MMER 2010: Tunku Hammam Menang Kali Kedua!

MMER2010.08

Pelumba lokal, Tunku Hammam Tunku Sulong memenangi Perlumbaan Merdeka Millennium Endurance [MMER] melalui timnya sendiri, Arrows Racing dengan mengalahkan tim kegemaran dari Audi di litar Sepang kelmarin. Berpasangan dengan bekas juara GT3 Eropah, Christopher Haase dan pemandu handal dari Belanda, Peter Kox dengan kereta Lamborghini LP560, kesemua mereka memandu dengan cemerlang. Tim bermula pada grid kedua dan mula mendahului dengan memintas tim Porcshe Club Singapore Racing 3 jam selepas perlumbaan.

MMER2010.03

Tim Audi Race Experience Joest yang terdiri dari pemenang LeMans, Frank Biela dan Marco Wenner dan pemandu World Touring Car Championship, Daryl O’Young sekadar berpuas hati di tempat kedua.

Memenangi perlumbaan dengan 315 pusingan bermakna Arrows Racing berjaya memecahkan rekod MMER pada tahun 2008 dengan 308 pusingan oleh Porcshe Club Singapore Racing.

MMER2010.04

Kelas Sports Production pula dimenangi oleh Team Tracy Sports yang dipandu oleh Masatama Kawaguchi, Masayuki Ueda dan Adam Han dengan kereta Honda S2000. Dalam kelas Touring Production, ianya berita menggembirakan untuk Honda Malaysia Racing apabila Eddie Lew, Aaron Lim dan Rueben Wong menjadi juara, mereka memandu Honda Civic Type R manakala di tempat kedua adalah HKS Garage R dengan kereta Honda Itegra DC5. Dominasi Honda.

MMER2010.09

Dalam perlumbaan yang penuh dengan drama dan ketegangan, nasib malang terus menghantui tim Empire Motorsports untuk tahun ketiga apabila kereta Lotus 2-11 mereka terbakar semasa mengisi minyak dan cabaran tim terus tamat selepas hanya 56 pusingan. Tahun lepas masalah elektrikal menyebabkan enjin kereta terbakar dan pada tahun 2008 nut roda patah pada jam terakhir perlumbaan.

MMER2010.01

Juara tahun lepas, tim Petronas Syntium dengan pemandu Tatsuya Katoaka, Fariqe Hairuman dan Melvin Moh gagal menamatkan perlumbaan pada baki 80 sebelum perlumbaan tamat. Masalah mekanikal menyebabkan kereta BMW Z4M mereka terkeluar.

Selain dari itu, walaupun terpantas pada ujian kelayakan kelas Sports Production itu tidak mencukupi untuk Fairuz Fauzy dan tim Mofaz Racing apabila mereka yang terawal bersara pada pusingan 30 apabila enjin Aston Martin mereka blow!

Keputusan MMER 2010:

Kelas GT

  1. Tunku Hamman/Christopher Haase/Peter Kox, Arrows Racing, Lambo LP560: 315p
  2. Frank Biela/D. O’Young/M.Werner, Audi Race Experience Joest, Audi R8 LMS: 314p
  3. N.Taniguchi/M.Yanagida/Imran Zaharia, Petronas Syntium Team, BMW Z4M Coupe: 308p

Kelas Sports Production

  1. M.Kawaguchi/M.Ueda/Adam Han, Tracy Sports, Honda S2000: 273p
  2. T J Chin/J P Chin/Jeffrey Wong, Team JPM Dragon 1, Porsche GT3: 271p
  3. Patrick Ng/K H Khoo/Marcus Chey, Lotus 2-11: 265p

Kelas Touring Production

  1. Eddie Lew, Aaron Lim, Ruebens Wong, Honda Malaysia Racing Team, Honda Civic Type R: 281p
  2. Lai Wee Sing/Moh Yze Yang/Kelvin Phon, HKS Garage R Racing, Honda Itegra DC5: 274p
  3. M.Nazir/M.Ridzuan/Khairul Anwar, Team Brothers In Racing, Honda Integra DC5: 265p

Untuk keputusan penuh, klik: di sini!

Jika ada kategori pembuat semestinya Honda adalah juara manakala Jerman pula juara negara!

Sumber: SIC

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • jelapangPadi on 09/08/2010 at 9:03 AM
    • Reply

    terbaikk…taniah buat tim tunku hamman…’lambu’ tuu.
    dan fd2r…lazattt..

  1. pergh…gerun tgk kete Lotus terbakar…

    • cb400vtec on 09/08/2010 at 12:32 PM
    • Reply

    ade crew yg trbakar guling2 kt blkg 2 xde spe nk sembur..de ke sembur kete dulu..apara…

    • megat putra kuning on 09/08/2010 at 12:33 PM
    • Reply

    Kita hanya mampu mengucapkan tahniah,congratulation n pelbagai lg..namun hakikatnye..pedih..sedih..hanya yg berduit,bermoney,berpitih shj yg layak.lagi le ada title.bile la nk tgk driver japan gt ank malaysia tp mak bapak tnm sayur kat kg?

    • megat putra kuning on 09/08/2010 at 12:37 PM
    • Reply

    Salah ke aku ckp?jgn pandang rndh jaguh2 kg ni…smgt diaorg lbih kuat dari semangat ank2 dato’,tansri,n yg sewaktu dgnnyer..

    • azwan nbs on 09/08/2010 at 6:19 PM
    • Reply

    tak salah megat…
    memang benar pon…

    • megat putra kuning on 09/08/2010 at 6:35 PM
    • Reply

    Jd apakata gov kte ikut stail ireland ke germany ke jepun ke,ambil mane2 org m’sia kita ni jd driver resing.kalau ank2 org berduit xpuas ati,jom g track.amacam?ada brani?

    • Jack on 09/08/2010 at 6:58 PM
    • Reply

    setuju!! xkan org kaya saja ble rasa trek pastu dpt nama masuk paper??

  2. dh tu mende tggu lagi,baii..suggest kat gomen aku cdgkan ni.suruh mat pon nge mat kacau pegi panjat pejabat belia n sukan

    • belalang_kontot on 13/08/2010 at 2:54 PM
    • Reply

    tak silap gua sepuluh tahun lepas mase mme diperkenalkan, keter2 yg masuk kbnykan individu…putra, satria dll…masu tu gua kagum ngn anak2 malaysia…em…

Leave a Reply to JackCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.