MINYAK ENJIN PETRONAS SYNTIUM SE BAHARU DAN EKSKLUSIF UNTUK PROTON

photo-2

PROTON Holdings Bhd dengan kerjasama PETRONAS hari ini melancarkan rangkaian eksklusif minyak enjin PETRONAS Syntium SE untuk kereta-kereta Proton. Minyak enjin ini dikeluarkan khusus berdasarkan formula eksklusif untuk mengoptimumkan prestasi kereta Proton dan pada masa yang sama memperbaiki kos pemilikan kereta untuk jangka masa panjang.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah YBhg Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, En. Zubair Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricants Marketing (M) Sdn Bhd (“PLMM”) dan Pengurusan Kanan dari pihak PROTON dan PETRONAS.

Dengan pembaharuan minyak enjin bagi kereta Proton, PETRONAS menangani isu-isu terkini yang dihadapi para pemandu pada hari ini. Ketika kereta bergerak, pemandu tidak sedar bahawa suhu enjin meningkat secara berterusan, terutamanya semasa kesesakan lalu lintas, memandu di cerun yang curam dan secara laju di lebuh raya. Akibatnya, ia memberi kesan kepada enjin dalam jangka masa panjang. Dengan itu, adalah penting untuk pemandu menggunakan minyak enjin yang bersesuaian untuk menangani tekanan situasi pemanduan masa kini.

PROTON, dengan kerjasama PETRONAS, mengambil langkah ini untuk memperbaiki pengalaman pelanggan dan memberikan lebih nilai melalui pengenalan rangkaian minyak enjin eksklusif untuk kereta-kereta Proton. Rangkaian PETRONAS Syntium SE ini boleh didapati di semua pusat servis PROTON yang diiktiraf. Pengenalan ini merupakan bukti inisiatif Pelanggan Diutamakan dengan menyediakan nilai yang lebih baik kepada pelanggan bukan sahaja dari segi pengeluaran kereta yang lebih baik malah prestasi dan perlindungan untuk kereta mereka.

Pengenalan rangkaian minyak enjin eksklusif yang baharu ini akan memberi nilai yang lebih baik untuk para pelanggan bagi jangka masa pendek dan panjang. Di bawah kerjasama ini pemilik kereta Proton akan menikmati penjimatan sehingga 20% untuk servis yang berikutnya di pusat servis PROTON Edar.

petronas-syntium-se-engine-oils

Terdapat 3 pilihan baharu untuk pelanggan kami: PETRONAS Syntium 3000 (5W-30) fully synthetic; PETRONAS Syntium 800 (10W-30) semi-synthetic atau PETRONAS Syntium 500 (15W-40) yang berasaskan mineral. Ini adalah rangkaian-rangkaian yang disyorkan oleh PETRONAS dalam memberikan prestasi optimum untuk pemanduan yang selesa. Servis berkala bagi kesemua kereta Proton adalah 10,000 km dan ini digunapakai untuk semua jenis minyak enjin, termasuk minyak enjin PETRONAS Syntium SE baharu.

“Dengan adanya rangkaian minyak enjin PETRONAS Syntium SE yang eksklusif, para pelanggan kami dapat menikmati lebih nilai apabila menghantar kereta mereka untuk diservis di mana-mana pusat servis PROTON yang diiktiraf.Tambahan pula, mereka akan mengalami pemanduan yang lebih baik dari segi prestasi kereta, pada kos penyelenggaraan yang lebih rendah,” kata Dato’ Fuaad.

“Rangkaian minyak enjin yang eksklusif untuk kereta-kereta PROTON dari jenama PETRONAS Syntium ini adalah direka khusus dengan teknologi oCoolTechTM yang membantu melindungi dari kenaikan suhu yang melampau, menjadikan enjin kereta lebih efisyen untuk pemanduan yang mudah,” tambah En Zubair.

“Langkah untuk memperkenalkan minyak enjin PETRONAS Syntium SE ini adalah sebahagian daripada usaha Syarikat untuk menyediakan pengalaman khidmat pelanggan yang lebih baik dan untuk mengurangkan kos pemilikan bagi jangka panjang kepada para pelanggan. Antara usaha pembaikan yang dilakukan termasuk meningkatkan bilangan pusat servis yang beroperasi 7-hari seminggu, dari 23 kepada 27 cawangan pada hujung tahun, untuk memenuhi permintaan servis yang semakin meningkat. Tambahan pula, para pelanggan turut dapat membuat temujanji untuk menghantar kereta mereka untuk diservis melalui aplikasi mudah alih MyProton yang boleh dimuat turun melalui platform Android serta iOS.

Lebih banyak lagi yang boleh diusahakan demi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan masa kini,” tambah Dato’ Fuaad.

Banyak daripada inisiatif-inisiatif ini telah menyumbangkan kepada keputusan Indeks Perkhidmatan Pelanggan 2016 (Customer Service Index, CSI) yang memberangsangkan apabila dinilai oleh JD Power. Hasilnya, PROTON mengalami peningkatan sebanyak 19 mata berbanding tahun sebelumnya. Penilaian-penilaian ini adalah bermakna bagi kami kerana ia membuktikan yang PROTON sedang di landasan yang betul dalam menangani pengalaman pelanggan dan memenuhi harapan mereka.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel kepada kami di customercare@proton.com. Untuk mendapatkan maklumat tambahan, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih, MyProton yang boleh didapati melalui Google Play dan Appstore.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.