Mazda Demio Wajah Baru Popular Di Jepun

Mazda Demio 2011.01

Hiroshima, Jepun – Mazda Motor Corporation mengumumkan yang pesanan bulan pertama untuk Mazda Demio [Mazda2] wajah baru telah mencapai 13,500 unit, sekali ganda daripada sasaran bulanan sebanyak 6,000 unit sejak pelancaran jualannya di Jepun pada 30 Jun 2011.

Pendaftaran Mazda Demio pada bulan Julai pula melebihi 10,000 unit yang merupakan model pertama Mazda melebihi jumlah itu pada satu-satu bulan sejak bulan Mac 2004. Setakat ini 70 peratus tempahan adalah untuk model gred 13-SKYACTIV yang melepasi jangkaan awal sebanyak 60 peratus. Model itu cekap bahan api dengan jarak 30km untuk setiap liter (kiraan Jepun).

Kebanyakan pembeli terdiri daripada lelaki dan wanita bujang dan mereka yang berusia lebih 40 tahun yang beralih kepada kereta kompak. Daripada respon pelanggan, mereka memilih Demio kerana kecekapan bahan api, teknologi maju dan kabin yang senyap.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

12 comments

Skip to comment form

    • Alteja on 08/08/2011 at 8:30 AM
    • Reply

    Mak/d Uia
    Aku respek dengan istilah ko ….”cekap bahan api”….
    Cekap sungguh…

  1. hati gua berbelah bagi.. sampai masanya kita memandang mazda dari memandang honda.. sekian

    • Alteja on 08/08/2011 at 9:19 AM
    • Reply

    Sepat
    Ko hanya memandang, tapi kesetiaan ko tetap pada MyVeron ko tu

  2. Mak/d UIA…Antara Toyota,Honda,Mazda,kete Korea & Conti…yg mane lebih lambat susut nilai?…Gua bajet tahun depan nak amik kete lain…tgh pikior nih…yg mane satu…bajet gua bawah 100K je la

  3. Alteja

    Veron tu Matpon aje.. tp gua dengar bulan ni dia tak mampu nak bayar roadtax lagi.. maybe akan konbet veyron jadi myvi lah tu.. segeng gua.. kahkahkah

    caparZo

    Honda Toyota mmg terkenal kenakalan utk susut nilai cepat.. tp kalau lu tak kisah.. pergilah amik mazda … pemakai mazda nampak awet muda dan belia senantiasa..

    • Alteja on 08/08/2011 at 12:07 PM
    • Reply

    Aku dah agak, MatPon memang tgh kering sebab duit semua utk bajet bazar ramadhan & raya. Keta besar, road tax takde pun, buat apa….

  4. Sepat…Gua minta gak ngan Mazda…rege pun boley tahan la…spare part & mentenen camne ek…ok ke?…takde cekik ke kalo problem nnt

  5. minta=minat

    • pelug on 08/08/2011 at 6:34 PM
    • Reply

    tapi dia punya design tak menarik belia remaja macam gua.mat belia mungkin tertarik ngan ini kereta

    • yuri on 08/08/2011 at 7:15 PM
    • Reply

    saye mmg peminat & pengrespek mazda dr dulu
    mazda astina dan lantis telah membuke mate ku tentang “Mazda Engineering”
    namun disebabkn masalah spare part dan pasaran mazda yg lembab di negaraku ini
    aku terpaksa melupakanmu
    oh mazda…

  6. gua ada baca haritu Bugatti nak stop Veyron nak bikin 4 pintu. hati nurani gua berbisik elok juga gua trade in tadelah leceh sgt gua nak amik sedara mara kat lcct. sekian.

  7. caparZo

    spare part takde hal.. amik aje .. pasti terhibur dikala duka nanti.. kehkehkeh

    woi lamanya nak buka pose ni

Leave a Reply to pelugCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.