemandu M’sia x da yg naik podium kali ni, tp x pe Tengku Djan naik podium tu hari mase Formula Drift kat S’pore

    • on 27/04/2010 at 10:21 AM
    • Reply

    MRU tu tim Malaysia, podium Piala Asia – APRC

    • on 27/04/2010 at 4:26 PM
    • Reply

    Gua tak paham la…dah 2 kali ade org komen tiru ayat gua bulat2…Skru G.T…ape cer nih??

    • gengsawantengokrally on 27/04/2010 at 8:30 PM
    • Reply

    aper mat xde gmbar bukak baju tgk rally…..

    • pendita_gila on 27/04/2010 at 9:15 PM
    • Reply

    caparzo
    maknenye lu famos laa ada org tiru lu

  2. mcm bangang la spammers ni…

    • on 27/04/2010 at 11:19 PM
    • Reply

    sah…mmg ade masalah la dgn spammers ni

  3. caparzo
    maknenye lu famos laa ada org tiru lu

    • mae c70 on 28/04/2010 at 10:42 PM
    • Reply

    dari atas smapai bawah aku bace..
    br perasan rifat ade sedare name die rifat sungkat
    hahaha

Leave a Reply to ex-Z2HCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.