Keputusan: SUPERGT [08/09]

09r09ph009

SUPERGT pusingan akhir,  8-7/11/09: Twin Ring Motegi.

Perlumbaan SUPER GT musim 2009 sudah pun melabuhkan tirainya, musim ini menyaksikan jentera baru iaitu Nissan GTR bertanding manakala Honda NSX pula ditamatkan khidmatnya selepas 13 musim berlumba. Untuk rakyat tempatan, wakil negara yang berlumba dalam kejuaraan ini bertambah satu lagi pasukan iaitu M7 Mutiara Motors Amemiya selain dari pasukan Petronas Tom’s. Berita manisnya pula adalah…

LEXUS TEAM PETRONAS TOM’S ADALAH JUARA SUPERGT 2009!

09r09ph021

Pasukan Petronas dengan jentera Tom’s SC430 [Lexus] berjaya mengalahkan jentera hebat lain seperti Nissan GTR dan Honda NSX dan saya yakin pastinya kem Nissan GTR sangat kecewa memandangkan seperti yang kita ketahui mereka begitu gah dengan GTR tersebut dan seperti yang kita ketahui juga bangsa Jepun agak sukar untuk menerima kekalahan. Tambahan pula mereka kalah dengan pasukan asing iaitu pasukan tajaan Petronas dan seorang dari pemandunya pula adalah warga Jerman. Walaubagaimanapun kekalahan pasukan NISMO dengan jentera Motul Autech GTR bukanlah disebabkan kelembapan prestasi kereta mereka tetapi adalah kerana tayar yang pecah pada pusingan 17 dan lebih parah apabila serpihan dari tayar tersebut tersangkut pula pada fender belakang seterusnya menjahanamkan terus fender tersebut. Membaiki kerosakan berganda menyebabkan hentian pit yang lama seterusnya mereka ketinggalan masa hingga langsung gagal untuk menyaingi pendahulu perlumbaan.

09r09ph006

Lexus Team Petronas Tom’s pada perlumbaan di litar 2 cincin berkembar [twin ring] Motegi ini bukanlah juara pusingan, mereka hanya mendapat tempat kedua di belakang pasukan Autobacs Racing Team Aguri dengan kereta Honda NSX tetapi podium-podium yang dikutip pada perlumbaan terdahulu membolehkan mereka menjadi juara!

Dengan keputusan ini adakah SUPERGT musim 2010 bakal menyaksikan Lexus Team Petronas Tom’s menggunakan jentera baharu iaitu Lexus LFA?

Honda sudah mengumumkan mereka akan berlumba dengan jentera NSX baharu iaitu V10 tanpa nama [serius tade nama!] dan pastinya Nissan pula akan tampil lebih agresif. Honda dan Toyota mempunyai lebihan bajet kerana mereka tidak lagi berlumba dalam F1.

09r09ph012

Selain dari itu, dalam kelas GT300 satu lagi pasukan tajaan firma negara iaitu  M7-Re Amemiya Racing mendapat tempat kedua di belakang Team Daishin dengan jentera Ferrari.

Tahniah Lexus Team Petronas Tom’s dan M7-Re Amemiya!

Nantikan ulasan keputusan perlumbaan APRC China dan Rally X 2,3 hari lagi. [Saya sibuk tak tentu hala, sori]

Sumber: supergt.net

-Mak Uia-

ps: Saya rasa dalam sejarah penajaan ini lah kali pertama Petronas menjadi juara keseluruhan musim perlumbaan!

Silakan kongsi:

17 comments

Skip to comment form

    • exJAVANESE on 19/11/2009 at 12:18 AM
    • Reply

    Hahaha… gua first!! tahniah… Gua sokong lu orang!!

    • teamsleep on 19/11/2009 at 2:13 AM
    • Reply

    Mak Uia-

    ps: Saya rasa dalam sejarah penajaan ini lah kali pertama Petronas menjadi juara keseluruhan musim perlumbaan

    pert aprc

    pert p-wrc

    atcc
    uhh….cub prix

    kan petronas champ…..

