Honda Civic Baru, Sama Tapi Berbeza!

2012 Honda Civic LX Sedan

Mobil Sejuta Umat – Itu adalah ayat yang saya gunakan di dalam sebuah artikel mengenai industri automotif Indonesia. Ayat itu merujuk kepada kereta yang popular di dalam sesebuah negara, sebagai contoh Perodua Myvi adalah mobil sejuta umat rakyat Malaysia manakala Toyota Avanza pula adalah mobil sejuta umat rakyat Indonesia. Honda Civic pula adalah mobil sejuta umat di Amerika Syarikat [AS] di mana sebanyak 8.8 juta unit telah terjual daripada tahun 1973 hinggalah tahun 2010. Pasaran AS begitu penting hinggakan Honda sanggup melancarkan Civic paling baru di sana berbanding di negara mereka sendiri.

Honda Civic juga popular di negara kita, di mana-mana sahaja ada Civic, Pegawai Kerajaan, Pensyarah, Pengurus Bank dan banyak lagi lapisan masyarakat memilikinya, ianya lebih kepada simbol status mereka yang sudah selesai dengan tanggungjawab sosial memiliki kereta nasional, tambahan pula Proton meninggalkan vakum yang lama untuk segmen itu dan baru-baru ini sahaja Inspira dilancarkan. Senang kata, Civic adalah model impian mereka yang baru selesa dengan kehidupan.

2012 Honda Civic LX Sedan

Tidak mahu terlampau radikal, Honda memilih jalan selamat dengan membuat perbezaan serba-sedikit pada luaran Civic baru dan sewaktu foto model itu tersebar tidak kurang yang memberi ulasan bahawa Honda sudah kekeringan idea kerana kuatnya pengaruh Honda City. Hakikatnya Honda tidak begitu, mereka hanya setia kepada rekaan-rekaan terdahulu, buktinya ialah bandingkan model generasi dahulu dengan yang lama, anda boleh melihat evolusi rekaan dan bukan revolusi.

Paling klasik ialah rekaan model Civic ‘telur’ dan Civic EF yang dikitar semula pada Civic Euro baru, Jazz, Stream dan Odyssey. Untuk yang muda di hati pula mereka pasti teruja dengan Honda CR-Z baru yang terang-terang merupakan kelahiran semula Honda CR-X. Hakikatnya rekaan adalah suatu yang subjektif, ianya perlu dibaca sekali dengan falsafah pereka dan rekaan yang bijak ialah yang mampu buat kita berfikir dan kemudian tersenyum apabila berjaya memahaminya. Sebab itu terma Inggeris untuk rekaan ialah design language, bahasa pertuturan untuk mereka yang mahu memahaminya. Civic generasi kesembilan adalah tafsiran Honda untuk kereta yang selamat, seronok dipandu, bergaya, selesa, mudah, tahan lasak, berkualiti dan dengan perincian. Matlamatnya ialah supaya pembelian yang dibuat pelanggan dirasakan berbaloi sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang.

2012 Honda Civic

Honda sudah lama dikenali dengan teknologi enjin kelas dunia melalui proses inovasi dan pembaikan berterusan. Enjin standard yang dipasangkan ialah 1.8 liter i-VTEC berkuasa 140hp yang dipadankan transmisi automatik lima kelajuan. Untuk pasaran AS beberapa lagi opsyen enjin ditawarkan iaitu 1.8 liter yang dikuasakan gas asli [CNG], 2.4 liter i-VTEC dengan transmisi 6 kelajuan singkat [close ratio] dan yang paling ekonomikal ialah model hibrid 1.5 liter i-VTEC dengan Integrated Motor Assist [IMA] berkuasa 110 hp. Enjin hibrid itu dipadankan dengan transmisi Continuously Variable Transmission [CVT].

2012 Honda Civic EX-L Sedan

Civic baru meneruskan kesinambungan model 2006 dengan menggunakan struktur badan Advanced Compatibility Engineering [ACE] yang meningkatkan keupayaan pengaliran impak tenaga apabila berlaku pelanggaran dari depan kereta. Selain daripada itu badan Civic baru menggunakan 55 peratus besi kekuatan tinggi berbanding 50 peratus untuk model generasi sebelumnya. Hasilnya berat kereta berjaya dikurangkan sebanyak 7 peratus dan walaupun struktur badan lebih ringan namun ketegaran statik dan dinamik kini 10 peratus lebih baik daripada model sebelumnya. Tiang A yang diperbuat daripada besi kekuatan tinggi kini lebih nipis dan memberikan ruang pandang lebih luas tanpa mengabaikan ketegaran badan kereta. Sekali dengan bentuk cermin sisi baru, tiang A tersebut juga berjaya mengurangkan bunyi bising angin pada kelajuan tinggi.

