Lexus di TAS 2011

Lexus CT200h Sport

Semalam saya tulis mengenai Toyota di TAS 2011 dan hari ini giliran Lexus pula. Kadang-kadang bila fikir pasal Toyota dan apa yang buat pelanggan melekat pada jenama ini ialah kerana falsafahnya yang buat kereta mesti bergerak dari A ke B tanpa masalah, biar pun tiada karakter tetapi apa kisah, janji sampai ke destinasi dan kerana itu mungkin Toyota terpaksa wujudkan Lexus kerana tidak mahu korupsikan falsafah dan kepercayaan pelanggan terhadap Toyota. Dan Lexus juga dibina untuk bersaing dengan jenama mewah Jerman dan jujur saya hormatkan Lexus.

Lexus IS F Club Circuit Sports Racer

Lexus turut terlibat dalam TAS 2011 dengan mempamerkan lima buah kereta yang diubahsuai antaranya model CT 200h versi F-Sport dengan barisan aksesori seperti roda aloi, kit badan jenama Modellista dan kerusi Recaro. Dua buah Lexus IS F turut dipamerkan iaitu jenis CCS-R [Circuit Club Sport Racer] dan Club Performance Accessory.

Lexus IS F Club Performance Accessory

Model CCS-R adalah kereta sedan diet, tanpa beban yang berat kerana panel badannya sepertinya spoiler depan dan belakang, bonet dan boot lid diperbuat daripada gentian kaca serta tingkap polikarbonat. Demam gentian kaca turut melanda pada interior di papan pemuka, konsol tengah dan penutup pintu. Barang-barang perlumbaan pula terdiri daripada tali pinggang 6 poin, stereng diameter pendek dengan paddle shifter, suspensi, brek, ekzos, LSD mekanikal dan roda dengan tayar slick.

TRD pula terlibat dalam menambah kosmetik pada IS F Club Performance Accessory. Antara peralatan kosmetiknya ialah spoiler, diffuser belakang dan bonet gentian kaca dan bahan tersebut digunakan pada sesetengah bahagian di kabin dan paling menonjol ialah kerusi berwarna oren terang. Perkakasan lain ialah brek dan suspensi sporty, ekzos titanium, roda magnesium dan LSD mekanikal.

Lexus LFA Gazoo Racing

Gazoo Racing yang tampil dengan Toyota iQ dalam entri semalam pula mempamerkan Lexus LFA yang bersaing dalam perlumbaan 24 jam Nurburgring tahun lepas manakala TOM’s hadir dengan LS 460 limo.

Apa pun saya biasa nampak BMW sadai tepi jalan tetapi tidak untuk Lexus, setakat ini.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

  1. Apsal dari pagi takde sape pun nak komen?

    • DaihatsuKancil on 19/01/2011 at 4:53 PM
    • Reply

    Pasal esok cuti Taipusam.. org da amik cuti balik kampung.. yang selalu komen kebanyakan pakai pc ofis.. hahaha..

  2. hahaha…cam tau2 jer…kekekeh

    • belalang_kontot on 19/01/2011 at 8:14 PM
    • Reply

    gua bagi komen dari pelbagai tempat.kampung, umah, opis, airport…kadang2 kalo bosan time meeting, dlm bilik meeting pun ade gua bagi komen…hahahaha…

    p/s:eh, ape kaitan komen gua ngan entri ni?

    • azwan nbs on 20/01/2011 at 11:37 PM
    • Reply

    pagi tadi keje da….
    mane sempat komen…

    • pelug on 21/01/2011 at 9:37 AM
    • Reply

    best la lexus nie..gua kaya sok2 gua akan beli lexus

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.