Honda Civic Euro: Untuk Eropah Sahaja!

Honda Civic Euro 2011.04

Pengeluar kereta masa kini banyak bergantung kepada kajian pasaran. Apa yang dimahukan oleh konsumer secara majoriti maka itulah yang cuba ditawarkan. Ini dibuat bagi memastikan produk atau ciri-ciri yang ditawarkan kepada pasaran adalah yang benar-benar dimahukan dan bukan syok sendiri. Jadi tidak hairanlah ada kenderaan yang sama tetapi mempunyai spesifikasi berbeza mengikut pasaran. Pengeluar kenderaan Jepun begitu terkenal dengan produk yang mempunyai spesifikasi berbilang dan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu pasaran Amerika Utara, Eropah dan Asia. Sebagai contoh, Honda Jazz yang dibeli di pasaran lokal mempunyai spesifikasi berbeza dengan pasaran benua lain.

Selain daripada faktor kajian pasaran, faktor lain seperti undang-undang yang ketat dan standard pasaran yang tinggi juga adalah kenapa sesebuah kenderaan mempunyai spesifikasi berbeza, saya yakin para pembaca masih ingat isu hangat kenapa spesifikasi kereta Proton pasaran UK lebih ‘penuh’ berbanding model tempatan. Pengeluar kenderaan Jepun juga mempunyai halangan yang sama, berpuluh tahun lepas peraturan emisi Amerika Syarikat begitu ketat dikombinasikan dengan citarasa pasaran yang tinggi menyebabkan kereta standard Jepun sukar untuk menembusi pasaran. Walau bagaimanapun mereka berjaya mengatasi masalah tersebut melalui kepakaran teknologi yang menjamin penjimatan bahan api. Peminat Honda pasti ingat akan teknologi CVCC yang merupakan faktor utama Honda Civic lulus untuk pasaran AS. Teknologi tersebut berjaya mengurangkan emisi karbon dioksida serta karbon hidro. Penjimatan bahan api adalah barang pasti jika dipertemukan dengan kereta ‘muscle’ Amerika.

Honda Civic Euro 2011.01

Civic adalah model yang sangat penting untuk Honda, ibarat Saga untuk Proton dan Myvi untuk Perodua. Civic mempunyai nama besar di pasaran dunia dan amat penting untuk Honda mengeluarkannya serapat mungkin dengan apa yang dimahukan pasaran. Maka dengan itu, Civic ‘kontot’ baru yang ulung kali pertontonkan kepada dunia pada awal minggu ini di Frankfurt, Jerman adalah khusus untuk pasaran Eropah sahaja. Minta maaf, jika anda berada di Asia atau Amerika anda tidak dapat membeli model itu daripada pengedar sah Honda.

Civic Euro hanya ditawarkan dengan jenis badan lima pintu hac yang bermakna tiada model dua pintu akan dikeluarkan. Model itu berada di dalam segmen C yang merupakan pasaran besar Eropah dan akan mula dijual bermula 2012. Pejabat Honda di Jerman dibuka pada tahun 1961 dan sejak dari itu, misi mereka adalah untuk memuaskan hati pelanggan di sana dengan produk yang unik serta inovatif, tipikal Honda. Misi mereka sekarang ini pula adalah untuk mengurangkan 30% CO2 untuk kesemua produk mereka menjelang 2020.

Honda Civic Euro 2011.03

Civic Euro adalah langkah pertama bagi mencapai sasaran itu. Enjin 1.8 liter petrol mempunyai pengurangan CO2 sebanyak 10% manakala enjin 2.2 liter diesel pula mempunyai pengurangan CO2 sebanyak 20% selain daripada peningkatan prestasi. Pada penghujung 2012, Honda akan menawarkan enjin diesel yang lebih kecil untuk Civic. Direka secara khusus untuk pasaran Eropah, enjin ini dikatakan mempunyai kadar CO2 yang rendah dan bermula daripada itu kesemua enjin Honda untuk pasaran Eropah akan diperbaharui.

Civic baru dibangunkan berdasarkan citarasa pelanggan Eropah. Model itu diuji di jalan-jalan Eropah lebih jauh daripada model lain dalam sejarah Honda. Ianya dinamik dan stabil serta seronok untuk dipandu dan selesa tanpa kompromi bagi memperoleh sifat tersebut. Honda juga mendakwa model itu bukan setakat evolusi bahkan evolusi yang revolusi, agak pening untuk difahamkan namun secara mudahnya model itu maju dua generasi berbanding model sedia ada.

Honda Civic Euro 2011.02

Pereka Civic baru mahu mengekalkan elemen moden dan sporty yang ada pada model terdahulu tetapi pada masa yang sama menjadikan ianya lebih elegan dan dinamik. Model itu direndahkan sebanyak 20mm dan dilebarkan sebanyak 10mm berbanding model terdahulu. Menjadikan perkadaran (proportions) Civic nampak seimbang juga merupakan cabaran penting dalam mereka model itu. Para pereka telah menambahkan lagi elemen sporty dan mencipta bentuk yang bersih dan dinamik. Sumber inspirasi termasuklah ‘blended wing body’ kapal terbang. Pengaruh kapal terbang terus dikekalkan pada bahagian interior supaya pemandu merasakan seolah-olah mereka berada di dalam kapal terbang atau pun kereta lumba.

Honda Civic Euro melambangkan sifat sebenar yang disanjung oleh rata-rata peminat Honda. Inovasi, rekaan dan karakter tersendiri yang merupakan sifat ‘core’ yang dipegang oleh pengasasnya iaitu Soichiro Honda. Jika falsafah dan sifat asal Honda hampir sama dengan citarasa pelanggan Eropah maka boleh dibuat kesimpulan mudah bahawa pembeli Civic baru di sana beruntung. Untung kerana Honda tidak lari jauh daripada sifir asalnya, Civic pasaran lain pula mungkin dibina hanya mengikut kajian pasaran.

thenewsmarket

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

  1. Kalo masuk M’sia pun kompom mahal nih…

    • coupe on 20/09/2011 at 11:50 AM
    • Reply

    bro CaparZo,
    klu mahal mcm mana pun mesti ada ramai org malaysia beli.
    yg mn fanatik honda civic mesti mau punya.

    mcm sy peminat keta conti.

    tp keta jepun pun minat gak.

    mcm civic br ni apa yg sy minat kat pengurangan CO2 yg tinggi

    TQ.

    • Alteja on 20/09/2011 at 1:53 PM
    • Reply

    Kalo Ford boleh bawa masuk Focus Dieselnya yang menjimatkan, Honda pun boleh buat yg sama. Tapi, kena sesuaikan dgn diesel Malaysia lah…

    • yuri on 20/09/2011 at 9:00 PM
    • Reply

    savvy replacement model on the way…

    • mahdi on 21/09/2011 at 7:03 AM
    • Reply

    tengok jer la…

    • hasang on 22/09/2011 at 6:32 PM
    • Reply

    lopong

  2. dah 3 ari takde posting baru…bz sgt ke skru GT.com

    • megatputrakuning2012 on 11/10/2011 at 2:48 PM
    • Reply

    MAT PON N BAI..PONTENG JE LBIH…HEHEHE

Leave a Reply to yuriCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.