Motor Tak Berapa Besar Jo!

Yamaha EC-03.01

Di UK sekarang ini geng-geng pembuat motosikal sedang sibuk bersiap-siap untuk Carole Nash Motorcycle Live, pameran motosikal yang diadakan di Birmingham pada 27 November hingga 5 Disember ini. Jadi banyak juga siaran media yang saya terima dan antaranya ialah mengenai motor bersaiz kecil. Sekarang ini motor kecil dah jadi trend, tengok saja berapa banyak penunggang KSR atau pun MADASS, kalau nak ikut harga tak murah tapi kalau dah minat apa ada hal.

Yamaha EC-03 adalah skuterik [skuter elektrik] yang akan membuat penampilan sulung pada pameran ini. Memang slim dan kompak tetapi katanya bertenaga untuk mengharungi kesesakan trafik. Motor elektrik memang bagus sebab minyak naik sampai RM100 seliter pun apa nak kisah cuma jangan naik tarif elektrik sudah. Dalam pasaran 1Malaysia hanya masa yang akan menentukan bila kenderaan elektrik akan menjadi lambakan. Cukai pun dah kurang jo.

Piaggio Typhoon.02

Pembuat Itali, Piaggio turut serta dalam pameran dengan melancarkan model Typhoon 125cc. Motor ini digayakan semula untuk lebih nampak moden, sporti dan dinamik. Jenama ikonik Vespa juga akan memperkenalkan beberapa model edisi terhad dan akan diumumkan juga mengenai kemunculan semula lagenda ini.

Moto-Rama SK-125.03

Pernah dengar Moto-roma? Saya baru pertama kali dengar dan model di atas namanya SK-125. Motor ini telah diuji untuk memastikan ianya boleh dipercayai dan tahan lasak sesuai dengan kegunaannya sebagai motosikal komuter. Komuter merujuk kepada motor ulang-alik atau harian. Baii guna Modenas CT100 untuk ke sana-sini.

Daelim Bad-Boy B-Bone.04

Yang ini pula Daelim Bad Boy B-Bone, skuter paling stailo sekali. Walaupun nampak kecil dan macam motor mainan tetapi enjinnya bersaiz 125 cc empat lejang dan boleh bikin banyak pembuat motor di Malaysia malu, enjin Daelim ini guna suntikan minyak [fuel injection]. Naza banyak jenama semula Daelim dan kalau mereka bawa masuk Bad Boy ini saya rasa ada harapan boleh laku keras.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • selipor japan on 07/11/2010 at 8:36 AM
    • Reply

    ex5 xde ke???

  1. SP

    Haha, tak ada pulak tapi yang gua tau kapcai memang ada kat UK.

    • madee on 07/11/2010 at 12:03 PM
    • Reply

    gua layan c70 he..

    • azwan nbs on 07/11/2010 at 12:34 PM
    • Reply

    kriss takde ke…takkan skuter je kot…boing arr perah je trotel tapi takde gear nak masok…

    • 5ruz on 08/11/2010 at 1:41 AM
    • Reply

    Agak2 akn dtg Mat Rempit moden diaorg tau x ape 2 Two Stroke dgn Four Stroke…?
    Skuter Piaggio 2 da mcm Naza Gemilang jek….

  2. gua minat motor tapi lesen takde so keluarkan moto yang tak perlu amik lesen boleh? jgn ckp moto budak2 tu gua lempang nanti

    • belalang_kontot on 08/11/2010 at 11:05 AM
    • Reply

    kalo naza wat takut tak tahan jela moto2 ni…

    • e-pi on 08/11/2010 at 2:02 PM
    • Reply

    wa layan lagenda…moto ulang alik ke tmpat keje

  3. Gua tak layan motor. Tapi gua sukeee naik motobot. Enjin Yamaha. Preng preng preng.

    • milo on 18/01/2012 at 9:07 AM
    • Reply

    europe dah start miskin… tu sbb jual moto kecik

    • orgill on 02/11/2012 at 12:07 AM
    • Reply

    bwk je msk pe moto pun janji murah. klau mahal sgt suruh je tauke kedai tu pkai sendiri

Leave a Reply to belalang_kontotCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.