httpv://www.youtube.com/watch?v=QwDKkIpzaeA&feature=player_embedded
Dalam arena rali tempatan, memang jarang kita nampak atau memang tiada langsung Honda Civic berlumba. Dengan lantunan kuasa tinggi, enjin VTEC sesuai untuk mencatat masa baik dari satu selekoh ke satu selekoh.
Kepada VTEC mania di luar sana, jemput tonton Honda Civic EGĀ yang dipandu oleh Damien McCarthy semasa West Cork Rally 2010, Mac lepas. Cakap-cakap selepas perlumbaan ialah beliau mendakwa EG nya hanya 6 saat perlahan dari kereta WRC.
Logik atau tidak kita tolak tepi sebab runut bunyi enjin VTEC ini memang terbaik, vokal jurupandu arah juga jelas dan sedap, skil pemanduan pun kemas.
Sumber: Youtube/eamohayes
-Mak Uia-
13 comments
Skip to comment form
Perghhh…Gua takleh view…hahahampeh…
bleh tahan…..
Damien McCarthy atau sinonim dikenali sbg ‘sepat’ ..(yg ni mak uia lupa nak tulis)
XADA VIEW JGK
hahahah mmg best rugi x tgk
teringat plak kat game BRC yang dah hampir sedekad aku x main..pertama kali (tu je kot?) aku jumpe kete wira dalam game antarabangsa..kene unlock lak tu..bangga woo
kat sini pun ada gak orang guna Civic main rally…Ang Meng Yee. Selamm jer pakai Civic mayat (EF) main tarmac dan gravel.
MAM Rallysprint tahun lepas menang tempat ketiga lagi, dibelakang brader Sutan…
Yup, saya tulis pasal dia dalam GT dan MK tahun lepas..
e30 pun ade main rally
Veron tak main ok sebab mahal.
ape yg jurumudi cakap..satu
hapekebenda pon aku tak paham..
fuuhh..nice video….co-driver punya call pun cun…..kalao ikutkan entry list utk APRC minggu depan kat JB..ada satu Honda register
mmg veron x main sbb dia main bola