Mercedes SLS AMG E-CELL

Mercedes SLS AMG E Cell005

Sekarang ini pembuat kereta berlumba untuk menghasilkan kereta elektrik terhebat masing-masing. Semuanya berlumba untuk masa depan dan boleh saya katakan yang pembuat Jepun agak ke depan berbanding pembuat Eropah. Tetapi ini tidak menghalang pembuat Eropah dari terus meneroka bidang ini. Mercedes, pembuat kereta premium semalam mengumumkan produk hijau mereka, SLS AMG E-Cell, kereta elektrik sepenuhnya.

Mercedes SLS AMG E Cell006

Matlamat pembinaan kereta ini ialah untuk menjadi kereta elektrik paling sporty. Dengan kuasa lebih kurang model SLS AMG 6.3 liter V8, model E-Cell ini berkuasa 533hp dengan tork 880NM. Dikuasakan oleh 4 buah motor elektrik yang dipasang pada setiap roda menjadikannya All-Wheel Drive dan pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya mengambil masa 4 saat sahaja.

Bateri SLS E-Cell ini adalah jenis lithium-ion berkuasa 400v dan 40 Ah. Kuasa memperlahankan supercar elektrik ini dipertanggungjawabkan oleh brek cakera seramik AMG bersaiz 402 x 39mm di hadapan manakala 360 x 32mm di belakang. Kombinasi rim dan tayar adalah bersaiz 265/35 R19 di hadapan dan 295/30 R20 di hadapan dipadankan dengan rim aloi 10 jejari AMG. Perubahan juga turut dibuat pada bahagian luaran kereta untuk lebih aerodinamik dan downforce.

Mercedes SLS AMG E Cell007

Apapun penerimaan umum, ini adalah masa depan, dan jika ianya menjadi kenyataan maknanya tiada lagi bunyi growling enjin V8. Yang ada mungkin bunyi V8 yang telah disintesiskan. Dan mungkin juga kereta Formula 1 akan dikuasakan dengan bateri. Lucu tetapi inilah teknologi mesra alam.

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • kete_hitam on July 6, 2010 at 8:16 am
    • Reply

    layan jugak….

    • Alan on July 6, 2010 at 8:37 am
    • Reply

    Aku rase byk2 kate elektrik ni yg paling laju
    Tapi warne kuning x lawa

  1. jgn tak caye satu hari nanti ekzos sporty dah takde..nak dengar kena pergi kedai music pilih selection ekzos tone yg berminat dan main kat bonet belakang hehehe

    • on July 6, 2010 at 9:00 am
    • Reply

    Kete takde ekjoz…huhu…pelik & kelakar…

    • jelapangPadi on July 6, 2010 at 3:59 pm
    • Reply

    mantap,dabomb,tp sayang xder bunyi…zuupppp…

    • azwan nbs on July 6, 2010 at 5:05 pm
    • Reply

    best2…

    • basikal on July 7, 2010 at 9:31 am
    • Reply

    nampaknye kena biasakan dengan bunyi angin je la..feel bunyi ekjosh dah tak de……

    • hafidz on July 7, 2010 at 7:00 pm
    • Reply

    mantap giller rupa keta tu…..tapi x best sbb takde bunyi V8 melalak…..

    • belalang_kontot on July 8, 2010 at 8:42 pm
    • Reply

    wau…kuning…. i laik…

    • Blood on July 9, 2010 at 11:18 am
    • Reply

    Electric and Electronic merupakan brgan export terbesar di Malaysia..mungkinkah kereta Electric akan menjadi product export utama juga? Hope so….

Leave a Reply to Blood Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.