Infiniti: Jenama Berprestasi & Mewah Dari Jepun

Infiniti 2013.08

Infiniti, jenama kenderaan yang berprestasi mewah dari Jepun telah membentuk reputasinya sebagai pengeluar kenderaan premium dengan rekaan yang provokatif dan berteknologi tahap dunia. Kenderaan Infiniti terkenal dengan rekabentuk dan personaliti tersendiri dengan penelitian yang khusus dan terperinci bagi setiap rekabentuk modelnya.

Seiring dengan arah jenama yang menekankan prestasi, Infiniti telah berganding dengan Infiniti Red Bull Racing sebagai Rakan Utama dan Rakan Prestasi Kenderaan. Kerjasama ini membolehkan kedua-dua pihak bertukar fikiran dan pendapat dalam mengembangkan lagi idea dan teknik pemanduan kenderaan.

Hubungan ini dieratkan lagi dengan perlantikan Sebastian Vettel yang merupakan juara dunia empat kali, sebagai Pengarah Prestasi Infiniti. Vettel memainkan peranan yang aktif dalam perkembangan sedan sports premium Infiniti Q50 dan beliau akan terus menyumbangkan kepakarannya dalam membangunkan model-model Infiniti pada masa hadapan.

Infiniti 2013.07

Infiniti telah mengumumkan strategi tatanama (nomenclature) atau siri nama model  baharu yang akan digunapakai pada kesemua model tahun 2014 yang merupakan salah satu langkah penting dalam rancangan untuk mengembangkan lagi kewujudan Infiniti dalam sektor automotif premium. Model pertama yang diperkenalkan di bawah tatanama baru ini ialah sedan sports premium Q50.

Siri model jenama premium automotif ini bakal dinamakan dengan huruf awal Q untuk sedan dan coupe manakala QX untuk crossover dan model SUV. Sejurusnya ia akan menggunakan dua digit angka untuk mewakili hierarki kategorinya.

Perubahan strategik ini adalah selari dengan usaha dan matlamat infiniti untuk mengembangkan jenama Infiniti.

Infiniti 2013.05

Infiniti Q50

Sedan premium sport serba baharu Infiniti Q50 adalah lambang era rekaan baharu bagi model Infiniti. Rekaan Q50 yang tersendiri dan gagah merupakan gabungan sedan sport model-model Infiniti yang terdahulu dan tiga konsep ikonik Infiniti iaitu Essence, Etherea, Emerg-e. Bentuk badan Q50 yang lebih rendah dan luas memberikan penampilan gaya sporty manakala lampu depan Q50 berinspirasikan bentuk mata manusia.

Spesifikasi Q50

  • Enjin 3.7L V6
  • Transmisi automatik 7-kelajuan
  • Pacuan 4 roda pintar (AWD)
  • Navigasi Infiniti InTouchTMdengan sistem dwi-skrin
  • Direct Adaptive Steering dan Active Lane Control

Infiniti 2013.03

Infiniti Q70

Infiniti Q70, sedan mewah dengan kombinasi kemewahan moden dan kesenian Jepun yang malar segar. Q70 merangkumi semua ciri Infiniti – stail, prestasi, kemewahan, kemahiran seni halus dan teknologi. Kehalusan dalaman Q70 diperlihat dengan penggunaan kayu white ash yang digilap dengan tangan serta silver powder yang menyerlahkan lagi keanggunan dan kualiti Q70.

Spesifikasi Q70

  • Enjin 2.5L V6
  • Transmisi automatik 7-kelajuan
  • Pilihan mod panduan standard, sport dan eco
  • Suspensi penala-sport
  • Roda aloi aluminium 20-inci

Infiniti 2013.04

Infiniti QX70

Infiniti QX70 merupakan sebuah crossover yang menggabungkan ciri-ciri sport dan utiliti. Pereka menggabungkan bentuk badan SUV yang tegap dengan kerangka atas yang anggun dan elegan jelas menunjukkan kedua-dua elemen ini boleh disebatikan untuk menghasilkan sebuah SUV yang unik. Hasilnya, rekaan QX70 mampu mengagumkan dan menarik perhatian ramai dari setiap sudut.

Spesifikasi QX70

  • Enjin 3.7L V6
  • Transmisi automatik 7-kelajuan
  • Intelligent Brake Assist dengan Forward Collision Warning
  • Lane Departure Warningdan Lane Departure Prevention
  • Sistem Audio Premium 11-pembesar suara Bose®dengan 8-inci warna WVGA paparan skrin sentuh
Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.