Honda Jazz Wajah Baru!

Honda Jazz 2011.01

Model popular Honda iaitu Jazz kini mempunyai wajah baru. Antara perubahan yang dibuat ialah bampar depan dan belakang yang bukan sahaja kelihatan lebih cantik tetapi turut menambah baik aerodinamik kereta. Bampar baru direka untuk mengurangkan rintangan angin dan turbulens pada belakang kereta dengan pekali seret [Cd] berkurangan daripada 0.336 kepada 0.330.

Honda Jazz 2011.03

Selain daripada itu, transmisi CVT yang sebelum ini standard untuk semua model lama Jazz kini kembali atas permintaan ramai. Transmisi ini telah ditambah baik dan standard untuk model Hibrid dan opsyen untuk model 1.4 liter petrol.

Jazz rupa baru juga telah disemak pemanduan dan pengendaliannya. Stereng kini lebih ‘positif’ pada kelajuan tinggi seterusnya memberi lebih keyakinan pada pemandu. Warna  baru untuk model petrol ialah Azure Blue, Polished Metal, Urbam Titanium dan Ionized Blue manakala model hibrid pula selain warna Azure Blue ialah Lime Green Metallic dan Tafetta White.

Honda Jazz 2011.02

Honda Jazz ini akan mula dijual di UK pada 1 Februari 2011 dengan harga GBP11,295 ke atas untuk model 1.2 liter, GBP13,495 ke atas untuk model 1.4 liter dan GBP15,995 ke atas untuk model hibrid.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

12 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Ketat on 03/12/2010 at 8:26 AM
    • Reply

    Mat ko bleh la kira2 utk trade-in keta ko….

    • belalang_kontot on 03/12/2010 at 8:47 AM
    • Reply

    lampu blakang utk hibrid mmg tak same ngn petrol eh?cam lagi smart lampu petrol..huhu….

    • e-pi on 03/12/2010 at 9:51 AM
    • Reply

    cun..mmg cun…

    • azwan nbs on 03/12/2010 at 9:56 AM
    • Reply

    bole la

  1. eeuuuwwwwww… x lawa..cun lagi myvi

    btw itu lampu usdm (LED)…jazz jdm lain sikit..

    • belalang_kontot on 03/12/2010 at 12:54 PM
    • Reply

    owh..mean lampu ala alteja usdm, yg merah tu jdm la eh?tq en sepat.. 🙂

  2. okie.. esok minyak naik lagi..korang caya tak?

  3. percayakah anda semua kalau saya melawak esok ron95 naik? kihkihkihk

    • bawang on 03/12/2010 at 5:47 PM
    • Reply

    gua ada dengar gak..naik 25 sen…benar ker..?

  4. 25 sen naik rasanya mau terbakar stesen minyak org naik minyak hehehe

  5. En Sepat cemane lu awal2 dah tau minyak RON95 naik?

  6. woi encik sepat…mane lu tau ni???lu tok bomoh ke ek??hehehe

Leave a Reply to belalang_kontotCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.