Isuzu D-Concept dan Trak Hibrid

Isuzu Dmax.01

Isuzu walaupun mempunyai jualan kecil di Malaysia tetap hadir di KLIMS malah dengan ruang pameran dua tingkat. Tidak banyak kenderaan yang dipamerkan tetapi setiap satunya menarik perhatian. Sebagai peminat pikap mata saya terhenti pada sebuah model yang cantik dan kemas, Isuzu D-Concept yang ditingkat taraf daripada D-Max. Dengan rim besar, badan direndahkan dan warna putih metalik memang pikap ini lari dari tujuan asalnya iaitu untuk kerja-kerja kasar. Pikap macam ini memang sesuai dibazirkan dengan hanya parkir diam-diam dalam garaj.

Selain dari D-Concept, Isuzu turut bersusah payah membawa trak hibrid mereka yang mungkin pertama seumpanya di Malaysia. Dua kenderaan ini membuat saya berpusing-pusing di ruang pameran mereka dengan penuh minat. Pikap yang terkenal jimat minyak dan trak hibrid, dua-dua jenis mesra alam.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • belalang_kontot on 11/12/2010 at 12:15 PM
    • Reply

    tak berpeluang g klims… =(

    • azwan nbs on 11/12/2010 at 12:33 PM
    • Reply

    hahahahhaha…saye pon…

  1. Ni tak boleh buat jadi Transformers ke??

    • jelapangPadi on 12/12/2010 at 8:54 AM
    • Reply

    mak,mane entri psal rally kemarin…

    • 5ruz on 13/12/2010 at 1:18 AM
    • Reply

    Ini mcm baru ble jd Hip Hop Hollywood……….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.