MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009 Pusingan Akhir!

MAM Kart Slalom Series

MAM Kart Slalom Series 2009 Rd 4 [27 Feb 2010]

MAM Autokhana Series 2009 Rd 4 [28 Feb 2010]

Pusingan Akhir, Kawasan Parkir Kereta, Giant Superstore, Tambun, Ipoh.

MAM Autokhana Series 2009

Kejayaan penganjuran MAM Autokhana Series & MAM Kart Slalom Series 2009 dalam 3 pusingan sebelum ini di Ipoh telah membuktikan bahawa sukan autokhana sudah mula mendapat tempat di hati peminat-peminat sukan permotoran tanahair.

Sepanjang 3 pusingan yang telah dilangsungkan sebelum ini, MAM Autokhana telah Berjaya menarik minat & mengumpulkan peserta-peserta dari Lembah Klang, Perak, P.Pinang, Kedah & Perlis. Acara asas sukan bermotor yang mempunyai kos penyertaan paling murah ini turut menjanjikan cabaran litar yang sangat menarik di kawasan parkir kereta Giant Tambun Ipoh ini.

MAM Autokhana Series 2009

Dan sekali lagi, litar Autokhana sepanjang 750 meter di tempat letak kereta Giant Superstore, Tambun, Ipoh ini bakal memberikan cabaran yang berlainnan kepada setiap peserta seawal pukul 10.30 pagi. Peserta akan diberikan latihan bebas sebanyak 3 kali sebelum ‘Official Timed Run’ akan bermula pada pukul 2 petang. Keadaan cuaca yang panas terik diramal akan memberikan cabaran dari sudut ketahan badan para peserta.

MAM Autokhana Series 2009

Pendatang baru dalam sukan dalam sukan Autokhana yang setakat ini sedang mendahului pungutan mata “Fastest Time Overall Champion” iaitu Mohd Sani Mohd Yusof bakal memberikan cabaran sekali lagi kepada peserta-peserta yang menggunakan kereta yang lebih berkuasa. Pemandu  Proton Iswara 1.3cc ini sedang mendahului pungutan mata sebanyak 24 mata iaitu 7 mata di hadapan peserta di tempat ke-2 keseluruhan iaitu Timothy Hardie Ketit yang menggunakan jentera yang lebih berkuasa iatu Nissan Silvia 2000cc.

MAM Autokhana Series 2009

Pesaingan untuk Juara Keseluruhan masih terbuka kepada kedua-dua peserta ini dan mungkin kemahiran serta sedikit nasib diperlukan bagi mereka untuk merangkul trofi kejuaraan musim pertama tahun 2009 ini.

MAM Autokhana pada 28hb Feb 2010 hari Ahad ini akan bermula seawal pukul 8 pagi untuk pendaftaran. Yang berminat boleh datang terus ke Giant Sunway City, Tambun, Ipoh.

MAM Kart Slalom Series 2009

MAM Kart Slalom Series 2009

Acara bagi mencari bakat baru & muda dalam sukan bermotor iaitu MAM Kart Slalom Series 2009 pula telah menyaksi kan ramai kanak-kanak & remaja baru yang telah mempamerkan bakat & skil pemanduan yang boleh diketengahkan.

Walaupun acara ini terlalu baru diperkenalkan di Malaysia, namun ianya telah mula membuka mata pelbagai pihak untuk mencari & mencungkil bakat kanak-kanak di dalam sukan bermotor melalui go-kart.

Acara Kart Slalom ini telah member satu nafas baru kepada ibubapa yang berminat untuk membawa anak-anak mereka menceburi bidang sukan bermotor dengan kos yang paling murah.

MAM Kart Slalom Series 2009

3 pusingan yang telah dilangsungkan sebelum ini telah Berjaya mengemukakan beberapa muka baru yang berbakat di dalam sukan go-kart iaitu seperti Muhammad Ammar bin Rohasreen, Muhammad Zulhamizan Samsudin dan Muhd Syazuwie Bin Zamawi.

Sama seperti MAM Autokhana, iaitu ‘abang-abang’ kepada peserta Kart Slalom ini, mereka juga akan bersaing untuk merebut kejuaraan “Fastest Time Overall Champion” bagi Kart Slalom.

Muhd Syazuwie Zamawi yang setakat Pusingan ke-3 telah menduduki tempat pertama keseluruhan dengan 24 mata walaupun terpaksa berkongsi mata dengan peserta tempat kedua keseluruhan iaitu Muhammad Ammar Rohasreen.

Namun begitu, saingan dari peserta cilik iaitu Irfan Haikal Bin Suhaimi dari P.Pinang itu tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Kejayaan Irfan haikal menduduki tempat ke-2 keseluruhan sewaktu pusingan ke-3 yang lalu telah mengejutkan pelbagai pihak.

MAM Kart Slalom Series 2009

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, menaja acara ini atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Sutan Mustaffa Salihin di talian 016-2285784 atau 017-3189130 atau wakil SMS Motorsport & Driving di Ipoh iaitu En. Mustafar Rahadi di talian 016-5363663 atau Ahmad Khusyairi Yunus di talian 012-5177574.

Peminat juga boleh melayari di laman web: http://sites.google.com/site/gymkhanaclubsite atau www.mam.org.my

-Sutan Mustaffa Salihin-

Silakan kongsi:

2 comments

    • Sekeru Longgaq on 25/02/2010 at 8:29 AM
    • Reply

    xkan keta lain kena tapau dgn iswara kot..

    • on 25/02/2010 at 12:12 PM
    • Reply

    Gua nak tapau nasik ayam satu bley?…hahaha,,

Leave a Reply to CaparZoCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.