MR10 Leg 1: Alister di Depan!

aprc2010_LEG1B

Jika segalanya berjalan lancar hari ini, pemandu tim Rali R3 Proton Malaysia, Alister McRae mungkin boleh menaiki podium Kejuaraan Rali Asia Pasifik [APRC]. Beliau kini mendahului peserta lain dalam Leg 1 dalam kejuaraan yang berlangsung di Estet Tai Tak, Kota Tinggi.

Proton Satria Neo S2000

Alister dan jurupandu arahnya, Bill Hayes mengemudi Proton Satria Neo S2000 dengan cemerlang dan mendahului pemandu Jepun, Katsu Taguchi dengan kelebihan 27 saat. Masa total Alister ialah 2 jam 4 minit dan 16.9 saat manakala Taguchi yang memandu Mitsubishi Lancer Evo X pula bertarung sengit dengan pemandu India, Guarav Gill yang turut memandu Evo X dan di tempat ketiga.

MR10Leg01.082

“Saya fikir segalanya berjalan lancar untuk kami. Kami memang menjangkakan trek ini rumit dan hujan mungkin merumitkan lagi keadaan. Tetapi nampaknya tiada hujan sehinggalah penghujung perlumbaan,” kata Alister. Beliau sempat menamatkan perlumbaan sebelum hujan semakin lebat dan nampaknya peserta lain di belakang perlu berusaha keras untuk mengejar kemenangan.

“Katsu adalah pesaing yang berpengalaman dan beliau mempunyai kereta yang bagus. Masih banyak lagi perlu ditempuhi dan saya harap dapat mengekalkan penguasaan,” tambah Alister.

MR10Leg01.126

Walaubagaimanapun, prestasi rakan sepasukan Alister iaitu Chris Atkinson dan jurupandu arah, Stephane Prebot tidak berapa baik. Kereta mereka mengalami masalah elektrikal pada [Special Stage] SS 1 dan mengambil masa 17 minit untul diperbaiki. Beliau kemudiannya dikenakan penalti masa dan  ketinggalan walaupun selepas itu beliau berlumba dengan cemerlang.

Pemandu tempatan, Karamjit Singh terpaksa menamatkan saingannya di peringkat awal perlumbaan. Kereta Mitsubishi Evolution 9 nya mengalami masalah mekanikal yang terjadi hanya 2 kilometer selepas Special Stage [SS] 1.

MR10Leg01.033

“Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku hari ini. Kedua kami memandang ke hadapan untuk perlumbaan dan penamat yang bagus. Sekarang ini keadaan adalah tidak menentu. Kereta boleh disiapkan  tetapi saya tak boleh pastikan bagaimana responnya esok,” kata Karamjt yang memandu  untuk GSR Pennzoil Racing.

MR10Leg01.009

Cabaran negara kini digalas Mohd Rafiq Udhaya yang memandu Subaru Impreza dari tim MRU Motorsports, beliau semalam menamatkan perlumbaan di tempat kelima keseluruhan.

Kepada sekutu, nantikan perkembangan seterusnya.

Teks & Foto: MalaysianRally.com & GT

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

15 comments

Skip to comment form

    • jelapangPadi on 25/04/2010 at 8:59 AM
    • Reply

    kesian kat evo ngn impreza, kena belasah kaw2 punya…
    ..tu la,degil,gua nk jadi owner korang xnaakkk!!!

    • pendita_gila on 25/04/2010 at 9:00 AM
    • Reply

    org luar guna kereta malaysia tapi rakyat kita guna kereta luar pe cite????

    • ala lingkup on 25/04/2010 at 9:28 AM
    • Reply

    orang kita mana nak pakai keta malaysia “power window problem” katannya

    • AcanCapik on 25/04/2010 at 10:32 AM
    • Reply

    walaupun kereta satria neo tu kereta tempatan, tapi tgk la sape yg tuning. kalau nak buat kasi power camtu ntah berapa ratus ribu lak nak kena habis. so pakai la kereta luar yg dah sedia power…

    • azwan nbs on 25/04/2010 at 11:22 AM
    • Reply

    satria neo tu pakai enjin ape ye…???takkan masih secret lagi kot….

    • Shappawi_2012 on 25/04/2010 at 12:20 PM
    • Reply

    Neo S2000 tu pkai enjin renault 1.8 yang pernah di jual dalam waja 1.8 FBW tu…dibore smpai naik 2.0

    • Joule on 25/04/2010 at 1:06 PM
    • Reply

    Neo tu ditala/di’setting’/di’modified’ oleh Mellors Elliot Motorsport.. Company yg support team PERT dulu2..
    try google ‘memuk’..

    • zamani on 25/04/2010 at 4:08 PM
    • Reply

    kalau chasis x bagus x menang jugak abg2 oi..klw katenye chasis neo nih x power,knaper omputih bekas penjajah nenek moyang kita ni guna kereta melayu nih ,,,sampai bila nak kutuk bangsa korang sendiri,jangan cakap saje lbey,tapi tindakan utk bantu proton x de…pergi blaja betul2 then masuk keje kat proton,bantu proton…jgn asyik komen2 je,…sy x mahu anak2 bangsa saya terus termakan dengan komen2 negatif terhadap proton,,,saya sekarang sedang study kos kejuruteraan dan saya akan apply utk bekerja d proton satu masa nanti,saya mahu bantu proton…kerana proton adalah warisan bangsa saya…..

    • 5ruz on 25/04/2010 at 5:39 PM
    • Reply

    gua da pegang S2000 semalam

  1. boring ahh. x abis2 nak komplen pasal jenama tempatan. ako bukak topik ni sebab nak baca update rally, bukan pasal ni. kalau asek cite komplen jer…sampai kiamat pun rasanya x abis.

    back to the topic please…

  2. wah

    bersemangat si zamani ni hehehehe .. ko study engineering field apa? jgn keluar jadi jurutera bunyi lak ..

    btw. support NEO s2000 walaupun out tapi aku suka trademark S2000 ..mengingatkan aku pada keter idaman ku hehe

    • speed on 26/04/2010 at 6:06 PM
    • Reply

    kenapa pakai evo bukan neo? aha neo tu harga rm 1.5m, tu org malaysia x pakai, org putih tu dibayar utk bwk. so lagi murah and berbaloi buat kereta evo utk rally mcm aprc dan mrc. kalau WRC and IRC tu neo tu mmg berbaloi.

    • pendita_gila on 26/04/2010 at 7:58 PM
    • Reply

    sepat lu dah lari tajok…plzzzzz hahahah

    tp honda s2000 mmg mantap

    • Joule on 27/04/2010 at 2:33 AM
    • Reply

    Zamani : Lu bukan dh jadi artis ke..

    • anon_nimbus on 29/04/2010 at 2:00 AM
    • Reply

    speed:btul3..kalau la lagi banyak sponsor utk rally event tempatan,alangkah meriahnye

Leave a Reply to ala lingkupCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.