Biasanya tulisan saya dalam majalah Kereta, saya akan bercerita panjang lebar tentang sejarah model kereta yang dipaparkan, ekonomi atau isu semasa lain ikut kehendak saya. Baii sebagai penyunting yang sporting memang jarang menyunting artikel yang saya hantar, kalau tulis A maka A lah yang akan keluar. Kalau saya tulis dia kacak dan geliga mungkin dia lagi suka, kalau dia ada kuasa nak tambah elaun mesti saya dah pandu Civic Hybrid sekarang ini. Barulah lagak bintang pop barat.
Apapun kali ini saya tidak mahu menulis panjang cuma ingin berkongsi dengan anda suatu berita yang agak mengejutkan. Tahukah anda Dubai World, syarikat pemaju hartanah yang antara projeknya ialah pulau pokok tamar di Dubai dan pelbagai lagi projek grand telah memohon penangguhan pembayaran hutang. Jumlah hutangnya pula berpuluh-puluh bilion USD. Hmmm… saya tak tahu apa nak kata. Apakah impaknya dan lain-lain. Bagi mereka yang kurang arif, ianya ibarat ombak besar bertingkat-tingkat yang akan menghempas pantai atau apa sahaja dilaluannya. Kita tahu ianya dahsyat dan menuju ke arah kita cuma belum menimpa kita sahaja. Dengan keadaan ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya kini kita mungkin dilanda satu lagi ketidaktentuan pula…
Kita lupakan isu itu sebentar. Jika anda mengikuti sisipan akbar automotif dan beberapa media lain pastinya pernah terbaca kempen pra-pelancaran Kia Forte. Pada mulanya saya pun biasa-biasa saja dan terfikir, ah satu lagi produk dari Korea sehinggalah saya ternampak harga jualannya. Agak terkejut juga, untuk model 1.6 EX harganya lebih murah dari Vios iaitu RM75, 800 manakala untuk model 2.0 SX harganya adalah RM93, 800, lagi murah dari Civic 1.8, Altis, Sylphy dan apa-apa sahaja model sekelasnya. Spesifikasinya tak payah ceritalah, memang panjang berjela. Dari 6 beg udara, ABS, ESC, TSC dan pelbagai lagilah terminologi teknologinya.
Rekabentuknya pula pada saya cantik, muda belia dan bergaya, cuma yang menjadi keraguan adalah tempoh waranti hanya 2 tahun atau 50 ribu km yang mana dahulu. Saya fikir Naza patut memanjangkan lagi tempoh warantinya bagi mencerminkan keyakinan mereka terhadap model ini.
Saya suka model ini kerana secara tidak langsungnya akan memberi kesan kepada Proton dan saya yakin mereka akan mengambil kira kelebihan dan kelemahan Kia Forte sebelum menghasilkan Proton Perdana dan Proton Persona baharu. Dan pastinya harga Proton Waja baharu yang dikatakan diambil dari Mitsubishi Lancer akan lebih murah dari Kia Forte.
Takkan versi 1.6 dan 2.0 Waja baharu lagi mahal dari Kia Forte, ye dak?
Sumber: newsmarket
-Mak Uia-
51 comments
Skip to comment form
aku dah pkai keta kia forte 1.6sx mmg terbaik…nk compere dgn kereta Malaysia
mmg jauh la..bab maintenance sumua under weranty 5 thun..harga x la mahal sangat
nk compere dgn kereta keluaran Jepun,so try dulu bru tau yg mana lg bgus.