    • on 19/11/2009 at 6:52 AM
    • Reply

    Betul juga tu, tapi Cub prix peringkat Asia tak boleh kira juga sebab dia taja Indo, Thai dan negara kita.

    Yang rali pula saya tak ingat PERT pernah jadi juara keseluruhan atau tidak. Yang kategori Production Cars memang pernah jadi juara

    • carragher27 on 19/11/2009 at 8:24 AM
    • Reply

    tahniah utk pasukan Petronas..

    • on 19/11/2009 at 9:02 AM
    • Reply

    Hidup team Petronas!

    • @r3|4^2 on 19/11/2009 at 9:12 AM
    • Reply

    gua nk isi minyak petronas la ni.. mesti champion punyer 😀

    • Org miskin on 19/11/2009 at 9:38 AM
    • Reply

    Bangga aku jadi rakyat malaysia, petronas jadi juara, walaupon hanya menjadi penaja racing team luar, kenapa tak ambil rakyat malaysia jadi jokey keta tuu? Kan kita ada tengku Jan, yg agak terer tu.

    • lesen_L on 19/11/2009 at 9:39 AM
    • Reply

    banyak jugak duit petronas ni ye….

    • on 19/11/2009 at 10:42 AM
    • Reply

    hebat2…. team mutiara motor tu pun hebat gak….

    • on 19/11/2009 at 12:13 PM
    • Reply

    So…Petronas ape lagi…Taja la TEAM 1MF1 plak?…Ade berani…Mane nak tau kot leh jadik champion dlm 1st appearance..

    • on 19/11/2009 at 1:40 PM
    • Reply

    exJAVANESE
    Siapa yang lu sokong? Hobin Jang Hobin?

    teamsleep
    Gua menang banyak champion lu tak kira.

    Mak Uia
    Gaji gua mana? Tayar Veyron botak.

    carragher27
    Gua menang panjat pokok keladi tak ucap tahniah ke?

    amid
    Amid gaji lu jangan lupa bagi gua.

    @r3|4^2
    Apa punya pelik lu punya nama samaran ni?

    Org miskin
    Gilalah org miskin. Mana lu dapat nama ni?

    lesen_L
    Gua duit tak banyak tapi budi bahasa tinggi. Belum kira jasa-jasa lagi.

    sir aliff
    Tengoklah hebat ke tak team gua nanti.

    CaparZo
    Woi woi lu jangan nak potong line gua. Gua dah minta diaorang taja pasukan mencandat sotong gua.

  1. M7 bukan masuk dari awal musim ke? Pasukan baru apa pulak?

    Tapi wa bangga ngan M7 sebab wa orang Johor!

    • Han on 19/11/2009 at 1:45 PM
    • Reply

    cayalah..
    lepas ni pakai kereta proton la pulak..

  2. exZ2H

    Baru masuk apa pulak, lu baca elok-elok:

    “…wakil negara yang berlumba dalam KEJUARAAN ini…” bukan pusingan ini

    Kalau lu nak study klik je tag SUPERGT, gua dah save siap-siap buat rujukan

    Gua malas nak sign in guna nama Matpon sebab gua bengang ada orang parking RX8 dia belakang ofis gua. Asal gua nak pergi minum je lalu kereta tu.

    Nak suruh gua dengki la tu.

  3. go proton go..

    • teamsleep on 19/11/2009 at 8:23 PM
    • Reply

    karamjit champion aprc 4 kali dengan pert…….
    asia touring car championshp fariq menang 2 kali kali dengan petmos/mountune waja sekali,dengan bmw 3 series
    s2000 touring car sekali….super taikyu rasenye diorang overall champ jugak kan??not sure lahh!

    sape tahu???sila urai kan…

    • on 21/11/2009 at 3:26 PM
    • Reply

    saya suke superGT..hari2 saya tgk superGT

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.