IIMS 2010: Proton Exora President!

Proton Exora President.001

Proton Exora sentiasa menarik perhatian saya, model ini bagi saya adalah kemas dan produk yang sesuai pada harga dan masa. Sejak dari hari pelancaran lagi saya dah tertarik dengan 2 model khas iaitu Prestige dan Prime dan sekarang ini pembeli boleh mendapatkan Exora 25 Tahun dengan bamper hitam yang tak nampak racing langsung tetapi dalaman yang mewah dan cantik ataupun Exora MC tanpa bamper hitam tersebut. Selain dari itu rim Exora MC memang cun, ala-ala VW Scirocco.

Proton Exora President.004

Seperti yang dijanjikan kelmarin, ini adalah Proton Exora President yang dipamerkan di Indonesia International Motor Show [IIMS]. Model ini kelihatan lebih ekstrem, sesuai dengan nama President, kerusi penumpang barisan kedua dibuang dan digantikan dengan kerusi eksekutif dan kemudiannya TV LCD dipasang di belakang kerusi pemandu. Di Indonesia modif begini adalah biasa.

Dan sempena IIMS juga Proton Exora President memenangi Best MPV Dress UP dari Car & Tuning Guide Magazine.

Foto: Proton Indonesia

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Leave a Reply to sara Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.