FIA GT1 Menyokong Kempen Keselamatan Jalanraya

AUTO / FIA GT1 : NURBURGRING 2010

46 pemandu yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia FIA GT1 pusingan Jerman bersama-sama Presiden FIA, Jean Todt menyokong kempen FIA Make Roads Safe dengan mendatangani secara simbolik panel badan kereta keselamatan Nissan GT-R.

AUTO / FIA GT1 : NURBURGRING 2010

Kempen Make Road Safe dijalankan atas sepuluh sebab utama iaitu:

1. 1.3 juta orang terbunuh dalam kemalangan setiap tahun di seluruh dunia

2. Kemalangan jalanraya lebih nyawa berbanding Malaria

3. 50 juta orang cedera, ramai yang menjadi kurang upaya

4. 90% kecelekaan ini berlaku di negara membangun

5. Kematian tahunan dijangka meningkat kepada 1.9 juta orang pada tahun 2020

6. Pembunuh no. 1 orang muda di seluruh dunia

7. Sehingga 2015 ianya akan menjadi beban kesihatan kepada kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas di negara membangun

8. Kesan ekonomi kepada negara membangun sekurang-kurangnya $100 bilion setahun

9. Kecederaan sangat membebankan kepada hospital dan sistem keselamatan

10. Kemalangan jalanraya adalah suatu yang boleh dielakkan

Program ini adalah sempena Decade of Action yang dicapai pada Mac lalu di New York oleh PBB. Decade of Action akan bermula pada 2011 hinggalah 2020.

Untuk pengetahuan sekutu, GearTinggi baru mendapat kebenaran media untuk FIA GT1. Dalam perlumbaan ini ada macam-macam kereta sport dan mewah seperti Nissan GT-R, Ferrari, Aston Martin, Ford dan lain-lain. Saya tak buat keputusan lagi samada nak paparkan secara konsisten atau tidak sebab entri sukan permotoran tak berapa nak popular dalam GT.

Ada cadangan tak?

🙂

Sumber: ©dppi/GT1world.com

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

    • azwan nbs on 02/09/2010 at 8:03 PM
    • Reply

    kan bagos kalau kat tanah melayu nie ade kempen cam gini….

    • on 03/09/2010 at 2:13 AM
    • Reply

    tau x pe bro….

  1. Azwan & Skimo

    Saya rasa kerajaan dah banyak buat kempen kecelakaan jalanraya ni.

    • azwan nbs on 05/09/2010 at 12:34 PM
    • Reply

    ade tu memang ade tapi rasenye macam takde kesan pon…
    rasenye kerajaan kene memperhebatkan lagi perkara yg melibatkan nyawa…

Leave a Reply to azwan nbsCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.