F1: Michael Schumacher: Gua Tak Nak No. 4!

752113_1369347_2362_1574_MSC2_2009_12_23

Michael Schumacher telah meminta FIA supaya beliau dapat menukar nombor 4 kepada nombor 3 yang digunakan oleh rakan sepasukannya, Nico Rosberg. Sebabnya nombor 4 tak pernah menang kejuaraan F1.

Kalau mengikut kekananan [seniority], Rosberg memang dah sah guna nombor 3 sebab dia yang masuk tim Mercedes GP Petronas dulu tetapi disebabkan Schumacher ni tak pernah pakai nombor 4 jadinya dia taknak lah.

752111_1369341_2362_1574_MSC1_2009_12_23

Mengikut sejarah, Schumacher ni menang 7 kali kejuaraan F1 pun dengan nombor ganjil. Masa dia guna nombor 1 dia menang pada tahun 1995, 2001, 2002, 2003 dan 2004. Nombor 3 dan 5 masing-masing pada tahun 1994 dan 2000. Dan mengikut sejarah F1 juga, nombor 4 tak adalah tak pernah menang langsung, David Coulthard dan Ralf Schumacher pernah menang 2 kali, Rubens Barrichello menang sekali dan begitu juga dengan Robert Kubica dan Kimi Raikkonen.

Macam-macam hal lah. Apapun pada Isnin depan Mercedes GP Petronas akan membuat penayangan umum skema warna keretanya di Stuttgart, Jerman, tempat asal Mercedes. Seminggu kemudian, Schumacher dan Rosberg akan menguji kereta masing-masing di Valencia, Sepanyol pada 1 Februari.

Sumber: Crash.net

-Mak Uia-

Matpon: Gua tengok kat negara kita ramai je orang kaya guna nombor 4 seketul dekat Mercedes atau BMW diaorang.

Silakan kongsi:

21 comments

Skip to comment form

    • satria_standard on 22/01/2010 at 1:19 AM
    • Reply

    macam2 da mamat ni….

    • Joule on 22/01/2010 at 8:15 AM
    • Reply

    lorat la wei..

    • carragher27 on 22/01/2010 at 8:29 AM
    • Reply

    ah..ngade-ngade pulak

    • gunners on 22/01/2010 at 9:45 AM
    • Reply

    ah schumacher nih,bnyk songel lak… kalo xterer tuh ngaku jer laa… jgn nombor tuh plak yg menjadi mangse kecuaian beliau…

    • beesixslow on 22/01/2010 at 10:37 AM
    • Reply

    ala lu org poyo gak..beli no plet riban2..bawa keta macam cipan!

    • strokeboi on 22/01/2010 at 11:21 AM
    • Reply

    4 – my lucky number

    • azliskacinta on 22/01/2010 at 2:28 PM
    • Reply

    ok la no 4..xkan nk no 5..kalah jo!!!!!!!

  1. sebetulnya schumi ni ada darah keturunan cina.. kalau takcaya ko leh tanya pak ngah dia yg tinggal kat munich.. 4 tu mati katanya!!

    • 6posen on 22/01/2010 at 3:36 PM
    • Reply

    byk cekadak lak bliau ni…….gua sokong team malaysia…..

    • atahsaat on 22/01/2010 at 3:38 PM
    • Reply

    LOL
    pape pun majulah sukan untuk negara.
    xD!

    • seandexter on 22/01/2010 at 4:03 PM
    • Reply

    Ayyo………….gua dengar itu nombor banyak suwei lo.hoho

  2. dalam Islam memang no ganjil tu elok…..hah..tetibe rase nak pergi tabligh….

    • azliskacinta on 22/01/2010 at 5:51 PM
    • Reply

    jangan pening..kena kopi jantan dluuuuu

    • pendita_gila on 22/01/2010 at 11:05 PM
    • Reply

    lu orng nk bli no leh roger gua…no plate la wei

    • on 22/01/2010 at 11:32 PM
    • Reply

    Kalau gua sempat jumpa dia masa F1 Sepang nanti siaplah gua basuh dia.

    “4-4 siku lipat siapa Sepat”

    “4484 siapa cepat dia dapat”

    Last sekali gua sound dia, “Don’t bluff I know you are not The Stig” dalam Germany Language.

    • jeremy_kapur on 22/01/2010 at 11:56 PM
    • Reply

    mat pon, lu lempang je mamat ni 44kali. banyak cengkadak plak mamat veteran nih

    • ray on 23/01/2010 at 12:08 AM
    • Reply

    ape la ada pada no 4..
    aku peksa pon dapat no 4..
    dari bawah..
    ok jek..

    • azliskacinta on 23/01/2010 at 1:45 PM
    • Reply

    huru hara btol laaa

    • azwan nbs on 23/01/2010 at 9:00 PM
    • Reply

    bukan dah ke si mangkuk nie…???

  3. woi mat bila nak invite aku ke F1 sepang free ni?? naik myvi pusing2 dalam trek ker hehehe

    • odie on 23/02/2010 at 1:37 AM
    • Reply

    schumi xtau no 4 no feveret mamat2 malaya yg dah berbini n bercadang nk tmbah cawangan…
    sndri mau igt r….hahahaha…

Leave a Reply to strokeboiCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.