Mari Melawat Kilang Lotus!

Lotus_Driving_Academy_1

Siapa yang pernah melawat kilang Lotus di Hethel, Norfolk, di UK sana memang champion lah. Biasanya staf Proton saja yang dapat masuk tempat tu, takpun pelumba F1 ke, Tony Fernandes ke kiranya orang kelas-kelas atas jelah masuk situ. Walaubagaimanapun untungnya rakyat Malaysia walaupun sukar sekali dapat ke Hethel kita paling koman pun 2 tahun sekali dapat melawat habis kilang Proton. Masa diaorang buat hari terbuka R&D tu memang patutlah kita pergi, masa itulah nak tengok segala benda kemudahan yang ada dalam kilang tersebut. Di samping itu bolehlah berjumpa dengan Pereka dan Jurutera tanya apa yang patut.

Berbalik kepada Lotus tadi, sekarang ini dengan bantuan teknologi, kita tak payah susah-susah naik kapalterbang atau minta pas pelawat, kita dah boleh melawat kilang Lotus secara maya.

grouplotushethelsite111

Lotus telah menjemput Encik Google untuk merakamkan beberapa sesi pengujian kereta Lotus dan juga tempat-tempat yang tersorok dari umum. Jika sekutu semua mata tajam macam helang boleh nampak Lotus 2-Eleven atas trek, Lotus Exige 265E yang menggunakan ethanol dan juga beberapa buah Lotus Evora. Kita baca sikit apa kata Encik Nigel Marshall, Ketua Pengurusan Fasiliti Lotus ni kata apa, “Kami mengambil keputusan untuk memberikan pengguna Street View [Encik Google] peluang untuk melihat sebahagian dari ibu pejabat dan trek Lotus. Berapa orang je yang dapat memandu kat trek ni, tapi sekarang ni semua orang boleh tengok dengan dekat kereta sukan dan lumba British diuji dan dibangunkan. Untuk melihat pemanduan dinamik trek Lotus 2-Eleven, cuba la tengok di hairpin utara!”.

Lotus_cars_on_Lotus_Test_Track_Google_Street_View_1

Kita bagi peluang pula pada wakil dari Google, Encik Matthew Prestopino, Ketua Operasi Street View Eropah  untuk memberi sepatah dua kata. “Dijemput untuk datang dan memandu bersama dengan antara kereta UK paling cool memang suatu yang hebat. Inilah pertama kali trek di UK diambil gambar untuk Street View dan peminat kereta pastinya seronok dapat melawat secara maya dan melihat kereta Lotus di trek.

Lotus_cars_on_Lotus_Test_Track_Google_Street_View_2

Cerita banyak pun tak guna, siapa yang nak ke Hethel secara maya, boleh klik sini:

Tengok! Gua pergi UK mana naik AirAsia! MAS apatah lagi!

Kalau sekutu nak tengok secara efektif kena banyak godam-godam sikit baru menjadi.

Sumber: Lotus

-Mak Uia-

Matpon: Woi Mak Uia, lawatan sambil belajar kilang Bugatti takde ke?

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • yenko on January 18, 2010 at 10:43 pm
    • Reply

    1st…!kihkihkih…

    bila agaknya aku dapat rasa test drive lotus ni..

    • Joule on January 19, 2010 at 12:25 am
    • Reply

    menarik..

  1. eh…ni blakang umah gua ni……

    • lancer ck on January 19, 2010 at 6:47 pm
    • Reply

    mantap! ini keleta!

  2. Sedap lagi kelete gua. Lu orang tau kan jenis apa. Hnsssssssssssss Hnsssssssssss.

  3. Ish, tak baik pula gua riak dekat maghrib mcm ni.

    • belalang_kontot on January 19, 2010 at 8:24 pm
    • Reply

    matpon, tiara memang mantap.gua tau.

    • 6posen on January 20, 2010 at 10:59 am
    • Reply

    tiara terbaekkkkkkkkkkkkkkkkkkk…………..

    • apex on January 20, 2010 at 5:37 pm
    • Reply

    ape kate buat rancangan melawat kilang buat lori balak kepala merah tu….

    • jeremy_kapur on January 23, 2010 at 12:25 am
    • Reply

    gua hepi sambil tepuk tangan dapat melancong..yyippaa

    • azwan nbs on January 23, 2010 at 8:48 pm
    • Reply

    cantekk tuuu….

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.