Proton Suprima S Super Premium (SP) – RM88 Ribu!

Proton Suprima S SP 2014.02

Proton Holdings telah melancarkan varian baharu model hatchback yang dikenali sebagai Suprima S Super Premium (SP). Akronim Super Premium adalah tambahan baharu kepada Super Value (SV) yang digunakan pada Saga dan Persona.

Proton Suprima S Super Premium adalah varian paling tinggi selepas Suprima S Premium dengan penambahan kit R3 yang terdiri daripada lips depan, skirt sisi dan roda aluminium, turut berbeza ialah angkup brek yang berwarna merah. Pakej R3 tersebut adalah sama seperti Proton Prevé LE dan Satria Neo RS R3 yang didatangkan dengan perubahan kosmetik tanpa penambahan kuasa enjin.

Proton Suprima S Super Premium dikuasakan oleh enjin 1.6l CFE yang dipadankan dengan transmisi 7 kelajuan CVT ProTronic. Enjin turbo itu mempunyai output kuasa sebanyak 140ps pada 5,000 rpm dan tork maksimum 205Nm dari 2,000 hingga 4,000 rpm.

Proton Suprima S SP ditawarkan pada harga RM87,929.45 dan dua warna eksklusif iaitu Fire Red dan Solid White. Tempoh waranti adalah selama 5 tahun atau 150,000km yang mana dahulu.

@muhd_gt

Silakan kongsi:

2 comments

    • Sang Fakir~ on 18/01/2014 at 4:39 PM
    • Reply

    Versi manual takde ke bai? Kaki makin gatal dah ni nak main turbo manual..

    Kalau geng GT ada sana.. minta tanya mgmt proton.. exora bila mau upgrade esc dan side airbag macam aussie nye spec.. preve, saga dan suprima dah ikut spec aussie..

    • sepat on 20/01/2014 at 12:24 PM
    • Reply

    ini adalah strategy proton untuk menaikkan value loan kereta suprima .. pada penilaian gua R3 patut fokus pada engine and handling development .. skirting mirting ni elok bagi proton edar aje buat ..

Leave a Reply to Sang Fakir~Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.