Ferrari 458 Italia SE

2012 merupakan ulang tahun ke 20 Ferrari di China dan model 348 TS adalah yang pertama dipesan di Beijing. Dan sempena peristiwa istimewa itu apa yang lebih istimewa selain daripada mengeluarkan model 458 Italia Special Edition. Lebih istimewa model itu hanya untuk 20 pembeli dan pasaran China sahaja. Di badan kereta dilekatkan grafik elemen China dengan warna baharu iaitu Marco Polo Red yang diadun khas untuk model istimewa itu.

Naga adalah simbol kebudayaan China yang merupakan lambang keberanian, nyalarasa dan kejayaan manakala logo Prancing Horse Ferrari pula mewakili lambang budaya Itali serta pencapaian di dalam bidang rekabentuk dan kejuruteraan.

458 Italia seperti yang kita sedia maklum adalah kereta berprestasi tinggi dengan enjin 8 silinder konfigurasi MR yang telah memenangi 35 anugerah di serata dunia. Paling menarik mata pada luaran model 458 Italia SE ialah naga berwarna emas pada bonet depan dengan grarik berwarna hitam dan emas sebagai simbol trek perlumbaan.

Ciri istimewa lain ialah warna emas pada rim dan ‘aeroelastic winglets’ pada bonet belakang kereta. Bahagian interiornya pula turut dipakejkan sekali dengan sulaman emas pada perehat kepala manakala butang penghidup enjin pula ditulis dengan karakter China yang bermakna ‘start’. Tidak lengkap jika plat ’20th Anniversary Special Edition’ tidak dilekapkan pada papan pemuka.

Newspress

-Md Uia-

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

  1. 1st…I dislike Ferrari…but I like Ferraro Rocher…hahaha

    • zzzzzz on 14/04/2012 at 10:59 AM
    • Reply

    org gile je kata ferrari xbest..hahahha

    • roger on 24/02/2013 at 3:08 AM
    • Reply

    supercar yang paling hebat pada gua bukanlah yang paling laju dan paling mahal di dunia tapi sebuah kenderaan yang mampu membawa pelbagai barang yang mana ada masanya melebihi kapasiti yang ditetapkan. Gua adalah salah seorang yang paling bertuah memiliki supercar tersebut – iaitu Nissan C20.

    • sportrideBXL on 19/06/2013 at 10:10 PM
    • Reply

    RED SEXY…

Leave a Reply to HeLMiCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.