Galeri: Proton Perdana Limousine & Perdana 2.4P – Accordana

Perdana20146401

Pada tahun 2013 kerajaan telah mengumumkan program penggantian kenderaan rasmi daripada Proton Inspira kepada Honda Accord. Keputusan tersebut telah menarik perhatian ramai dan menjadi isu nasional yang hangat. Selang beberapa tempoh keputusan itu disemak semula dan kerajaan memaklumkan bahawa kereta rasmi akan tetap dibekalkan oleh pengeluar kereta nasional Proton.

Isu itu sekali lagi menarik perhatian ramai apabila kereta yang dibekalkan ialah Honda Accord generasi kelapan dengan perubahan kosmetik yang minimum kecuali model limousine tunggal untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri. Terdapat dua varian utama yang bakal digunakan kerajaan iaitu model 2.0E dan 2.4P masing-masing untuk pegawai kanan dan tinggi kerajaan.

Rasional penggunaan Honda Accord yang diubahsuai ialah masa pembangunan yang singkat (8 bulan) dan skala ekonomi di mana pembekalan kereta itu hanya terhad kepada 3 ribu unit sahaja yang akan diserahkan secara berperingkat di dalam tempoh dua tahun.

Untuk kegunaan awam, Proton dijangka mengeluarkan Perdana baharu pada tahun 2016 juga berdasarkan Honda Accord tetapi dengan perubahan luaran dan dalaman yang lebih ketara. Tidak dapat dipastikan sama ada Perdana baharu menggunakan nadi kuasa Honda atau enjin Petronas yang telah dijual dan dipindah milik kepada Proton.

Suatu perkembangan yang menarik kerana Honda tidak mudah untuk berkongsi platform kecuali melalui syarikat usaha sama di China. Kali terakhir Honda membenarkan kenderaannya dijenama semula ialah dengan syarikat Rover dari UK lama dahulu.

@muhd_gt

ps: Visual amatur.

Silakan kongsi:

1 comment

    • discoveryturbo on 15/01/2014 at 8:16 AM
    • Reply

    maulidur rasul nya cite nie…wa pun snap gak masa tue..

Leave a Reply to discoveryturboCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.