Hyundai ix20: Model Baru, Lagi.

Hyundai iX20.01

Hyundai mengganas lagi kali ini dengan model ix20, memang serangan bertubi-tubi dari mereka dengan desain agresif dan paling menarik harga yang lebih murah dari kereta Jepun.

Di UK ix20 dipasarkan dengan tiga varian; Classic, Active dan Style yang katanya dibangunkan mengikut citarasa tinggi pengguna di sana. Versi Classic dipasang standard ESP, ENAM beg udara, kerusi pemandu boleh laras manakala harganya pula GBP11,595 untuk model 1.4 petrol dan tambah lagi GBP1,400 untuk enjin diesel.

Hyundai iX20.02

Model Active pula lebih bergaya dengan rim 16 inci manakala bahagian interior dilengkapi sambungan telefon Bluetooth, tingkap kuasa belakang dan kawalan audio pada stereng yang dibalut kulit. Harga permulaan ialah GBP12,695 untuk enjin 1.4 liter petrol, GBP14,095 untuk enjin diesel dan GBP14,095 untuk enjin 1.6 liter petrol auto.

Hyundai iX20.04

Varian paling atas sekali ialah Style dan memang stail dengan bumbung panoramik yang merangkumi dari kerusi depan sampai kerusi belakang. Bahagian luaran pula didatangkan dengan lampu kabus dan cermin sisi siap lampu isyarat sekali. Harga bermula dari GBP13,695 untuk enjin 1.4 liter petrol, GBP15,095 untuk model diesel dan GBP15,095 untuk enjin 1.6 liter petrol auto. Kalau nak tambah cat metalik hanya bayar ekstra GBP 395.

Hyundai memang ganas sekarang ini, di atas jalanraya pun dah banyak model terbaru dan saya sendiri pun goyang tengok kereta Korea, terasa juga nak cuba test.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

9 comments

Skip to comment form

    • Made on 30/10/2010 at 1:18 PM
    • Reply

    Design lampu Hyundai lawa la sekarang ni..
    Dah mcm Audi..

  1. semat jugak jo.

    • belalang_kontot on 30/10/2010 at 5:17 PM
    • Reply

    lawa…tapi tahan tak eh?

    • Cekwang on 30/10/2010 at 6:49 PM
    • Reply

    Keta KOREA tak best.Apatah lg servis lepas jualan. Sorang Pak Cik ni kena RM11k nak repair balik KIA CARNIVAL dia yg dah tersadai selepas raya itu hari. Kat opis asyik mengeluh je dgn staf lain termasuk aku. Nak repair sparepart nak kena tunggu naik kapal pastu takda jaminan plak kat part tu. Apa ni??? Baik ikut aku pakai wira je gerenti puas hati.

    • megat putra kuning on 31/10/2010 at 11:44 AM
    • Reply

    spare part cam sial……….

    • jelapangPadi on 31/10/2010 at 5:28 PM
    • Reply

    lampu belakang dia mengancam…

    • mat mus on 31/10/2010 at 9:26 PM
    • Reply

    dari segi teknoloji guane?

    • perutakulapar on 01/11/2010 at 12:07 AM
    • Reply

    woi keta korea dulu x sma keta korea skrg

    • jerangkung on 01/11/2010 at 8:48 AM
    • Reply

    aku dh pangkah keta korea lps tukar fender kiri,lampu kiri,touch up bmper + cat kia spectra = RM 3987.80.. baik pkai myvi..grenti tk sakit kpala..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.