2012 Honda Civic LX Sedan

Daripada segi saiz pula, Civic baru lebih kurang sama dengan model sebelumnya kecuali jarak titik roda yang 1.2 inci lebih pendek namun panjang keseluruhan, lebar dan ketinggian adalah sama sahaja. Dikatakan bahawa ruang interior lebih luas manakala keseluruhan pemanduan lebih elok dan lebih seronok untuk dipandu.

Untuk ramai pelanggan, perkara yang menarik mereka terhadap Civic ialah ketahanan, kualiti dan kelasakan tetapi poin paling utama ialah nilai jualan semula yang tinggi. Orang kata harga tak jatuh banyak. Walaupun pengeluar kereta Korea kini memberi tentangan yang sengit namun Civic tetap berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Belek sahaja ruangan kereta terpakai dan anda boleh nampak harga unit terpakai Civic masih lagi tinggi. Sememangnya kereta adalah aset yang merugikan dan jalan terbaik ialah beli yang susut nilainya rendah.

-Mak/d Uia-

ps: Hari ini ulangtahun kedua GT!

Silakan kongsi:

21 comments

Skip to comment form

    • apis on 09/06/2011 at 9:15 AM
    • Reply

    sy suka kete ni…

  1. Mak/d UIA…tahniah…dgr2 dah tukar status…hehehe

    • Sekeru Longgaq on 09/06/2011 at 9:39 AM
    • Reply

    gaya penceterian yang terbaik…

    • ex5 vtec on 09/06/2011 at 10:05 AM
    • Reply

    berbaloi-baloi dengan civic
    vtec kick in yo!

  2. artikel ni dah keluar dalam GK (Garaj Kosmo) woo…

    CaparZo
    ah..lambat la lu tau berita..heh

    • Orang Minyak on 09/06/2011 at 10:11 AM
    • Reply

    Gua nak tnya lu orang sume. Ape bnda tiang A? Sorrylah brtanye. Gua bukan arif sgat pasal kreta ni.

  3. C27…ala gua ketinggalan skit jer…pasni gua punyer turn plak…berdebar2 nih…lupe plak nak ucapkan “Selamat Ulang Tahun Ke-2 GT.com” …buat skru & sekutu…semoga terus sukses…teruskan menyokong GT.com blog automotif pertama dalam bahasa melayu…yeszaaa

  4. Orang Minyak…Tiang A kalo tak silap gua dkt sebelah kanan stereng tu…yg dorg selalu meter2 untuk kete tebo tu…

    • audi on 09/06/2011 at 1:33 PM
    • Reply

    tiang A tu tiang bumbung di bahagian depan..alaa yg diantara cermin depan dgn cermin tingkap pemandu tuu.Tiang B kat tengah2, yg diantara pintu depan dgn pintu belakang. Tiang C plak tiang bumbung diantara pintu belakang dgn cermin belakang.
    huhh pnjang lebar.. harap paham la…hehehe

    • Datsun Buah Kana on 09/06/2011 at 3:14 PM
    • Reply

    Ada rupa toyota Altis la sikit-sikit. Cuma tak berapa like deskboardnya pasal ada nmpk cam gelombang2 tsunami.

    • jamil butang on 09/06/2011 at 7:16 PM
    • Reply

    Dah macam tiang seri rumah aje. ish3. Pape pon solat itu tiang agama.

    P.s: nak jd mcm ustaz matpon. :p

  5. Hari ini ulang tahun kedua GT. Sempena dgn hari istimewa ni gua menyeru kerajaan supaya sekali-sekala buatlah jualan murah untuk petrol atau cukai kenderaan. Sekian. Terima kasih.

    -Status gua dekat FB semalam. Sekian-

    • exJAVANESE on 10/06/2011 at 12:03 AM
    • Reply

    selamat Hari tua GearTinggi!!!
    bile nk blanja GT fan strut bar ultra racing?? hohoh

    • Alteja on 10/06/2011 at 9:45 AM
    • Reply

    Selamat ulang tahun

    • belalang_kontot on 10/06/2011 at 1:18 PM
    • Reply

    Selamat ulang tahun ke 2 GT!selamat pengantin baru kepada yg baru kawin n nak kawin…hehehe….selamat memandu kalau nek civic ni…:p ceh…gua ni, abis sume nak bagi selamat…

    • sepathensem on 11/06/2011 at 12:38 AM
    • Reply

    alamak buruk civic ni.. encem lagi myvi gua!

    • pok mat on 18/06/2011 at 5:46 PM
    • Reply

    rasa macam tak coman sangat.

    • A_boy 1608 on 25/06/2011 at 12:42 PM
    • Reply

    Bro, untuk civic baru ni apa tujuan titik roda tu dikurangkan ke 1.2 inches? Save minyak ke?

    • suncut21 on 26/06/2011 at 10:16 AM
    • Reply

    bleh tahan gak honda nih…

  6. cantik juga tu..

    • bungol on 08/01/2012 at 1:37 AM
    • Reply

    kalau honda wat kete puji je manjang. kalau proton wat kete sumpah seranah 5 kontena. x ke buruk rupe honda ni.

Leave a Reply to A_boy 1608Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.