Honda Malaysia mengumumkan HR-V baharu telah menerima tempahan lebih daripada 8,500 unit. Tempahan meningkat dengan luar biasa selepas pelancaran rasmi pada Januari lalu dan sasaran selama tiga bulan berjaya dicapai dalam tempoh satu bulan sahaja dengan hampir 4,000 tempahan.
Sejak dilancarkan Honda Malaysia telah menghantar lebih daripada 3,000 unit HR-V baharu kepada para pembeli.
Populariti HR-V baharu jelas melalui penguasaan 87% pasaran segmen SUV kompak pada Januari 2019 seterusnya kekal pada kedudukan nombor satu sebagai peneraju segmen.
Berdasarkan prestasi jualan, pasaran Lembah Klang menyumbang jualan tertinggi mewakili 47% yang membuktikan HR-V sebuah kenderaan sesuai untuk pemandu bandar.
Wilayah Selatan pula mewakili 18% daripada jumlah jualan manakala wilayah Utara turut sama dengan menyumbangkan 18%.
Passion Red Pearl adalah pilihan warna baru yang ditawarkan dengan HR-V baharu sebagai model pertama yang menampilkan warna ini.
Warna ini menjadi kegemaran ramai apabila menjadi pilihan 28% pembeli daripada keseluruhan jualan HR-V baharu.
HR-V baharu ditawarkan dalam empat varian, Hybrid, RS, V dan E. Varian petrol dikuasakan enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang padankan dengan Teknologi Dreams Earth Honda Transmission Variable Continuous (CVT) dan dapat memberikan pengalaman memandu terbaik.